14 March 2015

SPM Serendah 3 kredit dan Gagal :Institusi Untuk Dituju

Apakah SPM yg dikategorikan berpencapaian rendah? Jika pelajar mendapat keputusan SPM dibawah 5 kredit iaitu maksimum 4 mata pelajaran sahaja yg mendapat keputusan C ke atas maka dikategorikan pencapaian rendah kerana tidak layak mengisi borang matrikulasi dan UPU untuk universiti dan sepenuh masa di politeknik premier dan mendapat tempat untuk pengajian diploma kerana syarat am ialah 5 kredit. Begitu juga dengan universiti swasta juga memerlukan minimum 5 kredit dan majoriti pengajian diploma peringkat kolej juga memerlukan 5 kredit. Hanya beberapa kolej swasta sahaja menawarkan kelulusan 3 kredit peringkat diploma bergantung kepada kursus yg ditawarkan. Oleh itu adakah peluang untuk pelajar tersebut menyambung pengajian telah tertutup?

Antara tempat tempat yg masih lagi mengambil pelajar kelulusan rendah untuk menyambung pengajian ialah:
1) Institut Teknikal Jepun-Malaysia
klik di sini Laman Web Rasmi JMTI 
klik di sini Portal 1Malaysia Training Centre
Tempat ini menawarkan kursus di peringkat diploma dengan 4 kredit sahaja iaitu BM, Matematik, subjek berteraskan Sains dan satu mata pelajaran lagi. Bahasa Inggeris juga perlu lulus. Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik, komputer, elektrik, pembuatan,pemesinan jitu

2)Institut Latihan Perindustrian
klik di siniLaman Rasmi Institut Latihan Perindustrian
klik di sini Permohonan Ke ILP

Menawarkan kursus peringkat sijil teknologi. Berkelulusan SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu sahaja untuk kursus sijil teknologi binaan berasaskan kayu / paip dan sanitari/ pemasangan paip minyak dan gas/automotif. Manakala sijil teknologi CADD Mekanikal dan sijil teknologi Elektronik Industri memerlukan kelulusan SPM dengan subjek Bahasa Melayu, Matematik/Matematik tambahan dan Subjek Sains/ Teknikal.

3) Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC
klik di sini Kursus di ADTEC
Tempat ini menawarkan diploma yang memerlukan kredit dalam 3 mata pelajaran sahaja terutamanya bahasa melayu, matematik dan satu subjek sains atau teknikal. Dan perlu lulus Bahasa Inggeris.
Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan kimpalan, pembuatan, jaminan kualiti, polimer, seramik,rekabentuk produk industri, automotif, minyak dan gas, pengeluaran automotif, elektrik, elektronik, telekomunikasi, penyejukbekuan dan penyaman udara, mikroelektronik, mekatronik, komputer, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, penyelenggaraan kapal terbang.

## Ketiga - tiga program 1 - 3 di atas merupakan program di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan yuran percuma dan makanan percuma sepanjang pengajian. Malah elaun diberikan secara bulanan.

4) Institut Kemahiran Belia Negara
klik di sini senarai IKBN
Pusat ini juga menawarkan kursus 3 kredit untuk kursus diploma, ada kursus peringkat sijil  juga untuk yang hanya lulus SPM dan ada juga yg menawarkan kursus sijil setakat tamat ting 5 yg bermakna jika anda tidak lulus SPM pun anda boleh memohon kursus tersebut. Institut ini memerlukan 3 kredit bagi diploma tetapi BM jika mendapat lulus sahaja pun boleh dan 3 kredit mesti dari Matematik, subjek Sains/ teknikal/vokasional dan satu dari mata pelajaran lain.
### Program dibawah Kementerian Belia dan Sukan ini juga menawarkan yuran pengajian percuma dan elaun makanan percuma. Elaun bulanan juga diberikan.

5) Politeknik Metro
klik di sini laman rasmi politeknik
Tempat ini menawarkan diploma dengan 3 kredit pada Matematik, Satu subjek elektif sains atau vokasional atau teknikal, satu mata pelajaran lain, lulus BM, BI dan Sejarah bergantung kepada kursus yg ditawarkan.

6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA
7) Kolej Profesional MARA
klik di sini permohonan online

Dibawah MARA dan kelulusan SPM dengan tiga kredit iaitu BM, Matematik, subjek Sains/ teknikal/ vokasional dan lulus BI untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA dengan kursus kemahiran perindustrian dan kejuruteraan dan lain-lain peringkat diploma.

Kolej Profesional MARA dengan kelulusan SPM dengan tiga kredit BM, BI dengan 1 subjek lain dengan lulus Matematik dengan kursus pengurusan perniagaan, kewangan dan landskap hortikultur. Ia menawarkan kursus Higher National Diploma (HND) program yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, diploma dan persediaan.

8) Kolej Polytech MARA (KPTM)
klik di sini Website Kolej Poly-Tech MARA

Lulus SPM dan mendapat kepujian dalam mana-mana subjek. Bagi kursus tertentu kepujian dalam subjek Matematik. Ada juga kursus yang syaratnya 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik. Ada juga kursus syarat lulus SPM dengan tiga kepujian mana-mana subjek sahaja.


9) Kolej Komuniti

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sijil kemahiran malaysia sepenuh masa dengan kelulusan SPM. Manakala kursus untuk jangka pendek juga ditawarkan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa lulusan akademik.
Pembiayaan pendidikan peringkat sijil melalui tabung kemahiran dan bantuan kementerian.

10) Latihan Separa Perubatan-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
klik di sini borang online latihan separa perubatan KKM
Kelayakan dua kredit dan empat subjek lulus termasuk Bahasa Melayu mengikut subjek tertentu untuk kursus tertentu. Mendapat kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains/Sains Tulen diberi keutamaan. Elaun semasa berkursus akan dibayar.

11)Giat MARA
klik di sini Laman Web Giat MARA
klik di sini Senarai Kursus Di Giat MARA
klik di sini Lokasi Giat MARA
klik di sini permohonan online ke Giat MARA
Ditawarkan kepada Bumiputera, elaun diberikan dan pengajian peringkat sijil kemahiran menggunakan konsep modular. Kelayakan tau membaca dan menulis. Ini bermakna pelajar yg gagal SPM juga boleh memohon. Pembelajaran hands on, employer skills. Latihan percuma dan elaun bulanan diberikan.

12) Institut Kemahiran MARA
Kelulusan kursus yang ditawarkan serendah bumiputera yg lulus Bahasa Melayu sahaja dan mempunyai sijil SPM.sehinggalah ke kursus peringkat kejuruteraan yang menawarkan lulus SPM dengan kelulusan pada Bahasa Melayu, kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan lulus Matematik.
klik di sini permohonan online


13) Institut Kemahiran Baitulmal
klik di sini institut kemahiran baitulmal
Bagi pelajar Islam yg mempunyai pendapatan keluarga kategori asnaf dan miskin serta setakat lulus atau tidak lulus SPM. Kursus yg ditawarkan memerlukan pelajar ini berumur 18 tahun ke atas dan akan memperolehi elaun bulanan yg agak banyak berbanding institut kemahiran lain. Kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik, kursus penyajian makanan, kursus rekaan fesyen, kursus seni lukis dan seni reka, kursus teknologi binaan bangunan

14)Institut Latihan Pertanian
klik di sini Laman Web Latihan Kemahiran Pertanian

Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,
Yang penting lulus SPM dan mempunyai satu kredit sahaja pada mata pelajaran elektif yang berkenaan seperti di bawah untuk permohonan kemasukan.

Kursus Sijil Pertanian
  1. 17-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
  2. Berkelulusan SPM atau SPM(V) atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
  3. Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)  dan
  4. Lulus dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan
  5. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pengajian Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie.
  6. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan
  7. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

Kos pengajian, penginapan, makan dan minum adalah dibiayai sepenuhnya olehkerajaan. Pelatih hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM330.
Pelatih turut diberikan elaun sara hidup sebanyak RM200/bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan RM250/bulan untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Manakala elaun bagi Latihan Industri adalah RM300/bulan.



SIJIL KEMAHIRAN PERTANIAN

Sila klik di sini Jabatan Pertanian Malaysia
Mengikut tahap iaitu tahap 1, tahap 2, tahap 3, tahap 4
Permohonan tahap 1 serendah kelulusan UPSR.
Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,

Di Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang dan
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah

15) Malaysia Automotive Institute
klik disini http;//mai.org.my/v3
Agensi di bawah MITI yang bukan berasaskan keuntungan. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun tanpa kelulusan peringkat SPM. Ia menawarkan kelulusan serendah UPSR bagi program IPC.

Technician/ Operator 
IPC : Industry Led Professional Certificate (IPC) adalah satu upskill program untuk mentransformasikan penuntut sebagai pekerja mahir/ separa mahir dalam bidang automotif yang khusus dalam bidang automasi, autonomous maintenence dan kawalan kualiti. Para pelatih yang berminat tiada bayaran dikenakan kerana IPC bukan kursus berasaskan keuntungan. Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Makan minum disediakan secara percuma, penempatan disediakan .Kelas diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu. 


Latihan industri selama 4 bulan. Bulan pertama dengan elaun RM200 manakala pada bulan kedua terus mendapat gaji dan EPF.Gaji minimum sebanyak RM900 dengan bayaran percuma asrama. Makan minum percuma bergantung kepada tempat latihan. Selepas disahkan jawatan dalam sebulan, gaji akan naik.  Lulusan MAI mempunyai sijil yang diiktiraf oleh CIDB. Pelatih akan menerima sijil yang diiktiraf dari MAI dan JPK.

16) Politeknik klik disini Permohonan Politeknik
Menawarkan kursus pra diploma politeknik sama ada pra sains atau pra perdagangan. Terbahagi kepada 3 iaitu
Mutiara - Program Menggilap Impian Anak Muda (MUTIARA) yang terbuka kepada semua.
MDWF - Mengubah Destini Warga Felda dengan hanya pemohon warga Felda seperti anak atau cucu peneroka, anak pentadbir felda atau anak kakitangan felda induk/ kerajaan sahaja
MDAIM - Mengubah Destini Anak India Malaysia yang terbuka kepada anak-anak kaum India.
Asrama disediakan beserta yuran pengajian, yuran asrama dan yuran pelbagai. Bagi pemohon dibawah MDWF dan MDAIM tambahan kemudahan iaitu diberi wang saku RM 250 sebulan.

Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester
Pra diploma sains akan mengikuti diploma kejuruteraan elektronik atau mekanikal manakala pra diploma perdagangan akan mengikuti diploma akauntasi, pemasaran, perniagaan, setiausaha

17) INSPEN (Institut Penilaian Negara)
Peringkat sijil bagi lepasan SPM iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah. Tempoh 5 semester termasuk 1 semester untuk latihan industri. Berumur 17 - 21 tahun dan lulus SPM dengan kepujian BM, Matematik/Matematik Tambahan, satu mata pelajaran lain perlu kredit, lulus B1 dan lulus satu lagi mata pelajaran lain. Iaitu 3 kredit dan 2 lulus.  Yuran pengajian RM 200 setiap semester, yuran kemudahan RM80 setiap semester dan lain -lain yuran RM85 satu semester. Yuran yang murah setiap semester. Permohonan melalui laman web www.inspen.gov.my/inspen/v2/?p=16806. . Graduan sijil INSPEN boleh memohon melanjutkan pelajaran di universiti awam dalam diploma.


18) UiTM - program MDAB ( Mengubah Destinasi Anak Bangsa)
Kursus pra diploma perdagangan: 6 bulan sebelum ke diploma
Lulus SPM dan mendapat 3 pujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik , BI, SEjarah

Kursus pra diploma sains: 6 - 12 bulan sebelum layak ke diploma
Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, lulus Sejarah, kepujian Matematik/Add Math, lulus Bahasa Inggeris dan lulus salah satu mata pelajaran Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains Tambahan

Klik link http://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD

Kemudahan: Pengecualian yuran pengajian, kemudahan asrama dan elaun bulanan

19)Kolej swasta yg menawarkan dioloma 3 kredit SPM dan memasuki diploma melalui bantuan PTPTN. Senarai kolej swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia boleh dirujuk di
klik di sini senarai kolej swasta yang ada akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia
Berhati -hati apabila merujuk ke kolej swasta pastikan kelulusan kursus yang mempunyai akreditasi. Pelajar perlu memohon PTPTN dan ada pembiayaan PTPTN yang 100 peratus dan ada yang tidak 100 peratus. Ini bermakna pelajar perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung kos yuran pengajian.

