PELAN TINDAKAN
PROGRAM SUIT KATEGORI BUTTERFLY
SMK
CHERAS 2016
NAMA PROGRAM: SPOT (SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU)
1.0 PENGENALAN
Program
SUIT Sahsiah Unggul Individu Terpuji merupakan satu program di bawah JPWPKL
untuk memupuk sahsiah terpuji dalam kalangan murid sekolah. Salah satu dari
kategori SPOT ialah kategori ‘the butterfly’ untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling
banyak perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan projek SPOT pada awal tahun lagi untuk
memantau murid yang ponteng tegar dengan penggunaan kad SPOT. Oleh kerana itu,
projek SPOT ini menjadi salah satu dari aktiviti di bawah kategori Butterfly.
Terdapat 3 kriteria dalam projek SPOT iaitu memantau ponteng sekolah dan
ponteng kelas, memantau kehadiran ke sekolah sama ada lambat atau tidak dan
memantau salah laku murid. Murid dipantau dengan penggunaan kad SPOT oleh guru
kelas, guru subjek, guru disiplin dan guru kaunseling sendiri.
Murid – murid SPOT ini akan diberi pengiktirafan kepada
murid yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi
dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh
rakan-rakan dan guru-guru. Penilaian untuk murid
dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulan berdasarkan
kriteria-kriteria iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes
lewat ke sekolah dan penurunan kes salah laku disiplin.
2.0 OBJEKTIF
a) Agar dapat memantau tingkah laku murid
secara maksimum dengan penggunaan
kad SPOT
b) Agar dapat memberikan ganjaran kepada
murid yang telah menunjukkan perubahan yang baik dalam sahsiah mereka
3.0 TARIKH PERLAKSANAAN : Januari
– November 2016
4.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan Kamariah Bt Abu
Pengetua
Timbalan Pengerusi : Puan
Choong Moi Lian
Penolong Kanan HEM
Setiausaha Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Bimbingan &
Kaunseling
AJK : Puan Nafsah Bt Mohd Shah (Setiausaha
HEM)
: En Mohd Noor Bin Mat Deris (Ketua
Guru Disiplin Pagi)
: Puan Noraida Bt Mohamad (Ketua Guru
Disiplin Petang)
: Puan Rozinani Awang
: Puan Raudzah Bt Ab Rahman
:
En Che Mohamad Padali B Che Mat
5.0 PELAN TINDAKAN
:
BIL
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
Murid mendaftar masuk
|
Penyelaras tingkatan
|
2
|
Sesi kaunseling murid
|
Guru kaunseling
|
3
|
Sesi konsultasi ibu bapa
|
Guru kaunseling
|
4
|
Menyerahkan surat aku janji murid SPOT kepada murid
|
Guru kaunseling
|
5
|
Menyerahkan surat makluman kepada ibu bapa mengenai
SPOT
|
Guru kaunseling
|
6
|
Guru kaunseling menyerahkan nama murid kepada guru
disiplin dan guru tingkatan
|
Guru kaunseling
|
7
|
Guru kaunseling menyerahkan kad SPOT berwarna merah
|
Guru kaunseling
|
8
|
Murid perlu mendapatkan tandatangan daripada ketua guru
disiplin/ guru kaunseling pada masa 1 selama sebulan
|
Guru disiplin
|
9
|
Murid perlu mendapatkan tandatangan pada setiap guru
subjek selama sebulan
|
Guru mata pelajaran
|
10
|
Guru subjek bebas mencatat apa sahaja dalam buku
catatan sama ada lewat masuk kelas, tidak menyiapkan latihan, atau tidur
dalam kelas, atau memuji murid kerana menyiapkan buku latihan.
|
Guru subjek
|
11
|
Guru kaunseling akan meletakkan nama murid sebagai
murid SPOT dalam buku kawalan kelas untuk pemantauan bersama guru mata
pelajaran
|
Guru kaunseling
|
12
|
Perjumpaan sebulan sekali bersama pentadbir dan
kemajuan sahsiah dan disiplin murid bersama maklum balas dari kad SPOT
|
Pengetua/PK HEM/ PK Petang
|
13
|
Murid yang dipantau selama sebulan akan diberikan
status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:
jika tidak
berpuas hati dengan kehadiran, lewat atau masalah salah laku murid
Kad kuning:
Jika terdapat perubahan yang lebih baik dari aspek
kehadiran, lewat atau masalah salah laku
Kad hijau:
Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan lewat ke
sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada masalah salah laku.
|
Guru kaunseling
|
14
|
Follow up dengan ibu bapa murid SPOT bagi kes kad merah
yang berterusan
|
Guru kaunseling
|
15
|
Ganjaran berbentuk sijil dan hadiah iringan setiap 3
bulan akan diberikan kepada murid yang menerima kad kuning atau kad hijau
sahaja.
|
Setiausaha HEM
|
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
|
Senarai
Anugerah
|
Harga
|
Jumlah
|
Sumber
Kewangan
|
The Butterfly
- sesi pagi
- sesi petang
|
3 x 10 x RM5
3 x 10 x RM5
|
RM150.00
RM150.00
|
SUWA
SUWA
|
|
JUMLAH
KESELURUHAN
|
RM300.00
|
7.0 PENUTUP
Program
SPOT diharapkan dapat menjadi satu aktiviti bagi mencari murid yang berpotensi
untuk murid sasaran kategori Butterfly bagi program Sahsiah Unggul Individu
Terpuji iaitu program di bawah Unit HEM JPWPKL.
Melalui aktiviti ini murid yang mempunyai masalah disiplin akan
dibimbing dan dipantau agar berubah ke arah yang lebih positif.
Disediakan
oleh
…………………..
PN. NURHAIZA BT CHE MAT
Guru Kaunseling
Ice skating IOI Mall
Keriangan anak-anak
Kegusaran hati ibu...