19 May 2016

Pemantauan Program Minda Sihat SMK Cheras Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia





Mendapat mesej dari pegawai kaunseling BPSH KPM , En Pilus mengenai sekolah dipilih untuk pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perjalanan program Minda Sihat di sekolah menyebabkan saya terpaku sekejap maklumlah mendapat mesej sewaktu sedang berdebar menunggu keputusan pertandingan bahas Sambutan Hari Guru peringkat separuh akhir ketika itu. Selepas mendapat pengumuman mara ke pringkat akhir, barulah saya boleh tersenyum dan prepare bahan powerpoint sahaja. Dengan adanya blog ini, saya hanya menyusun gambar-gambar di bawah tagging program minda sihat dari tahun 2013 hingga kini untuk dimasukkan ke dalam persembahan power point. 

Terima kasih kepada EN Rofii penolong pengarah Unit Kaunseling JPWPKL yang sudi hadir juga ke sekolah. Terima kasih kepada En Pilus yang mencadangkan sekolah kami. Dr Norasyikin orang kuat program Minda Sihat peringkat KKM hadir bersama 6 orang  doktor, kaunselor perubatan dan seorang staf. Kami berbincang secara telus masalah yang kami hadapi dan penambahbaikan yang diharapkan di masa hadapan. Kami juga berbincang tentang program dan intervensi yang telah dijalankan dengan murid ini. Selesai pembentangan saya, Padali pula menunjukkan inovasi kami dengan soal selidik DASS yang boleh dijalankan secara online dan terus mendapat skor.

Nampaknya Dr Norasyikin sangat berpuas hati dengan perjalanan program minda sihat yang dijalankan dan akan mengusulkan pembentangan kami di peringkat kebangsaan :)








Minda Sihat-KIK-Bahas
Yes..hectic day

 

Telegram Channel