Berikut merupakan panduan sahaja. Namun saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Biarlah bermula dengan sijil dulu, dengan sijil itu pengalaman dan bakat diketengahkan untuk mengorak langkah yg lebih besar...iaitu  Menjadi pekerja industri yg mahir dalam bidang pengkhususan masing masing.
Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian  terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yg diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus dibidang perindustrian.  kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains/ teknikal/ ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi kemahiran -kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat latihan ini mempunyai permintaan dalam industri.

Begitu juga konsep Unit Pengambilan Institusi MARA,  seperti Kolej profesional MARA dan Kolej Politek MARA kursus -kursus diploma bertaraf universiti cuma kelayakan syarat am untuk masuk diterima dengan minimum lebih rendah iaitu 3 kredit bergantung kepada kursus yang diambil. Jika anda teliti kursus -kursus tersebut adalah kursus -kursus pengurusan, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain yang ditawarkan juga di IPTA dan IPTS cuma bezanya ia dikendalikan oleh Unit Pengambilan MARA. Tajaan MARA diberikan kepada yang layak. Elaun yang diberikan juga dibawah MARA. Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA menawarkan kursus kemahiran dalam perindustrian, kejurteraan dan lain-lain.

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pula  membantu menawarkan kursus untuk pelajar 3 kredit sahaja dalam SPM. Dengan ini membantu pelajar tersebut berpeluang menyambung pengajian.
Bagi pelajar yg gagal SPM atau lebih rendah dari 3 kredit dalam SPM, kemahiran yg diajar dalam bentuk modular iaitu satu modul by satu modul secara hands on lebih memudahkan mereka untuk menerima pembelajaran dan menyiapkan modul by modul dan menerima sijil juga sijil by sijil setiap kali dpt menyiapkan satu modul. Mereka boleh menyambung pengajian ke tahap sijil kemahiran 2/ 3 dan 4 setelah dapat menyiapkan semua modul.

Bagi pusat latihan yang menawarkan SKM tahap 1/2/3 yang penting jika anda berjaya ke SKM tahap 4 ia dah menyamai taraf diploma kerana tahap 4 merupakan diploma kemahiran. yang penting anda mengetahui potensi diri anda sendiri..kemanakah hala tuju anda dengan keputusan SPM anda. 

Beach and sunset
A beautiful place
To clean my head
A superb view
To clear my mind
Hello PD :)

667 comments

«Oldest   ‹Older   401 – 600 of 667   Newer›   Newest»

Assalamualikum cikgu,saya lepasan spm 2015 ,saya dapat 1A2b8c layakah saya menyambung pelajaran ke politeknik dalam bidang pengurusan pelancongan

Salam
Jika semua kredit dan math lulus masih lagi layak menyambung kemahiran dalam bidang diploma dan sila refer pada had umur pada institusi yang berbeza kelayakan had umur yang diperlukan untuk sesuatu program

Salam
Jika anda mendapat dua kredit sahaja maka tawaran yang dibenarkan ialah kursus kemahiran. Ini kerana bukan masalah rayuan tetapi kualiti untuk pengambilan pelajar ialah serendah 3 kredit terutama bagi kursus bukan kemahiran. Malah kursus kemahiran tinggi juga melayakkan 3 kredit keatas juga dengan penekanan kpd subjek seperti BI atau Math untuk kredit atau paling minimum lulus selain BM dan Sej yang perlu lulus. Ini kerana bagi MQA yang memberikan pengikirafan kolej mengikuti standard piawaian yang ditetapkan untuk pengambilan pelajar begitu juga dengan syarat pemohon pinjaman PTPTN. Cikgu sarankan anda mengulang paper mana -mana yang penting untuk memperolehi kredit agar dapat digabungkan dengan 2 sijil SPM itu untuk mendapat laluan kemasukan 3 kredit. Jika anda tidak berminat mengulang, anda boleh memohon kursus kemahiran melalui pensijilan skm

Salam
Dari result anda semata-mata layak untuk kursus tersebut.. walaubagaimanapun merit masih lagi memainkan peranan dari aspek kokurikulum dan SES keluarga . Semoga berjaya

Salam cikgu , boleh saya tahu apa kelayakkan masok ke tingkatan 6 dan bagai mana ingin memohon ?? terima kasih,

assalamualaikum cikgu.. diskusi dlm blog ni sgt sgt sgt sgt sgt menarik perhatian.. klu ckgu x keberatan, sy nk kongsikan sikit pengalaman sy.. dari seorg pelajar peringkat sijil IKM smpai la Master Holder.. ok.. senang jee.. bg yg skrg study sijil IKM, xyah risau dh klu nk smbung diploma.. anda diberi lebih keutamaan utk penempatan diploma di KKTM diseluruh malaysia.. mohon jee.. klu dh adew sijil IKM, jgn pikir dh result SPM.. sijil ikm 2 la tiket sah utk awak ke level diploma KKTM.. cuma anda x blh la transfer kredit diploma di KKTM, even anda ada sijil IKM.. tetap jgk 3 tahun pengajian diploma di KKTM.. sy sndiri dlu pn dr IKM - KKTM - UniKL MFI - UTeM.. x perlu dh risau2 bahasa malaysia x kredit mse SPM.. anda dh adew sijil IKM.. guna sijil 2 untuk wt diploma di kktm.. pastikan graduate sijil dr ikm 2 dgn pointer atas 3.00 utk bersaing tempat dgn lepasan sijil ikm lain & calon SPM.. insyaallah boleh.. setel part sijil (IKM) - diploma (KKTM)..
Part Degree pulak..
habiskan diploma KKTM tu dengan graduate sebaiknyew CGPA 3.20 above.. dijamin tempat samada di IPTA / IPTS utk degree, insyaallah.. pengalaman sy, abeh jew diploma kktm masjid tanah (Diploma in Automotive Engineering Technology) sy teros apply UniKL MFI.. klu pointer diploma awak kencang, insyaallah di level degree boleh transfer lebeh drpd 30 jam kredit ! ni pengalaman sy sndiri.. masa ni la pengajian degree 4 thn, awak dpt setelkn dlm tempoh 3 thn.. pastikan graduate degree dgn fisrt class degree, blh tukar Loan jadi scholarship.. bg yg nk smbung lg, dgn first class degree awak blh terus buat PhD (fast track) klu taw jalannyew.. lepas degree, pilihan di tangan awak samada nk teros kerja ataw buat master part time.. mcm sy, skrg sy buat master part time (tought course programme) di UTeM.. sy yakin.. setiap org berhak diberi peluang kedua utk bangkit dr kejatuhan.. cuma masa agak pnjg utk ditempuh.. sy galakkan bumiputera & peribumi, pergilah buat sijil SKM dlu di GiatMARA bg yg kurg tggi SPM.. sbb IKM dh xda program sijil kemahiran malaysia.. smua dah dibuat di pusat GiatMARA.. then dgn SKM level II, mohon plk sijil teknologi/kejuruteraan di IKM sbg tiket utk ke peringkat lebih tinggi.. sesiapa pn blh berjaya.. ramai je kwn2 sy masa di IKM dlu, skrg ada yg tgh buat degree.. selalulah bersangka baik dengan TUHAN.. abaikan kata2 negatif org lain..

Salam

Bagi kelayakan ke ting 6, pelajar perlu lulus SPM dengan kepujian Bahasa malaysia. Bagi ke aliran Sains Sosial, jumlah mataunit bagi 3 subjek yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, bagi aliran Sains tidak melebihi 18 unit manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14 unit

Salam,
Terima kasih di atas perkongsian saudara mengenai perjalanan hidup dari bawah hinggalah ke peringkat Master sekarang. Cikgu andaikan kamu lulusan SPM antara 7 hingga 8 tahun lepas. Suka cikgu ingatkan di sini bahawa syarat kemasukan akan berubah-berubah berdasarkan kepada syarat yang ditetapkan oleh IPT.

Assalamualaikum kak. Saya ada spm dengan kelulusan 1 kredit dan yang lain semua lulus sahaja. Jadi saya nak sambung belajar ke peringkat skm dan kemudian ke peringkat dip. Boleh akak bg panduan ke mana saya nak sambung skm elektrik dan guna kan skm tu untuk ke peringkat diploma? Terima kasih.

Hai sya bru sja hbis spm 2016 dan dpat 4 kredit sja iaitu sci,pm,sej,geo tpi bm sya D sya mau ingin mnggulang 2016 tpi sdh kena ttup jdi sya trpaksa mau msuk tingkatan 6 tpi tdk dpat sbb syarat ia hrus llus kredit bhasa melayu sya ingin brtanya skiranya sya mngisi upu d pliteknik d metro mreka akan menerima sya kh?sbb sya sdh mlihat syaratnya iaitu lulus math,bm dn english

Hai sya mndapat kputusan spm 4 kredit sja iaitu sci,pm,geo,sej tpi Bm sya D ssah mau dpat msuk mna2 skolah sbb mreka mau sekurang2 5 kredit trmasuk Bm tpi adakh poli bleh menerima sya skiranya tdk kredt Bm

Salam Acim
Anda boleh memohon Giat MARA atau Institut Kemahiran Baitulmal atau Malaysian Automotif Industry terpulang kepada kursus yang ingin anda ambil. 3 agensi ni antara agensi yang mengambil lepasan SPM dengan kelulusan minimum seperti anda. Anda akan mempelajari skm tahap 1 dan 2 dan boleh meneruskan ke politeknik, institut latihan dan sbg untuk diploma kemahiran. Apabila anda sudah mendaftarkan diri di Giat MARA, IPB atau MAI maka prospek yang lebih luas mengenai kursus yang anda ambil akan diterangkan untuk melanjutkan pelajaran ke diploma kemahiran

Bagi soalan yang ingin ke ting 6 dengan BM yang tidak kredit, agak sukar kerana minimum wajib kredit untuk BM bagi melanjutkan pelajaran ke ting 6. Anda sudah terlepas mendaftar untuk subjek BM calon persendirian ulangan tetapi anda boleh memohon politeknik metro yang mengambil murid lulus BM di peringkat SPM. Permohonan ini sepatutnya ada sewaktu kamu mengisi borang UPU dan anda hanya perlu memohon rayuan sahaja. Namun jika anda tidak membuat permohonan rayuan, maka intake untuk tahun ini juga nampaknya anda telah terlepas. Tetapi jangan putus asa, sila mengambil kursus jangka pendek yang ada ditawarkan di IPTS dengan tabung kemahiran pembangunan.

Kepada dicaprio

Kelulusan 4 kredit dengan BM yang tidak kredit membolehkan anda untuk memohon kursus vokasional di politeknik metro. Jika anda masih tidak berminat dengan kursus vokasional, bolehlah anda mengulang BM pada paper ulangan tahun hadapan untuk mencukupkan syarat kredit BM anda bagi mendapatkan kursus yang anda minati pada tahun hadapan.

salam saya pelajar spm lepasan 2009 dan stpm 2011 dlm bidang sastera ekonomi dgn cgpa 2.3.result spm sy bio dan addmath gagal manakala subjek lain semua kredit. sy tdk berpeluang melanjutkn pljrn kerana mslh kwgn fmly dan skrg sy ingin meneruskan impian sy untuk menggenggam segulung ijazah teknologi komputer. adakah sy perlu mulakan dari peringkat sijil? masih bolehkah sy apply upu?

Salam cikgu . Sy spm 2012 result spm sy ok dan pernah memasuki uitm dalam course pengurusan perladangan tetapi nasib malang apabila sy dismiss kerana pointer rendah. Soalan sy , madih layak lagikan utk sy memohon universiti awam di usia 21 tahun sekarg .

Assalamualaikum kak sy lpsn spm 2014 n mempunyai stu kredit tp sy dh smbng giatmara n mmpunyai skm1 adkh sy blh smbng kew skm2 a bt ulngn smlo

Hai kak, sy nak tanya kalau sy ingin memohon diploma dlam kejuruteraan di politeknik dgn memiliki 5 credit tetapi tida mendapat krdit dlm mata pelajaran bio kimia dan fizik, boleh sy dtrima masuk ke dalam diploma tersebut?

Salam Cikgu,
Adik saya pelajar spm 2015 dan daripada keputusan itu amat tidak mengalakkan. Hanya 1 credit itu pon seni yang laen hanya lulus. Rayuan Form 6 pon gagal kerana BM dia hanya lulus. Dia bagus dalam sports dan berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains sukan. Saya ingin sangat meminta pendapat cikgu kemana kah arah tuju yg harus saya tunjukkan pada dia?

Salam Jaja

Dari maklumat yang diberikan anda mempunyai dua sijil iaitu sijil SPM dan kemudiannya sijil STPM dengan 2.3 CGPA sastera ekonomi. Menggunakan keputusan berikut anda boleh memohon ijazah sains komputer di universiti. Cuma apa yang cikgu sarankan ialah jika menggunakan laluan UPU ada beberapa syarat seperti pakej mata pelajaran untuk kiraan merit kesains komputer dan had umur untuk permohonan secara sepenuhmasa laluan UPU lepasan STPM. Walaubagaimanapun tiada masalah jika memohon ke universiti laluan pendidikan jarak jauh atau secara sambilan. Anda juga boleh memohon agensi seperti Kolej Polytech MARA yang menwarakan elaun dan beberapa syarat yang jika layak, anda boleh mendapatkan pembiayaan. Begitu juga dengan IPTS yang kini menawarkan juga PTPTN. Walaupun CGPA agak rendah tetapi mencapai tahap minimum 2.0. Anda tidak perlu berpatah balik ke peringkat sijil.

Salam

Lulusan spm dengan 1 kredit dan menyambung giat mara untuk skm tahap 1, boleh menyambung skm tahap 2 tanpa perlu mengulang spm

Salam ipe

Berdasarkan spm 2012, anda masih lagi boleh memohon universiti awam atau politeknik. namun jika memohon semula uitm perlu ada jarak masa antara anda dibuang universiti dengan permohonan semula ke universiti. walaubagaimanapun untuk tahun hadapan pengambilan 2017 cikgu tidak pasti jika ada perubahan syarat pula. Tetapi peluang anda masih lagi terbuka di agensi awam yang lain sama ada institut pertanian, politeknik dan menyambung ijazah di universiti.


Bagi pertanyaan ini, jika "ingin memohon diploma dlam kejuruteraan di politeknik dgn memiliki 5 credit tetapi tida mendapat krdit dlm mata pelajaran bio kimia dan fizik, boleh sy dtrima masuk ke dalam diploma tersebut?"
jawapannya sukar memohon diploma dalam kejuruteraan. Ini kerana politeknik kluster setaraf universiti meleatkkan 5 syarat dengan kredit dari subjek elektif tersebut untuk kiraan merit dan syarat minimum mesti kredit juga dari subjek elektif tersebut. Bahkan politeknik metro meletakkan syarat yang lebih rendah iiatu 3 kredit sahaja iaitu wajib dari Math dan salah satu subjek sains/teknikal/vokasional.

Salam Alaxender,
dari result adik anda tidak layak mendapat sijil SPM penuh. Jadi kelulusannya ibarat 1 kredit atau gagal SPM yang mana syarat minimum nya lebih kepada kursus kemahiran dan bukannya sains sukan. Walaubagaimanapun jika dia seorang pemain yang profesional dalam sesuatu bidang sukan, dia boleh menggunakan sijil sijil tersebut dan memohon sijil sijil sampingan yang profesional dalam bidang sukan untuk menjadi jurulatih dalam bidang tersebut. Dia boleh mengambil spm ulangan dan menggunakan spm ulangan dan kepakarannya untk memohon ke kursus sains sukan tersebut menggunakan laluan pemohon yang bekerja sambil belajar dan kombinasi spm yg minimum tidak perlu cemerlang dan kombinasi pengalamannya akan diambil kira. Biasanya pengalaman 3 hingga 5 tahun dalam sesuatu bidang.

Assalamualaikum kak saya dpt spm 4A 3B 1C 1D . D ialah math .. tpi saya xminat akademik .. berbaloi tak saya hanya belajar peringkat skm jer

salam kak saya dpt spm 4A 3B+1C 1D D ialah math berbaloi ker saya amek sijil skm

assalamualaikum , nak tanya, saya ambil aliran kemahiran penyejukan penyaman udara , saya ada 4 kredit ttp math saya gagal , ada peluang ke saya nk masuk politeknik atau tmpt lain? saya dh cuba apply politeknik dlm bidang kemahiran tpi gagal ....

Salam Wada
Jika anda tidak berminat dengan akademik, anda boleh mengikuti kemahiran. Tetapi anda tidak perlu untuk mengambil sijil kemahiran malaysia kerana kelulusan anda melayakkan anda melompat terus ke diploma kemahiran dengan memohon di kolej kemahiran tinggi MARA atau ILP

Salam,

Anda mengambil aliran penyejukan penyaman udara bermaksud anda dari aliran kemahiran di sekolah menengah. Politeknik masih memrlukan kredit dalam Matematik kecuali politeknik metro yang boleh lulus dalam Matematik tetapi untuk pradiploma sains dan pradiploma perdagangan yang tidak berkaitan dengan pakej akademik SPM anda. Anda boleh mebcuba institut kemahiran MARA, institut kemahiran baitulmal, institut kemahiran belia negara atau kolej komuniti

Aslm cikgu,sya ade soalan...katakanlah saya hanya credit bm,bi dan pendidikan islam,ade ke institusi yg blyh menerima saya?

terima kasih cikgu .. teruskan usahamu yang murni itu

Salam
Jika anda mendapat 3 kredit iaitu BM BI dan pendidukan islam dan math anda lulus anda boleh memohon kursus yg bukan kemahiran dan kemahiran. Kursus bukan kemahiran di kolej politech MARA, kolej profesional MARA, institut profesional baitulmal malahan Uitm utk pradiploma.anda juga boleh memohon kolej kemahiran baitulmal, kolej komuniti dsb. Jika anda gagal Math pula semakin terhad pilihan kursus dan kolej tetapi masih lagi layak ke institut pertanian, giat MARA, kolej komuniti, inst kemahiran baitulmal atau institusi yg mengambil murid gagal SPM yg cikgu listkan di entri ini

Assalamualaikum cikgu...saya sekarang di semester 4 di politeknik...masalah saya ialah saya sudah tidak semangat untuk meneruskan pengajian kerana kos yg saya pilih ini bukan minat saya...saya nk berhenti

Terima kasih.Sangat membantu dan info yang sememangnya berguna untuk lepasan-lepasan SPM diluar sana.Teruskan mmeberikan input-input yang bermanfaat.

Assalamualaikum cikgu.boleh saya tumpanh tanya? Seandainyaa keputusan ujian spm saya terkini cuma sekadar memperoleh 1A (seni), 5 C+ (bm, sej, sn, pai, ict) dan 1D (bahasa inggeris) dan gagal untuk subjek matematik dan prinsip akaun. Tetapi itu sekadar ujian pertengahan spm pada tahun ini. Saya masih belajar dan berumur 17tahun pd tahun ini. Adakah dengan result seperti itu? Dapat membantu untuk spm yg sebenr? Dan seandainya result sy sedemikian nanti spm, adakah saya masih boleh memohon ? Dan apakah institusi yang sesuai dengan keputusan sedimikian?? Walaupun, belum trial spm lagi. Tetapi saya sekadar ingin bertanya. Insya Allah, saya akan usaha lebih lagi untuk perbaiki diri agar dpt memperoleh keputusan yang cemerlang :) harap ckgu dpt menjwab persoalan saya ye? Assalamualaikum :")

Anda tidak bersemangat dan ingin berhenti sewaktu sekarang ini anda sudah berada di semester 4. Sewaktu anda menerima tawaran, cikgu percaya anda mengambil kursus tersebut kerana kursus itu sahaja yang ditawarkan kepada anda menyebabkan anda menerimanya dengan separuh hati. Namun demikian, anda berjaya menyambung pengajian sehingga ke semester 4. tahniah untuk anda kerana mencuba dan terus mencuba sehingga ke tahap tersebut. Cikgu andaikan ada 2 semester sahaja lagi untuk anda tamatkan pengajian anda yang mana anda telah lalui sehingga 4 semester. Cikgu percaya ada faktor lain yang menyebabkan anda tidak bersemangat untuk meneruskan pengajian bukannya kerana tidak minat semata - mata sama ada kerana masalah kawan atau sistem sokongan anda sperti keluarga, kawan atau teman istimewa. Anda boleh mengharung 4 semester subjek yang anda tidak minat dan hanya perlu menghabiskan baki dua semester untuk bergraduan. dari diploma yang anda perolehi nanti, anda boleh gunakan untuk menukar kursus yang anda lebih berminat berbanding kursus sekarang. Dengan ini anda mempunyai nilai tambah dalam bidang pekerjaan sewaktu anda memohon pekerjaan nanti.

Namun jika anda tetap bertekad berhenti, pertimbangkan adakah anda perlu membayar denda atau sekatan yang akan lebih membuatkan anda tertekan berbanding meneruskannya. Pilihan manakah yang lebih membuatkan anda tertekan...pertimbangkanlah dengan sebaik -baiknya

Salam Mai Akma,
Dengan result 1A (seni), 5 C+ (bm, sej, sn, pai, ict) dan 1D (bahasa inggeris) dan gagal untuk subjek matematik dan prinsip akaun result anda dalam kategori murid lemah pencapaian akademik. Jika ini adalah result sebenar, anda mempunyai 3 kredit tetapi gagal Math. Sebaik-baiknya perlu lulus Math dan BI kerana masih ada peluang untuk ke kursus pengurusan atau kursus bukan kemahiran. Jika gagal Math , walaupun anda mempunyai 5 kredit tetapi tidak dapat memohon kursus kemahiran tinggi. Anda perlu bermula dari sijil kemahiran tahap 1 seperti murid gagal SPM atau murid dengan 3 kredit yang tidak lulus Math.

Asslamualikum cikgu, saya lepasan spm 2003. spm saya dikira gagal sebab lulus BM dan agama shj. saya mengambil mekanikal. lepas tu saya kerja sehingga sekarang saya sudah pun berumur 30 tahun mempunyai keiginan untuk sambung belajar dan minat dalam kemahiran elektrikal. boleh kah saya sambung belajar lagi dan layak ke saya dengan hanya lulus spm? tolong advise cikgu...tolong beri sedikit panduan kepada saya di mana saya harus mula. patut kah saya mengambil SPM semula?

Salam , jika saya mengambil sijil sain computer di kolej swasta atau kolej mana2 setelah tamat sijil tersebut Boleh Ka saya menguna Kan sijil tersebut untuk menyambung ke peringkat diploma iaitu course IT di politeknik atau kolej2 di mana2 Dan apakah syarat untuk sijil sains computer di kolej swasta

salam..spm saya hanya 3 lulus..tu pun satu je kedit..saya tak tahu apa yang patut saya apply untuk sambung belajar..boleh bantu saya?

Salam Maeya Ridfa

Walaupun anda gagal SPM, anda masih lagi struggle untuk meningkatkan kemahiran dan akademik anda. Syabas cikgu ucapkan. Jika anda bekerja dan pekerjaan yang anda lakukan skrg berkaitan dengan mekanikal anda boleh memohon ke kursus elektrikal walaupun anda gagal SPM.Jika melajutkan pelajaran di agensi kerajaan ada had umur yang diberikan namun jika anda menyambung di agensi berbayar, tiada masalah dari segi had umur. Namun anda akan mempelajari serendah skm tahap 1 sebelum ke skm tahap 2 dan seterusnya. walaubagaimanapun jika anda mempunyai kelulusan SPM dengan mengambil mata pelajaran yg wajib sahaja, dan andaikata SPM itu lulus, maka lebih cerah dan lebih baik peluang anda di masa hadapan.

Salam
Jika anda mempunyai 3 kredit terutama Matematik, sudah memadai untuk menyambung kursus peringkat sijil komputer di kolej swasta atau kerajaan. Malahan ada juga yang akan menawarkan kursus diploma sains komputer dengan 3 kredit bergantung kepada subjek kredit anda terutama Math, BM, BI dan kelulusan subjek lain . Jika anda mempelajari sijil sains komputer, anda boleh menyambung ke peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat ijazah jika graduat dengan syarat yang ditetapkan oleh kolej tersebut.

Salam

Dengan mata pelajaran hanya 3 lulus..tu pun satu je kedit..memang kursus kemahiran sahaja yang layak anda ambil. Kursus kemahiran memang banyak dan anda boleh lihat secara terperinci setiap kursus yang ditawarkan kolej kemahiran untuk murid setaraf gagal SPM dalam entri ini sama ada pertanian, elektrik, eletronik, mekanikal dan sebagainya

Assalam cikgu maaf nak tanya cikgu pernh dengar tak pasal institut kemahiran tinggi lagenda ? Bila search dkt google x bnyak info ,sy dpt tawaran dia ckp klau masuk comfirm kita akan dapat kerja ,sy hrsp ckgu dpat bantu terima kasih .

Hello, can I take business studies in kolej komuniti with 1c and fail matematik ?

assalam.. sye lepasan diploma universiti swasta dan pngk sye 3.02 . bolehkah sye memohon untuk menyambung ijazah di universiti tmpatan sedangkn keputusan spm sye gagal dalam matematik? adakah ia masih dikira jika diploma sye ok.

Assalamualaikum..maaf puan. sy ingin bertanya..sy dah cari Universiti utk bt diploma bhsa melayu di universiti2 tmpatan area kl/selangor tp smuanya utk ijazah sarjana. sy oku jd sy xmahu ambil jauh2. bolehkah sy ambil apa2 course di uitm, sbb sy ada trfikir utk smbung degree lepas bt diploma...cuma tkut diploma yg ambil xboleh teruskan degree bhsa melayu.

Salam

Maaf ye cikgu sendiri tak berapa pasti dengan kolej lagenda. Jika anda sendiri sudah google dan tidak mendapat maklumat yang jelas, jadi sebelum anda menandatangani apa sahaja dokumen kemasukan, pastikan ibu bapa anda juga membaca kontrak kemasukan yang jelas berkenaan dengan yuran, pulangan balik dan kemudahan yang ditawarkan

Salam
Lulusan IPTS yang memperolehi CGPA 3.0 tetapi gagal Matematik sewaktu SPM agak sukar mendapat tempat untuk pengambilan full time di IPTA terutama kursus tertentu yang masih memerlukan result SPM untuk dipadankan dengan diploma anda. Namun jika anda memohon program secara jarak jauh atau part time, mungkin dipertimbangkan kerana diuruskan oleh unit lain yang memerlukan syarat am dan syarat umum yang lebih rendah dari syarat pengambilan masuk untuk full time student permohonan UPU, dan tempoh masa yang lebih panjang untuk graduate berbanding full time student.

Salam Intan

Result diploma membolehkan anda menyambung ke ijazah. Terutama jika anda mempunyai diploma dalam bidang sastera juga atau kursus yang satu fakulti dengan ijazah Bahasa Melayu agar memudahkan anda diterima ke ijazah dalam bahasa melayu dengan memenuhi syarat am dan khas ijazah.

Hi !
Respon kepada pertanyaan anda ..
Dengan 1 kredit dan Gagal Matematik menyukarkan anda memohon kursus pengurusan di kolej komuniti

Assalamualaikum, Cikgu. Saya Jennah. Nak bertanya, saya merupakan salah seorang graduan lepasan diploma dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari salah sebuah kolej swasta di Melaka. Sekiranya saya berpeluang melanjutkan pelajaran saya ke ijazah di salah sebuah Universiti Awam, adakah layak untuk saya transfer kredit sedangkan saya bukan lepasan dari universiti awam?

Kak, sy hanya ada 2kredit. Kemana patut sy pergi?

Salam cikgu,saya nak tanya klau dpt 2 kredit sahaja...blh kah saya ambil bidang akuakultur air tawar?

Salam sejahtera Puan. Ada soalan yang ingin saya tanyakan. Buat masa ini saya sangat bingung memikirkan akan masalah yang saya alami. Saya berusia 22. Buat masa ini saya sedang bekerja. Sebelum ini saya pernah menyambung pelajaran pada peringkat diploma di salah sebuah IPTA di Malaysia. Tetapi saya memutuskan untuk berhenti belajar pada tahun ke dua kerana kurang minat akan jurusan yang saya ambil. Buat masa ini saya sering terpikir untuk menyambung semula pengajian. Tetapi saya tidak pasti sama ada saya harus mengambil asasi atau diploma kerana pada saya diploma akan mengambil masa yang agak lama. Buat pengetahuan puan, keputusan SPM saya ialah BM,BI, Matematik, Geografi ialah A, PI,Sejarah ialah B, LK C, Add Math dan Fizik D dan Kimia E. Saya sangat bingung memikirkan akan hala tuju yang perlu saya ambil. Saya bertekad untuk menamatkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Saya sedar akan kesilapan saya yang lalu. Saya tidak mahu lagi mengecewakan ibu bapa saya. Diharap puan dapat membantu saya dan memberi pendapat. Terima kasih.

Cikgu, saya asal daripada pulau pinang dan pertama kali saya mengambil kertas sejarah dalam SPM ulangan 2016. 12 tahun yang lalu masa saya menduduki sejarah dalam SPM 2004 saya gagal teruk. Saya takut untuk mengambil subjek ini. Saya sekarang belajar di KDU Penang dalam jurusan diploma dalam komunikasi massa dan saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran saya ke USM (b.communications). Untuk itu, saya meneliti syarat am kemasukan USM, iaitu mendapat kepujian dalam BM kertas Julai/ SPM, dan lulus sejarah. Saya mendapat keputusan (E) LULUS..dan dibawah slip keputusan ada perkataan tertera : 'LAYAK MENDAPAT PERNYATAAN', bermaksud apa, cikgu? Adakah saya gagal? apa yang saya ingat bahawa pernyataan adalah untul calon yang gagal peperiksaan SPM atau hilang sijil SPM...


Hello Aaron
Ini menunjukkan anda lulus sejarah dan layak mendapat pernyataan kerana anda hanya mengambil beberapa subjek atau satu subjek sahaja untuk ulangan. Penyataan ini boleh digabungkan dengan sjil spm asal kamu untuk memohon jawatan atau kursus

Salam

Nampaknya anda mempunyai result yang sederhana cemerlang sewaktu SPM tetapi masih melayakkan anda untuk mendapat tempat di IPTA di tahun dua yg cikgu andaikan ialah diploma. Jika anda menyambung asasi di IPT, syarat kelayakan umur untuk asasi ada hadnya berbanding diploma. Masih tidak terlewat untuk menyambung diploma dan memohon secara part time atau full time sama ada di IPTA atau IPTS. Pastikan buat homework mengenai kursus yang relevan untuk anda minati dan jangan tangkap muat kursus yang masih ada untuk mengisi kekosongan sahaja kerana bimbang pisang berbuah dua kali. Motivasi anda perlu sentiasa ditingkatkan dan berpeganglah kepada satu idola iaitu ibu bapa setiap kali anda mengalami kesukaran. Maklumlah menyambung pelajaran untuk kali kedua di kala kawan -kawan sudah pun menyambung ijazah atau bekerja memang menuntut survival mental, emosi dan fizikal yang tinggi. Semoga berjaya


Salam
bagi yang mendapat 2 kredit dan berminat dengan akuakultur boleh memohon di Jabatan Pertanian Malaysia yang menawarkan
Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan dengan sijil kemahiran. Anda boleh menghubungi untuk maklumat lanjut

Di Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang dan
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah

Salam Jennah,

Biasanya transfer kredit diploma ke degree bagi universiti yang berlainan atau IPTS ke IPTA biasanya adalah sukar kerana kandungan kursus atau modul yang berbeza dari silibus IPT itu sendiri kecuali anda berjaya membuktikan pernyataan dari fakulti anda yang asal bahawa kandungan silibus bagi subjek tersebut sama ada amali atau teorinya adalah sama dengan bilangan jam kreditnya untuk dipertimbangkan oleh IPT yang lain. Biasanya transfer kredit dari diploma terpakai antara IPT ke degree IPT itu sendiri.

Assalamualaikum .. saya baru lepas diploma kemahiran .. boleh ka saya sambung ijazah walaupon saya tak mengikut pointer ? ,kolej saya menggunakan terampil .. saya ambik diploma kemahiran sistem maklumat

Asalamualaikum . saya mahu tahu kelayakan yang mana saya boleh terima dengan keputusan 2 kredit lulus spm tetapi gagal math dengan bi?

bagi pelajar vokasional tahun akhir,jika beliau berhenti pengajian atas masalah tersendiri. dan hanya memperolehi skm/svm tahap 2. pelajar tersebut layak tak untuk mengambil spm semula seperti biasa

Aslm , cg ? Skrg sya pre U bdang sastera blh x sya repeat paper tmbhan paper bio dn kimia sbb sya mnat prubtn dn alran syaa skrg sastera

Salam mohd helmy
bagi kemasukan ijazah universiti awam, perlu mengikuti syarat am terlebih dahulu yang mana antaranya pointer cgpa anda. jika tidak cukup syarat maka anda tidak diterima masuk tetapi IPTS anda boleh memohon kerana syarat kemasukan ke IPTS tidak terlalu tinggi seperti IPTA yang sentiasa menjadi rebutan

Salam mohd iqbal
dengan kelulusan 2 kredit dan gagal bi dan math, agak sukar untuk aliran berorientasikan pengurusan dan akademik. Anda lebih sesuai mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan serendah murid gagal SPM

Salam
Bagi pemohon kv yang sudah mendapat skm tahap 2, anda boleh menyambung ke tahap yang lebih tingggi untuk skm tahap 3 dan 4. Namun jika anda ingin mengambil SPm, anda perlu mendaftarkan diri untuk mengambil SPM calon persendirian dan mengikuti terma dan syarat seperti yang ditetapkan untuk pendaftaran SPM calon persendirian.

Salam

Apabila anda mengatakan anda ingin mengulng subjek elektif sains tersebut, cikgu andaikan kamu murid sains yang mendapat result yang hanya memuaskan dan bukan cemerlang untuk subjek tersebut menyebabkan anda ditempatkan di aliran sastera pra U. Anda boleh mengulang SPM untuk mata pelajaran tertentu tersebut namun cikgu harus ingatkan anda bahawa kebanyakan syarat IPTA di Malaysia, syarat ke ijazah perubatan adalah kombinasi syarat dari matrikulasi atau pra U dengan kombinasi SPM kali pertma ambil yang memerlukan subjek elektif tertentu sains tersebut B. Namun jika syarat di IPTS, mungkin agak longgar sedikit memandangkan IPTA mempunyai kuota tertentu untuk kursus perubatan. lebih baik anda meneliti syarat ke ijazah perubatan dan buat pertimbangan terbaik sebelum anda mendaftar untuk mengulang mata pelajaran tersebut agar tidak kecewa dikemudian hari

Assalamualaikum kak sy nk ambk fesyen d mnjhit lpas spm tpi sy x ambil seni bleh ke sy dtrima msuk??

Salam, saya seorang pelajar vokasional dan saya tak mahu sambung di vokasional kerana saya mahu ambil course photography di universiti, tanpa spm universiti mana yang saya boleh sambung?

Assalamuallaikum cikgu. Maaf, saya calon spm 2016. Saya ingin tanya, kalau subjek math dan english saya gagal, saya harus pergi kemana? Apakah kolej komuniti sesuai? Dan kolej komuniti adakah jangka yg panjang?

Assalam cikgu,tahun ni sya spm dah,,andaikan saya dpt (bm,A,)(sej,A),(sn,C),(Tasawur islam,C) (pndidkn islam,C) (psv,B) (math,E)(BI,E) boleh ka saya msuk U atau kolej?

Assalamualaikum nak bertanya, saya mendapat 5 kredit tetapi gagal math di dalam spm , dan saya berminat hendak menyambung pelajaran di UITM bidang interior designer, adakah pihak UITM akan menerima saya sebagai pelajar di sana?

Assalammualaikum Cikgu . Saya Sekarang di ILP dalam bidang Pemesinan CnC . saya sekarang dah semester 3 . saya ada masalah yg membuatkan saya takdapat
meneruskan belajar disitu . jikalau saya behenti , adakah saya dapat belajar dimana2 kolej lain . ? adakah nama saya tidak diblack list kann ?

Salam. Bagi soalan berikut
Assalamualaikum kak sy nk ambk fesyen d mnjhit lpas spm tpi sy x ambil seni bleh ke sy dtrima msuk??

Respon:Boleh untuk murid yang memang mengambil kursus Jahitan Pakaian di ting 5 atau murid aliran biasa tetapi mengikuti kursus kemahiran jahitan.

Salam Siti Norashikin. Bagi soalan anda
Assalamuallaikum cikgu. Maaf, saya calon spm 2016. Saya ingin tanya, kalau subjek math dan english saya gagal, saya harus pergi kemana? Apakah kolej komuniti sesuai? Dan kolej komuniti adakah jangka yg panjang?

Respon
Kolej komuniti boleh mengambil murid gagal English dan Math asalkan anda lulus SPM. Kolej komuniti menawarkan diploma dengan syarat tertentu untuk kursus tertentu dan serendah sijil kemahiran untuk 1 kredit.


Salam Danial H
saya seorang pelajar vokasional dan saya tak mahu sambung di vokasional kerana saya mahu ambil course photography di universiti, tanpa spm universiti mana yang saya boleh sambung?

Respon
Tanpa spm mmg tidak ada universiti yang boleh kamu sambung..tetapi jika anda bergraduat dari kolej vokasional hingga mendapat sijil vokasional atau kelas pengajian vokasional menengah atas maka kelulusan itu adalah SETARA dengan sijil SPM dan ada universiti yang mengambil murid yang SETARA kelulusan SPM terutama universiti teknikal. Namun bagi kursus fotografi, anda boleh ke kolej swasta yang menawarkan kursus khas fotografi profesional menggunakan sijil setara vokasional anda jika kelulusan menginginkan SPM/SETARA serendah 5 hingga 3 kredit bergantung kepada institusi seperti di HELP UNiversity, Limkokwing, SEGI, UNISEL, MSU, New Era College, Asia Pasific Institute Of Information Technology dan kolej kerajaan seperti untuk kemasukan ke kolej komuniti dan Giat MARA. Univsiti awam seperti UMP dan UNIMAS.

Anonymous Anonymous said...
Assalam cikgu,tahun ni sya spm dah,,andaikan saya dpt (bm,A,)(sej,A),(sn,C),(Tasawur islam,C) (pndidkn islam,C) (psv,B) (math,E)(BI,E) boleh ka saya msuk U atau kolej?

Respon:
Anda mempunyai 6 kredit tetapi krn Math dan BI E agak sukar laluan ke universiti menggunakan sijil SPM tersebut dan kolej yang anda boleh masuk adalah kolej yang menawarkan kursus berkaitan kemahiran kerana subjek pengurusan atau perakaunan memerlukan kredit . Namun jika anda memohon kursus serendah sijil pengurusan untuk kolej boleh dipertimbangkan untuk Math dan BI yang lulus sebelum ke peringkat diploma, atau kelulusan diploma tertentu di kolej swasta dengan serendah 3 kredit yg menepati syarat kursus tertentu yang dipohon.

Bagi soalan ini,
Assalamualaikum nak bertanya, saya mendapat 5 kredit tetapi gagal math di dalam spm , dan saya berminat hendak menyambung pelajaran di UITM bidang interior designer, adakah pihak UITM akan menerima saya sebagai pelajar di sana?

Respon:
Syarat umum 5 kredit dan jika tidak ada perubahan dari aspek syarat , cikgu difahamkan memerlukan kredit dari kumpulan mata pelajaran berasaskan matematik untuk subjek tersebut di UITM. Namun anda boleh membuat pengesahan untuk syarat tersebut tahun depan.

Bagi soalan berikut:
Assalammualaikum Cikgu . Saya Sekarang di ILP dalam bidang Pemesinan CnC . saya sekarang dah semester 3 . saya ada masalah yg membuatkan saya takdapat
meneruskan belajar disitu . jikalau saya behenti , adakah saya dapat belajar dimana2 kolej lain . ? adakah nama saya tidak diblack list kann ?

Respon:
Jika anda berhenti kerana masalah peribadi dan tidak melibatkan kes jenayah maka nama anda tidak diblacklist. Anda boleh berhenti dan menggunakan keputusan SPM anda untuk membuat permohonan baru di kolej baru. Jika anda tidak menggunakan pembiayaan atau tajaan lain sebelum ini, maka anda tidak terikat dengan mana-mana kontrak perjanjian dengan agensi lain dan masih boleh memohon kolej lain

Assalammualaikum cg,klu subjek addmath dpt credit tp math failed layakke mohon dlm bidang kejururawatan?

saya sedang mendduki spm pada masa ini, saya rasakan math saya teruk dan JIKA math saya tidak lulus tetapi saya masih punyai 5 kredit adakah saya diterima masuk mana mana U terutamanya UiTM ? Dan bidang apa patut saya pilih ?saya mahu contact semula cikgu dengan result sebenar kamu nanti.sila beri contact nombor kamu cikgu

assalammualaikum cikgu, pada tahun ini anak saya menduduki SPMV di Kolej Tengku Ampuan Afzan aliran automotif dan akan memperolehi SKM tahap 2. Mengikut anak saya dia kurang berminat dalam bidang akademik dan lebih cenderung ke arah kemahiran. CGPA yg di perolehi mengikut pencapaiannya sblum ini dalam range 2.50-2.80. Sekiranya anak saya ingin meneruskan pembelajaran dalam bidang yang sama adakah beliau akan ke peringkat diploma atau sijil. Mohon juga cikgu berikan pandangan di manakah IPTA yg lebih cenderung untuk anak saya meneruskan pembelajarannya itu.

hai cikgu saya lepasan spm 2014 dan saya hanya mendapat 6 credit dan bolehkah saya memohon mana2 tempat untuk belajar selepas tarikh 11/16/2016 kerana sebelum nie saya belajar pondok saya harap cikgu boleh membantu terima kasih

hai cikgu saya lepasan spm 2014 dan saya hanya mendapat 6 credit dan bolehkah saya memohon mana2 tempat untuk belajar selepas tarikh 11/16/2016 kerana sebelum nie saya belajar pondok saya harap cikgu boleh membantu terima kasih

Assalammualaikum cg,klu subjek addmath dpt credit tp math failed layakke mohon dlm bidang kejururawatan?

Respon: Matematik adalah syarat wajib kerana mata pelajaran teras berbanding Add Math subjek elektif. Tetapi anda berhak untuk membuat rayuan untuk dipertimbangkan.

Kepada sanggar manickam,

Matematik adalah syarat wajib untuk semua lulusan IPTA terutama yang bukan berasaskan kemahiran. Jika anda mendapat 7A sekalipun tetapi Math gagal maka syarat wajib tidak dipenuhi yang menyebabkan anda tidak dapat dipertimbangkan.
Bidang kemahiran tinggi juga memerlukan Matematik kredit dan kemahiran memerlukan sekurang-kurangnya lulus. Jika gagal, maka peluang adalah terhad dan anda boleh bermula dengan kemahiran skm tahap 1.Anda boleh menghubungi saya pada email nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

Salam Nabil Aiman

Anda menduduki spm 2014 dan berasal dari sekolah pondok. Begitukah maksud anda? Dengan 6 kredit anda boleh memohon melanjutkan pelajaran dan mengikuti kursus yang bersesuian dengan subjek yang anda memperolehi kredit tersebut

Assalamualaikum... Cikgu...maafkan saya
Saya nak bertanya kepada cikgu untuk kepastian.. Kalau saya gagal dalam addmt adakah saya ruang untuk masuk ke matrikulasi masih terbuka untuk saya ...

Gagal Add Math tidak layak untuk kemasukan ke matriks

assalammualaikum . saya pelajar spm 2016 , baru sahaja menduduki spm 7/11 yg lalu. tapi , setelah saya menjawab soalan matematik saya mnjangkakan result matematik saya tidak kredit . jadi , andai kata saya mndapat keputusan yg cemerlang dlm subjek lain tetapi mmperoleh D dalam subjek math , adakah saya tidak layak untk smbung plajaran di university? apa yg saya patut buat? mohon penjelasan. terima kasih!

Salam cikgu, saya sdg mengikuti kursus sistem teknologi komputer di giat mara skm3 . Saya cuma mdpt 1 kredit spm 2016, dan gagal sejarah, masih blhkah saya lanjutkan pelajaran ke peringkat diploma? Tq

Salam cikgu, saya merupakan pelajar lepasan pra diploma kolej vokasional (SVM dan SKM) dan berminat untuk menyambung peringkat diploma di institut pengajian tinggi swasta kerana mendapat tahu graduan lepasan diploma kolej vokasional (DVM) tidak layak untuk menyambung ke ijazah sebaik habis belajar, kami memerlukan APEL (sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja) sebelum layak memohon.

Saya merupakan pelajar pengurusan peruncitan dan berminat untuk menyambung program diploma yang sama ataupun yang masih berkaitan ie pengurusan perniagaan dll. Boleh cikgu sarankan institut yang ada menerima sijil vokasional malaysia (svm)? terima kasih banyak2. ;)

Assalamualaikum puan. Adakah pelajar lepasan spm sains tulen layak untuk membuat permohonan bagi kursus pengajian islam (sejarah dan tamadun islam) di unisza?

Salam she fafar
pelajar lepasan pra diploma kolej vokasional (SVM dan SKM) dan berminat untuk menyambung peringkat diploma di institut pengajian tinggi swasta yg menerima sijil vokasional malaysia bergantung kpd kursus yg ditawarkan. Memandangkan svm adalah sijil yg dikeluarkan oleh KPM biasanya diiktiraf oleh institut swasta seperti murid dari giat MARA atau kolej komuniti under kerajaan. Walau bagaimanapun anda boleh mencuba institut profesional baitulmal dan kolej polytech MARA yg menawarkan kursus pengurusan. Kolej swasta yg lain juga anda boleh cuba dgn menghubungi pelbagai jenis kolej yg menawarkan kursus yg anda minati samaada sijil kemahiran dgn tahap 3 dan 4.

Salam Elliana Teh

Anda sdg mengikuti kursus sistem teknologi komputer di giat mara skm3 cuma cikgu kurang faham kamu batch spm mana krn kamu mention hanya mendapat 1 kredit spm 2016 dan gagal sejarah sedangkan calon spm 2016 belum menerima result. Tetapi jika anda batch spm 2015 yg menerima result 2016 dgn gagal sejarah bermaksud anda gagal juga dalam SPM. Anda boleh lanjutkan pelajaran ke peringkat sijil kemahiran yg lebih tinggi setaraf dioloma kemahiran tetapi dgn gagal spm anda perlu mengambil pelbagai jenis sijil kemahiran aplikasi komputer untuk top up kemahiran yg ada. Bagi kursus kemahiran komputer ada perbezaan dari kemahiran tangan yg lain spt automotif, elektrik atau masakan krn kursus komputer ini mmg ada ditawarkan di majoriti ipts tetapi ipts masih lagi memerlukan kelayakan lulus spm utk tawaran diploma bagi permohonan ptptn juga berbanding dgn kolej kemahiran pengkhususan seperti automotif, elektrik,,pertanian dsb yg mmg dilatih di peringkat yg lebih tinggi dlm pengkhususan bidang kemahiran trsebut di institusi kemahiran tertentu walaupun dari skm tahap 1 hingga ke peringkat diploma kemahiran. Oleh itu peluang anda lebih cerah utk bekerja dgn jawatan yg baik jika anda mempelbagaikan kelulusan dibidang kemahiran komputer dgn kelayakan skm3 giat mara untuk memohon masuk ke institusi yg mengambil kelulusan skm3 dgn pengalaman bekerja nanti..dan dgn kepakaran anda nanti anda masih lagi boleh menjawat jawatan yg baik dgn gaji yg setimpal.

Salam, saya spm 3 credit dan berminat dalam bidang airport dan penerbangan, ada peluang ke tidak ye

saya tak ada SPM stop form 5 bcause sakit
apa saya ptut buat?

#FB @Virusa Hath Thanks.

assalamualaikum. saya betul2 minta tolong dekat cikgu, cikgu saya lulusan SPM 2016 result 2017 baru keluar, cikgu saya dari form 4 till form 5 ambil aliran perdagangan, tetapi saya ingin melanjutkan pelajaran saya dengan mengambil course perubatan. memang tidak masuk akal tetapi saya memiliki alasan kenapa saya ingin sangat untuk mengambil course itu walaupun saya tahu consequence nya nanti. menurut cikgu saya tetap harus mengambil course perubatan atau saya harus tanam sahaja mimpi saya untuk menjadi one of them. jujur saya sangat berharap agar cikgu dapat membalas comment saya ini.

sekian, terima kasih

Anak saya dlm pembelajaran peringkat diploma(Sem 3) di kolej vokasional.seperti yg sedia maklum kemasukan pelajar bermula umur 16 thn.., selepas keputusan pmr,pt3 diumumkan. Pelajar mengikuti program selama 2 tahun ..seterusnya pelajar yang lulus akedemik dan vokasional akan ditawarkan ke peringkat diploma. Pertanyaan::
Adakah pelajar lulusan diploma dari kolej vokasional ini layak melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah? Sepertimana yg diketahui pelajar tiada SPM.

Salam puan
Anak puan peringkat diploma(Sem 3) di kolej vokasional. pelajar lulusan diploma dari kolej vokasional ini layak melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah tetapi perlu bekerja selama 2 thn dan mendapat sijil pengikrafan NPEL seperti yg diarahkan oleh MQA iaitu badan akreditasi pendidikan.mmg benar mereka tiada SPM seperti mana subjek murid aliran perdana. Tetapi mereka belajar 3 subjek minimum dan laluan kemahiran ini adalah istimewa untuk mereka krn mempunyai peluang juga walaupun lambat. Kerajaan mensasarkan murid ini dalam pasaran kerja yg separa profesional krn mereka bagus dlm kemahiran dan mempunyai masa depan yg baik untuk kursus kemahiran berbanding subjek akademik yg kurang mampu dibawa oleh murid.

Assalammualaikum ckg saya lepasan spm 2014 saya mendapat 4 kepujian tetapi saya gagal mate dan bi blhkah saya melanjutkan pengajian dalam bidang undang2

assalamualaikum, saya adalah lepasan dari institut kemahiran mara, mengambil sijil senibina. boleh kah saya menyambung pelajaran saya di uitm shah alam mengambil kursus senibina disana.

Salam
Anda adalah lepasan dari institut kemahiran mara, mengambil sijil senibina. Anda boleh menyambung pelajaran di IPT krn kelulusan IKM diiktiraf. Namun anda harus meneliti syarat am dan syarat khusus untuk kelayakan mengambil kursus senibina.

Salam.. Sy fitri sy calon lepasan spm 2015 resuit spm sy hnye 6kredit math E,bi G.. Sy ingin smbung belajar di peringt diploma di ipta dan ipts kos sy minat ialah pengurusan perniagaan dn pergurusan penghotelan..adakah bi dan math sy perlu repeat.. Ape padangan cikgu untk sy lakukn dlm bidang sy minat.. Sy keliru untk smbung bljr??

A'ssalamulaiakum cikgu, saya skrg ni msh lagi belajar di Tingkatan 5. Mcmni sebenanrya, saya mulakan kisah saya dri form 3. Saya-betul-betul perlukan caunselor untuk berkongsi detik-detik kesusahan saya yg tiada org pun mengetahuinya, saya sebenarnya nak kongsikan pada kaunselor sekolah saya tpi saya rasa mcm kurang selesa jdi saya kongsikan disini sahajalah. Bermula dari kisah saya form 3, saya ni pelajar yg bagus dan juga boleh dikatakan amat baik jugaklah kecuali maths. Keputusan pt3 saya juga 6A4b kecuali maths iaitu D. Saya time tu nak apply KV, dah apply tpi tak diterima sbb time saya dtg ke pihak kv tu scara f2f, dia kata elok lagi saya smbung sahaja sekolah biasa. Saya tak tahu nak buat apa jdi saya teruskan sahaja meskipun saya ni betul-betul mengharapkan nama saya tergolong dlm sekolah kv. Bagi saya pendidikan akademik mahupun kemahiran dua-duanya sama penting kepada pembangungan negara sbb saya ambil contoh negara German yg mana sistem pendidikan mereka akademik dan kemahiran sma nilainya berbanding malaysia dimana kebanykkan jawatan memerlukan akademic terutama kerajaan. Tpi saya bukan org yg nak bekerja sektor kerajaan atau swasta saya jenis yg suka hidup berdasarkam usaha iaitu saya minat berniaga berdasarkan jenis bidang yg saya minat itu samada bidang Automobile (bah-bab repair kereta) atau bidang IT(bab bab tentang coding ataupun bab-bab editing). Mana-manalah yg saya dapat capai samada repair kereta (buka business workshop) coding(mungkin dpt jdi pengurus website sesebuah syarikat) atau editing (nak jdi youtuber). 3 tu saja impian saya dari saya kecil smpai sekarang. Tpi kerana kv tolak saya, ditambah lagi saya tak berminat dgn aliran science yg pihak sekolah tempatkan saya. Saya berpindah dari aliran sains ke aliran sastera dan langsung tak pernah fokus dalam sekolah. Sejujurnya saya tak fokus sbb subject yg diajar bosan. Lama kelamaan saya terasa tercabar dgn kawan saya yang dahulu saya mengatasinya skrg dia pula mengatasi saya terutama maths. Jdi bermula pada sekitar bulan august saya belajar maths dan dapat saya tangkap serta saya ni bagus dalam subject Sains. Dalam kata lain hanya maths,sains dan satu lagi subject perdagangan saya memang terror kecuali bm, sejarah. Bgi bi pulak biasa-biasa sahaja kadang-kadang C kadang-kadang B. Smpai harini sya msh mengharapkan kalau ada peluang saya nak ambil bidang kemahiran sepenuhnya dalam automobile/teknologi maklumat. Sebelum ni saya aliran sains teknologi maklumat tpi akibat saya betul-betul tertekan saya lemparkan semua tanggungjawab saya. Skrg ni yg merunsingkan saya ialah, ada satu kolej ni tak jauh dri kawasan daerah saya jugaklah, iaitu kolej Riamtec Miri yg menawarkan kursus Automobile dengan kelayalan hanya 3 kredit, iaitu mathermatic,science dan satu lagi mana-mana subject, cuma masalahnya saya ni gagal bm dan juga sejarah. Saya takut kalau saya tak dapat sijil spm saya tak dpt memohon riamtec. Saya rasa sistem ni kejam sbb certain people ada abilities masing-masing cuma dibataskan dengan syarat tertentu. Saya betul-betul kecewa. Apakan yg ptur saya lakukan? Sya mohon bantuan. Kalau boleh saya betul-betul nak berhenti sekolah dah dan nak ambil course kemahiran tanpa kelayakan spm. Tpi tak nak juga ibu bapa nanti kecewa.

assalamualaikum cikgu...kalau nak sambung degree nanti...akan tgok kite punye spm balik ker cikgu???contohlah alhamdulillah saye dapat 5a 1b 2c 1e dan e tu adelah math tetapi saye dapat a untuk bi dan saye telah sambung pelajaran saye pde peringkat stpm(penggal 2).jikalau saye ingin sambung degree undang² nanti di ipta,adekah syarat kelayakannye nanti akan tgok kite punye spm balik eventhough klah kite dapat pointer yg agak bagus ketike stpm nanti???atau kene repeat paper math nanti?

Saya menjawab persoalan ini
'assalamualaikum cikgu...kalau nak sambung degree nanti...akan tgok kite punye spm balik ker cikgu???contohlah alhamdulillah saye dapat 5a 1b 2c 1e dan e tu adelah math tetapi saye dapat a untuk bi dan saye telah sambung pelajaran saye pde peringkat stpm(penggal 2).jikalau saye ingin sambung degree undang² nanti di ipta,adekah syarat kelayakannye nanti akan tgok kite punye spm balik eventhough klah kite dapat pointer yg agak bagus ketike stpm nanti???atau kene repeat paper math nanti? '

Ya. Syarat umum dan khusus masih lagi meletakkan syarat subjek spm untuk subjek tertentu mesti C untuk kemasukan ke ijazah walaupun anda mendapat pointer yg baik di peringkat spm. Oleh kerana itu..anda perlu mengambil paper july untuk meningkatkan peluang anda mendapat tempat. Sila semak kemasukan ke ijazah undang undang lepasan stpm untuk mengenalpasti syarat khusus tertentu kombinasi subjek spm

Assalamualaikum......

moga bantuan yang di minta ini tidak mengganggu....

Saya Dayang dr sarawak. Umur thn ni masuk 32. bekerja sebagai Penyelia makmal di ladang kelapa sawit. di samping itu saya juga bertugas sebagai QA/QC di kilang tersebut. saya berpendidikan setakat SPM sahaja. Oleh sebab itu gaji bulanan saya rendah dari pekerja yang bependidikan diploma walaupun saya mempunyai pengalaman 8 tahun dalam bidang ini. persoalannya....
Boleh tak cik/puan membantu saya dalam meningkatkan pendidikan saya dengan:
1) saya ingin menyambung pelajaran Diploma dalam bidang sains (pelajaran jarak jauh) Kemanakah hala tuju yang harus saya pergi kerana keputusan sains SPM saya cuma 5?

2) sekiranya SPM saya tak layak untuk Diploma dalam bidang sains, ada tak cara lain yang dapat saya guna untuk capai Diploma dalam bidang sains itu. Saya berhasrat untuk mencapai kerja sebagai seorang Chemist.

Mohon dicerahkan

Cikgu...Saya devi , saya nak tahu kelayakan dan syarat yang sesuai untuk masuk ke bidang kulinari dan pendidikan awal kanak-kanak...

assalamualaikum akak :) saye punye Bm D.math A. Sains B. Bi C. saye boleh mohon di mane ye?? mohon penjelasan :D

Assalamualaikum kak, saya lepasan spm tahun 2016.result saya dah cantik dah, cuma math saya sahaja yang gagal.apa yang perlu saya lakukan ? Sebab hampir semua U yang saya tengok memerlukan kredit atau lulus dalam math. Cikgu di sekolah mencadangkan saya untuk repeat. Tapi, takkan sebab math je saya tak boleh sambung belajar ?

salam.. saya merupakan calon spm 2016..subjek addmath saya gagal tapi subjek2 yg lain semua lulus dan Bi saya mendapat B+,apakah bidang yg layak untuk saya ceburi?masihkah ada peluang untuk saya melanjutkn pelajaran ke IPT?..saya merupakan pelajar aliran sains..mohon pencerahan

Salam cg,saya mendapat result spm 2016 3A 1A- 2B 1c+ 1D 1e.Tapi bi dan math saya xberapa nk kredit(BI-D,,Math-E)Boleh ke saya mohon ke kos sains sebab Sains saya A.

Salam cg,saya lepasan spm 2016.Saya mendapat (3A) utk sejarah,pen.islam dgn Sains.(1A) kesusteraan melayu (2B)utk bm dan sains pertanian.(1c+)sains sukan,(1D)bi dan (1E) math.adakah saya layak utk ambil kos sains atau pendidikan.Mohon pencerahan dripd cg.

Salam cikgu, saya mendapat keputusan 1B+ 2B 2C & 3D . 3D ialah math, akaun dan ekonomi. Saya berminat untuk course nursing & sains saya B, cuma math yg menyebabkn saya tidak layak untuk course nursing. Apa patut saya lakukan? Jika saya membuat rayuan perlu di swasta atau kerajaan? Dan adakah rayuan saya akan diterima?

Cikgu, saya cuma mendapat 5c 3d. D ialah math Dan bi saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dlm pelancongan di politeknik konvensional. Adakah dengan keputusan math dan bi tak credit masih berpeluang untuk sambung belajar dalam course tu di poli :(

Ya..hampir semua ipt memerlukan kredit atau lulus dalam math dan antara subjek wajib pengiraan merit. Cikgu di sekolah mencadangkan anda untuk repeat paper math jun ni krn apabila anda ingin menyambung belajar walaupun sudah masuk kemahiran tahap 1 dan 2 ada institusi yg masih ingin math sbg pakej spm yg diperlukan juga. Daftar sementara anda masih fresh dgn pembelajaran math dan banyakan latihan krn subjek ini menyebablan pilihan untuk sambung belajar adah terhad

Hai, cikgu! Sy pelajar lepasan SPM 2016. Sy telah mendapat keputusan (1B,2C+,4D dan 3G) Yg sy fail Addmath,Biologi dan Kimia. Yg Gred tu utk Sejarah, matematik,sejarah dan Fizik. Ada apa-apa nasihat utk sy tak utk memilih hala tuju selepas ini. Sy amat memerlukan bantuan cikgu. Sy rasa sgt down sekarang. huhuhuhuhu

Salam kak nak tanye kalau saye gagal math tetapi subjek lain semua kredit bolehkah saye mohon pra diplo (MDAB) ? Mohon akak boleh jawab soalan saye

Cikgu,tlg membantu sy,sy keliru dgn tak tahu nak pilih bidang apa?spm 2017.sy ada 5 credit dan matematik lulus.sy layak dapat masuk kolej tak?

salam puan,saya baru mendapat sijil spm 2016 baru baru ini dengan keputusan 8 kepujian dan matematik saya mendapat D (aliran sastera) .Jadi saya ingin memohon untuk diploma pengurusan perniagaan di uitm tapi saya tengok dalam E-SEMAK syarat saya tidak layak kerana matematik saya tidak mendapat kepujian.Saya mahu memohon pra diploma tetapi mempunyai syarat mengubah destinasi anak bangsa (MDAB) yang saya tidak layak.Jika saya memohon politeknik konvensional untuk diploma boleh ke saya sambung untuk sarjana muda pengurusan perniagaan di uitm.Jadi saya nak tahu macam mana nak masuk uitm

Assalamualaikum cikgu. Saya baru lepas spm, sy mendapat keputusan 4B(bm,seni,pendidikan islam,sains) 2C(ict,sejarah)1D (Bi)1E(math) . Saya taktahu nak apply U mana dgn kelayakkan saya.harap cikgu dapat membantu

Salam cikgu..anak sya gagal dlm subjek math dlm spm 2016 yg baru dj keluar minggu lepas..yg lain lulus..kemana hala tuju anak sya ni sbb sya buntu memikirkn tempat yg sesuai utk dia lanjutkn pelajaran seterusnya

Assalamualaikum.. Saya lepasan spm 2016.result saya pulak 1b 1c 1c+ 2d 2e.. Saya nk sambung diploma.. Dimanakah saya patut pegi??

Salam saya masuk politeknik rekabentuk fesyen dan pakaian tapi saya tak ambil seni dan apa2 kursus adakah saya diterima saya nk sgt masuk

Walaupun anda mendapat lulus subjek dan hanya gagal Add Math, tetapi kombinasi subjek adalah perlu untuk dipertimbangkan. Ini krn bilangan subjek yg kredit menentukan kursus tertentu shj yg boleh dimohon

Walaupun anda mendapat lulus subjek dan hanya gagal Add Math, tetapi kombinasi subjek adalah perlu untuk dipertimbangkan. Ini krn bilangan subjek yg kredit menentukan kursus tertentu shj yg boleh dimohon

Walau Sains A tetapi Math E sukar untuk anda mengikuti kursus aliran sains. Kursus berkaitan dgn sains terutama diploma mesti bersama pakej sains dan math kredit. Anda perlu bermula dgn sijil kemahiran berasas sains dan hanya institusi tertentu menerima murid lulus math shj untuk sijil aliran sains teknikal. Anda perlu mengambil ulangan math untuk patching sijil spm anda utk kemudahan melanjut pelajaran yg lebih tinggi

Walau subjek anda yg lain baik dgn 5 kredit, tetapi BI dan Math sekadar E menjejas peluang untuk aliran pendidikan malahan ke aliran sains juga adalah laluan sukar. Anda boleh bermula dgn sijil kemahiran sains teknologi sambil mengulang math untuk permohonan anda ditahap lebih tinggi slps sijil kemahiran.

Salam siti nalissa

Jika anda gagal math tetapi subjek lain semua kredit masih kurang peluang mohon pra diplo (MDAB) krn minimum mesti lulus. Ini krn ia berkaitan dgn kelayakan ke diploma dan seterusnya ijzah di mana subjek wajib bm, bi dan math kredit agar tidak menjejaskn peluang di kemudian hari. Mdab juga melihatblatarbelakang status ekonomi untuk ditawarkan

Bagi keputusan (1B,2C+,4D dan 3G) Yg fail Addmath,Biologi dan Kimia.nanpaknya anda ada 3 kredit dan lulus math. Semua elektif tiada kredit memang kelayakan ini hala tuju anda lebih kpd kursus kemahiran. Sila check setiap institusi kemahiran yg cikgu listkn tersebut dan memilih aliran yg sesuai dgn kamu

A,kum cikgu saya tak dpat credit dlm bi n math apa yg patut saya lakukan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi??adakah masuk form 6 lebih baik??

Assalamualaikum cikgu..cikgu,sy merupakan lepasan spm 2016..sy dapat 3A,2B,1C dan 3D..sy meminati sains..tapi syarat minimum untk sy sambung sains bagi BI ialah C..sy dapat D untk BI dlm SPM..cikgu,apa yg patut sy lakukan?

5 kredit dgn lulus math melayakkan anda ke kolej dgn kursus yg tidak meletakkan math kredit..yg mana pilihan adalah terhad bagi kursus yg tidak meletakkan math sbg kredit.

Memperolehi kredit dan lulus math menyebabkan anda perlu memohon di ILKA. ILKA berbentuk kemahiran dan course yg related untuk disambung ke uitm ada yg tidak releven dgn course kemahiran. Walaubagaimanapun cuba anda google kolej yg mempunyai kerjasama dgn Uitm spt kolej polytech MARA yg mana boleh menyambung di uitm. Jika math masih lagi menjadi halangan krn tidak cukup syarat, anda memohon spm ulangan untuk math untuk mendapat kredit dan memohon uitm semula dgn gred baru. Atau jika anda mengambil form 6, ada syarat lepasan form 6 upu..untuk ke kursus peringkat ijazah..masih lagi majority kursus meminta pakej spm untuk BI, BM atau Math.

Assalamualaikum sis..saya lepasan spm 2016,saya punya result alhamdulillah semua ok cuma BI saya dapat D.Sis rasa boleh ke saya dapat matrikulasi lagi pon saya dah mohon dan patut ke saya repeat BI saya balik..dengan hanya satu subjek saya tak dapat credit semua kos yang saya nak semua tak dapat.

Assalamualaikum jika umur 19 masih lagi boleh amik SPMU? Calon spm 2015 harap dapat balas comment saya terima kasih

Assalamualaikum Kalau calon 2015 spm nak menduduki SPMU pada tahun ini umur dah 19 masih lagi boleh ?

Assalamualaikum..spupu sy ade 2 credit tp maths tk lulus mana patut dia sambung tp dia minat nursing..mcm mne ye?

Salam puan.. Adik saya spm tahun ni.. Tapi dia gagal math ..Yang lain lulus.. Saya risau.. Tempat apa ya yang sesuai utk dia?

Jika mendapat D dlm BI, anda boleh memilih kolej swasta yg tidak meletakkan syarat BI kredit. Dan dlm masa yg sama anda perlu mengulang paper tersebut sama ada thn depan untuk memudahkan anda memohon ke ijazah jika diperlukan atau untuk keperluan syarat minimum di masa akan dtg

Mattikulasi meletakkan bi sbg antara syarat wajib kredit. Lebih baik anda mengulang untuk memohon kursus yg anda inginkan sbg calon kategori B upu untuk memohon kursus. Atau anda terpaksa mengenalpasti kolej yg tidak mengambil BI sbg kredit..dan kemungkinan bukan kursus yg anda minati.

Spm ulangan boleh diambil walaupun anda sudah melebihi 19 thn

Dgn 2 kredit sahaja peluang lebih kpd kemahiran bukan nursing. Jika dia masih berminat dgn nursing, minta sepupu anda mengambil subjek ulangan penting sepwrti BI Math dan Sains.

Jika adik anda gagal Math, manakala subjek lain sekadar lulus dan tiada kredit umpama gagal juga krn hanya boleh ke kursus kemahiran asas yg setaraf murid gagal SPM dan bukannya kemahiran yg lebih tinggi untuk murid 3 kredit.

Assalamualaikum cikgu... Saya ni lepasan spm 2016 dan saya ingin bertanya tentang pendapat cikgu tentang result spm saya yang mempunyai 1a-,2b+,2b,1c,1d dan 1g . saya ingin mengambil bidang kemahiran tetapi institusi mana yang patut masuk dan boleh menerima saya? Tolong bantu saya cikgu

Assalamualaikum cikgu.... Saya ingin bertanya pendapat kepada cikgu dan saya merupakan lepasan spm 2016. Saya hanya dapat 1a-,2b+,2b,1c,1d dan 1g serta saya sememangnya mahu belajar dalam bidang kemahiran dan saya ingin tahu institusi kemahiran mana yang boleh saya mohon..
Tolong bantu saya cikgu sebab saya berasa buntu sekarang ini

Anda mempunyai 5 kredit yg melayakkan anda mengikuti kursus yg bukan kemahiran. Kemahiran tahap tinggi juga anda layak. Namun anda tidak menyatakan subjek D dan gagal anda..untuk cikgu memberikan panduan

Cikgu... Yang d itu bi dan math pula g serta saya berharap cikgu berikan pandangan dan panduan kepada saya. Maaf ya kerana saya tidak menyatakan gred d dan g itu..

Slm cikgu...sy ingin bertanya kpd cikgu...jika mendapat D dlm BM...bolehkah memnuat rayuan utk ke tingkatan 6..kerana sy tahu memang utk ke Ipt tidak dapat..dan juga jika hendak mengisi dlm SPA 8..apakah pekerjaan yang sesuai utk di apply..tq

As salam cikgu.. sy Eizlan.. sy mendapat kputusan 1A (Sains) 5B (Math, akaun, BM, Sejarah, Ugama) 3C (BI, Geog, Ekonomi). Sy telah memohon Kursus Diploma di UiTM dan politeknik dlm pelbagai bidang. utk permohonan di Uitm tumpuan kpd pengurusan manakala ke Politeknik smuenye dlm bidang Kejuruteraan. Persoalan sy skrg.. apakah sy berpeluang besar utk mendapat tempat di institusi berkenaan? pd masa sama perlu kah sy melanjutkn pengajian ke tingkatan 6 memandangkan tawaran tlh sy terima. parent syarankn sy ke Form 6 dahulu sementara menunggu panggian yg laen tp sy tidak berminat.. mohon nasihat sewajarnya dr cikgu...Sekian, terima kasih.

Nampaknya D BI dan Math G walaupun mendapat 5 kredit mmg sukar untuk mendapat tempatkursus bukan kemahiran di IPT. Anda boleh mengikuti kursus kemahiran disamping mengulang paper Math dan BI untuk persediaan melanjutkan pelajaran ke tahao yg lebih tinggi selepas sijil kemahiran atau diploma kemahiran. Bagi pembiayaan menggunakan ptptn..math adalah salah satu syarat wajib.

Cikgu menyarankan anda fokus dgn ulangkaji BM dan mengambil paper ulangan. Walaupun agak lewat tetapi boleh membuka byk peluang melanjutkn pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ada IPT yg mengambil murid BM serendah D dgn syarat sblm tamat pengajian perlu kredit dlm BM.

Jika anda mendapat tawaran ke ting 6, lebih baik anda ke sana dan mendaftar untuk mendapatkan tempat. Anda boleh menarik diri jika mendapat mana mana tempat samaada IPTA atau IPTS jika tidak berminat untuk melanjutkan lagi pengajian di ting 6. Ting 6 umpama transit yg boleh melonjakkan anda ke peringkat ijazah dgn result yg baik. Dapatkan info yg betul dan mengikuti minggu orientaasi ting 6 untuk anda memahami struktur pembelajaran di ting 6 sblm anda menolak mentah mentah ke ting 6 tanpa info yg betul untuk panduan.

Assalamualaikum . saya lepasan spm 2016 result saya dapat 2c 2e math saya taklulus . saya cuma lulus sains just nak tanya kat mana tempat untuk saya sambung belaja ye

hai cikgu nama saya Chin, saya lepasan tahun 2016. saya ada dapat tawaran masuk ke form 6, tapi masa tu saya masih confused mahu masuk apa. boleh ka saya memohon untuk kemasukan tahun depan ?

salam.... saya nak tanya result spm 2016 saya dapat D E sahaja.. tetapi saya nak ambil kolej swasta layak keee??? atau ke mana saya mahu sambung ?? bolehkah buat rayuan ke swasta walkin? :(

Salam azhfarul
Anda boleh mencuba memohon kemahiran spt di giat MARA atau institut kemahiran MARA atau institut kemahiran baitulmal. Dalam masa mengambil sijil, cuba repeat paper subjek spm yg penting spt math dan BI juga untuk kemudahan menyambung pelajaran setelah tamat sijil kemahiran.

Hi chin
Untuk kemasukan tahun depan kuota biasa diberikan kpd tahun semasa. Namun kamu boleh membuat rayuan namun persaingan tpt dgn calon tahun semasa.

Ya..rayuan ke swasta available walk in. Kamu boleh bawa bersama result kamu untuk disesuaikan dgn kursus yg boleh diambil. Berbanding dgn universiti awam yg syarat minima agak tinggi berbanding kolej swasta. Jika anda tidak menggunakan ptptn subjek seperti Math dan BI boleh mengikuti syarat kolej swasta shj tanpa perlu terikat kredit.

assalamualaikum...cikgu..saya keliru saya telah menerima tawaran ke tingkatan 6 dalam masa yang sama saya dapat tawaran ke pra diploma uitm..saya nak belajar sampai ke ijazah..yang mana satu yang terbaik patut saya ambik..pra university atau pra diploma ?

Salam cikgu ."layak mendapat penyertaan" adakah itu dikira lulus ? Sebab sy pelik , result sy teruk dan sy hanya dapat penyertaan saje tapi dipanggil untuk ke ipt . Iaitu di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) . sy rasa was was , adakah saya harus terima tawaran itu ?
Mohon pencerahan . Terimakasih

Jika anda mendapat pradiploma..anda perlu melalui 6 bulan hingga setahun dan diploma 3 thn baru dapat memohon ijazah. Dari segi masa lebih lama berbanding pra u iaitu stpm hanya 18 bulan dan result digunakan ke ijazah. Dari segi kos kewangan kuga, stpm lebih jimat. Namun jika kursus yg ditawarkan di stpm tidak memenuhi minat kamu berbanding tawaran pra diploma iaitu lepasan diploma akan diserap ke diploma yg berkaitan. makpa.kamu boleh mempertimbangkannya berdasarkan faktor yg cikgu sebutkan tadi.

Salam. Jika ipt swasta mereka akan memanggil berdasarkan beberapa kursus yg anda layak sertai dgn syarat yg sgt minimum. Bawa slip anda dan jgn segan untuk bertanya tentang pelbagai kemusykilan anda. Jika tawaran berbaloi, tidak salah anda mendaftar, namun jika syarat yg dikenakan menyebabkan anda tidak berpuas hati sepwrti soal kewangan, kemudahan dsb anda berhak menimbangkan dan menolaknya.

Salam kak , nak tanya . Result saya semua lulus tapi cuma 2 je kredit iaitu bm dengan kepujian tertinggi , agama islam kepujian sahaja dan science pula lulus atas manakala yang lain hanya lulus , so kolej mana yang akan diterima ye ? Mohon penjelasan kak :)

Salam kak , nak tanya sikit . Result spm saya semua lulus tapi hanua 2 kredit iaitu bm dgn kepujian tertinggi dan agama kepujian dan science hanya lulus atas , so kolej mana yang boleh terima ye ? Mohon penjelasan kak :) tq

Assalm. Jika saya masuk ikm dan setelah saya selesai di ikm saya sambung di kktm tapi boleh tak saya sambung dengan pelajar2 semester 3 atau 4. Harap kak boleh balas mesej saya. sekian terima kasih

Biasanya minimum syarat permohonan 3 kredit untuk ke diploma. Dan untuk ke diploma tertentu juga syarat BM Math antara subjek yg perlu kredit. Jika anda mendapat 2 kredit dan subjek yg lain lulus anda perlu memohon ke sijil kemahiran sama ada ke Giat Mara atau institusi swasta seperti institut kemahiran baitulmal, institut kemahiran pertanian atau institusi lain berkaitan kemahiran.

Jika di KKM anda ingin terus ke semester 3 anda perlu pastikan subjek sem 1 dan sem 2 menepati syarat kredit yg telah ditetapkan. Iaitu anda telah mengambil subjek tersebut dgn jumlah jam kredit untuk ke tahap semester yg berikutnya. Anda boleh berbincang dgn pihak kolej dgn membawa slip ikm anda. Terutamanya jika anda sudah mempunyai skm 1 dan 2 dan anda ingin ke skm 3 atau dip kemahiran.

Assalamualaikum,sy lepasan spm 2016..nk tnye spm sye ade 2 kredit je dn 2 gagal iaitu bi ngn math..ipta ipts mne yg sesuai utk sye..jika sye smbung kemahiran kimpalan hingga fasa 3 ..dn nk naik diploma tu adakah sye layak..plse respon..

assalamuaikum..saya nak tanya..spm saya dapat kredit tapi matematik saya gagal..di mana saya perlu mohon untuk sambung belajar

salam .saya nak tanya bagi keputusan spm saya . spm saya lulus tapi saya hanya dapat 2 kredit dalam spm .tapi saya berniat untuk sambung pelajaran . tapi kebanyakkan tak layak .boleh bagi tips dan juga universiti atau kolej yang layak untuk saya?

spm saya lulus dan dapat 1b1c3d2e2g .spm tahun 2014 .boleh bagi cadangan kolej apa yang layak untuk saya sambung pelajaran ?

Good web site you have here.. It's hard to find good quality writing like yours nowadays.
I honestly appreciate individuals like you! Take care!!

Hello, Neat post. There's a problem along with your web
site in web explorer, may check this? IE still is the marketplace chief and a big portion of folks will leave out your
wonderful writing because of this problem.

Assalamualaikum, sy nk tnya sy ada 3 kredit 2gagal math n sej ..yg lain Lulus.. Kemanakah harus sy pergi? Harap balas comments sy terima kasih :')

Giat mara, institut pertanian, malaysian automotive institute, institut baitulmal mengambil murid yg gagal spm. Jadi jika math gagal, sejarah gagal dianggap kategori gagal juga krn kelayakan diploma aliran bukan kemahiran memerlukan math sekurangnya kredit.

Assalamualaikum. Tumpang bertanya. Antara senarai tempat pengajian yg dinyatakan diataa. Yg mana ya yg tak memerlukan Math kredit? Sebab tuk subjek Math tu sy tak lulus (E). N sekarang tengah sambung pengajian di IPTS. Tp tuk subjek yg ada pengiraan sy langsung takboleh nak faham n ingat apatah lg buad latihan yg diberi. Boleh tolong suggest tak tempat pengajian mana yg sesuai gn sy n tak memerlukan math lulus. Subjek math saja sy tak lulus n terlalu lemah. Harap beri respon ya. Terimakasih 🙂

assalamualaikum saya nok tanye,berape kelulusan yg membolehkn sy masuk universiti seprti uitm bagi aliran perdagangan??hmm adakah bahasa inggeris paling kurang perlu mendapat c dalm spm??tpi sekarang saya masih ggl dalm bahasa inggeris dan matematik sekarang ini dlm ppriksaan percubaan spm 2017..saya baru je dapat 1A- 1B+ 4c+ 2G..saya sungguh kecewa dan takut tak dapat masuk uitm..macam mane saya hendak perbaikikn yg ggal itu??mntak tolong kak bantu saya..

Kepada Mr Sufi
Math adalah wajib kredit. Jika lulus ada beberapa institusi kemahiran yg menerima pelajar. Ye ipts ada yg menetima pelajar yg tidak kredit Math bahkan yg gagal Math untuk course tertentu. Namun jika anda menyambung ijazah, di ipta adalah sukar krn madihblagi lulusan di peringkat spm diambilkira oleh IPTA. Oleh itu jika anda tidak dpt menguasai math juga walau lulus anda boleh menyambung kirsus kemahiran seperti seni, fotografi, perladangan, pertanian,

Salam amalina
Utk kursus di uitm memerlukan kredit dlm BI. Dgn gagal BI dan Math ibarat gagal SPM kerana peluang ke peringkat diploma tidak layak. Malahan di peringkat stpm. Anda boleh meligat kursus kursus untuk murid yg gagal spm seperti kemahiran. Anda perlu tingkatkan latihan intensif utk dua subjek ini dan jika betkemampuan tutor one to one untuk latih tubi diri kamu dlm dua subjek ini. Jika gagal, ambik spm ulangan untuk dua subjek ini bagi kepentingan di kemudian hari.

Assalam cikgu , BM dan sains saya dapat kredit , math sy dapat lulus . Tapi masalahnye english dan sejarah saya gagal . Saya nak ambil latihan separa perubtan . Dan bulan 11 nanti saya ada exam ulangan bagi subjek sejarah , english dan math untuk baiki semula result . Adakah peluang saya sangat tipis untuk latihan tersebut ? latihan tu kelayakan dia perlu ada sijil spm kan ?

siti nurhafizah delete October 09, 2017

Assalamualaikum kak...Sya telah mnduduki SPM pda thun lpas dn mrupakan plajar lpasan SPM pda thun ini...Msalah sya adalah sbulan sblum sya mnjalani peperiksaan,sya mnghadapi kemelut msalah yg tidak dpt dielakkan yg mmbuatkan sya mndapat pncapaian yg truk dalam SPM...sya hnya mndapat 2 kredit shj iaitu bhasa malaysia dan pendidikan islam..So,sya nk tnya kakak...Apakah skolah yg mlayakkan sya mmasukinya.Please...Sya btul -ii ingin mlanjutkan plajaran tak kira dalam bidang apa sekalipun..Kbtulan jgk sya adalah plajar yg mngmbil aliran sains dan teknologi..Sya bnar-ii mnginginkan pndapat dan cdangan yg tepat dr kakaK...Trima kasih

assalammualaikum saya ade 5 kredit tapi bi saya gagal dan math saya d mane saya boleh sambung diploma? tapi saya baru habis sijil pemasangan elektrik kolej komuniti.atau nak kene repeat paper? kalau repeat paper bayar berape?

Assalamualaikum cikgu , saya pelajar SPM 2017 . Saya di aliran akaun tapi kalau nak sambung diploma kejuruteraan di politeknik boleh ke dengan result addmath saya gagal ? Teima kasih cikgu

Cikgu kalau nak mohon giatmara perlu buat permohonan online ataupun hantar borang??untuk sepenuh masa.

Sye gagal sej spm sye ingin sambung bljr tpi tidak tahu kolej mne ad sijil pndidikan awal kanak2

Cikgu sye gagal spm xthu nk kolej mne ad sijil pndidikan awal kanak

As-salam kak...saya nak belajar kemahiran bakeri dan pastri dibolehkan sampai sijil diploma...kolej kemahiran yang mana kak yang kerajaan punya

Salam, saya nak bertanya kalau math tak lepas kepujian tetapi result yg lain masih okay ke mana patut saya sambung belajar jika ingin masuk ke u dan poli?

Assalamualaikum saya dpt 4 credit bm mt agama islam dan lk u ape yg boleh saya apply

Assalamualaikum kak, sya minat bidang sistem komputer dan sokongan. Tapi sya gagal matematik. Apakah sya dpt mohon masuk kolej komuniti

Salam saya nk tnya boleh ke sy smbug university sbb sy dpt spm 2b+ dlmsbjek sains dan bm dan 2b dalm sbjek mat dan penddikn islm.. 2c+ dlm perdagangan dn ssejarah..at last, 1c bgi subjk sains pertanian dan jugak E dalam bi.. Boleh ke sy mohon upu???


Salam cikgu . Saya lepasan spm 2017 result saya semua kredit kecuali addmath , saya bercadang ingin mengambil dip kejuruteraan di poli walaupun saya bukan aliran sains . Saya aliran akaun .cikgu rasa saya boleh bawak tak bidang tu ? Dan layak ke ? Btw saya lelaki

Assalammualaikum kak , saya ada masalah sikit , saya nak sambung belajar , tapi dengan 3credit , tak ada failed , tapi bm saya tak ada kepujian , saya layak ke ?

Salam
Jika result anda ada 3 kredit termasuk math tetapi hanya lulus pada BI atau BM boleh refer Kolej Profesional MARA

Salam
Walaupun anda bukan aliran sains, tetapi boleh mohon kejuruteraan. Diploma kejuruteraan di politeknik metro

Salam
Walaupun kamu mempunyai byk kredit tetapi BI kamu E yg mengurangkan kebarangkalian dan peluang. Kamu perlu melihat semua kursus yg meletakkan syarat BI lulus shj terlebih dahulu. Dan kemudian barulah kamu melihat syarat bagi setiap subjek pula. Jika politeknik metro, result BI lulus diterima begitu juga dgn beberapa kursus di bawah agensi MARA spt Kolej Profesional MARA

Salam
Result Add Math gagal masih boleh mohon kejuruteraan diploma di politek metro. Walaupun anda bukan aliran sains tetapi akaun

«Oldest   ‹Older   401 – 600 of 667   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel