Terima kasih kepada rakan saya , Harfanizah Harun yang menjadi peserta ICTAC di UUM tempoh hari yang sudi berkongsi semua bahan ICTAT 2017 untuk saya dan saya kongsikan di blog untuk manfaat lebih ramai lagi guru bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
KREATIVITI BAGI MENANGANI ISU-ISU DAN CABARAN
DALAM
PERKHIDMATAN KAUNSELING
DI SEKOLAH
Oleh:
TUAN HAJI ISMAIL B. HASHIM. KB.,PA
(YDP MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN)
KAUNSELOR
SMK AGAMA SLIM RIVER
PERAK DR
Surat SiaranPerekayasaan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah yang telah dikeluarkan olehKementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bertarikh 12 April 2012 adalah panduan perkhidmatan terkini yang
perlu dilaksanaakan oleh semua Guru Bimbingan dan Kaunseling. Ini kerana bidang
yang dipekenalkan melalui perekayasaan kaunseling berbeza daripada yang
terdahulu. mengikut kesesuaian tahap umur murid. Kementerian Pendidikan
Malaysia (2015) secara terperincinya penekanan diberi kepada pembangunan
sahsiah dan disiplin murid dari sudut kemenjadian murid dengan menetapkan empat
fokus utama perkhidmatan yang perlu dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
iaitu Fokus 1, Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid, Fokus 2
Peningkatan Disiplin Diri Murid, Fokus 3 Pendidikan Kerjaya Murid dan Fokus 4
Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Perbezaan kandungan fokus
perkhidmatan sekolah rendah dan menengah hanya dari segi penekanan aspek yang
ditetapkan
Malek Muhamat Said (2007) Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling adalah unit atau organisasi yang memerlukan sumber
untuk bergerak. Sumber khidmat menolong ini terdiri daripada sumber manusia,
organisasi, kewangan, premis (bilik bimbingan dan kaunseling), bahan media atau
maklumat dan juga peralatan.
Semua guru yang mengambil
bahagian atau terlibat sama melaksanakan program dan aktiviti khidmat bimbingan
dan kaunseling dianggap sebagai sumber. Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah
personel utama yang menjadi sumber bagi menggerakkan setiap program atau
aktiviti unit. Personel utama ini bertanggungjawab merancang, mengurus,
melaksana dan membuat penilaian perkhidmatan. Mereka adalah nadi penggerak kewujudan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Tumpuan utama adalah menyediakan dan
melaksanakan perkhidmatan bimbingan yang bersesuaian dengan kapasiti, tugas dan
tanggungjawab sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling serta mengambil kira
keperluan pelanggan dan sekolah mereka. Disamping menjalakan khidmat bimbingan,
personel perlu bersedia dengan kopetensi diri terutamanya menguasai kemahiran
kaunseling serta berupaya menjalankan intervensi kaunseling apabila pelanggan
mereka memerlukannya.
Suradi Salim (1996) Guru
Bimbingan dan Kaunseling perlu merancang dan menyediakan program khas bagi
merealisasikan pelaksanaan perkhidmatan mengikut fokus-fokus yang ditentukan
seperti yang telah digariskan oleh KPM. Program tidak semestinya banyak tetapi
sebaik-baiknya berkualiti, menepati keperluan dan dapat memberikan hasil atau
output yang diharapkan.
Keperluan kepada Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling semakin mendapat perhatian semua pihak. Kewujudan jawatan Guru Bimbingan
dan Kaunseling memberikan manfaat dalam membantu pihak sekolah meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan murid. Guru Bimbingan dan Kaunseling telah
menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka di tahap cemerlang seperti
laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang telah menjalankan pemantuan
terhadap pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling terhadap Guru
Bimbingan dan Kaunseling di seluruh Negara pada Tahun 2013. Namun demikian
masih terdapat sebilangan kecilGuru Bimbingan dan Kaunseling yang menghadapi
masalah dalam melaksanakan khidmatnya dengan berkesan.
Berbagai usaha ke arah memperkasa
kualiti pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dipergiat dan
dibincangkan dalam pelbagai seting. Walaupun berbagai bentuk program
peningkatan profesionalisme telah dilaksanakan oleh pihak KPM dan pihak-pihak
berkaitan, namun masih kedengaran pandangan-pandangan membina berhubung
ketidakcekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam memberikan perkhidmatan
secara berkesan. Sebilangan kecil daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah menengah dan di sekolah rendah dilihat masih kurang jelas dalam
memahami harapan sekolah, kabur tentang tugas dan peranan profesional, gagal
melakukan anjakan minda semasa melaksanakan tugas dan aktiviti kaunseling,
tidak berkeupayaan untuk mensejajarkan amalan kaunseling dengan budaya
organisasi dan kadangkala gagal memberi penyelesaian secara efektif kepada
masalah yang dihadapi oleh organisasi.
Ketidakcekapan ini mempengaruhi
persepsi warga sekolah terhadap kualiti kewibawaan Guru Bimbingan dan
Kaunseling. Kajian Mohamad Hashim dan Sharifah Amnah (2006) menunjukkan aras
keyakinan warga sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menangani
kes pelajar masih di tahap memuaskan. Aspek yang diberi penekanan menjurus
kepada kualiti personaliti dan tahap integriti Guru Bimbingan dan Kaunseling itu
sendiri.
Permasalahan yang dialami oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling dan pandangan pihak sekolah ke atas personaliti dan
kualiti perkhidmatan kaunseling yang diberikan menimbulkan persoalan apakah
punca yang menyebabkan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak mampu memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak. Adakah ianya
disebabkan oleh tahap kepakaran yang dimiliki?
Bagi menangani isu-isu ini dalam
melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kretiviti Guru Bimbingan dan
Kaunseling dalam melaksanakan tugas ini amatlah dituntut. Sapura Sipon (2008) pelbagai
kaedah dan cara harus dipergunakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling agar
perkhidmatan kaunseling yang dijalankan menjadi lebih menarik dan memenuhi
tuntutaan KPM serta pihak pentadbir sekolah. Antaranya ialah:
1. Sentiasa
kehadapan
Guru
Bimbingan
dan Kaunselingyang
proaktif sentiasaberada di barisan hadapan dengan melakukan
kerja yang lebih daripada biasa. Penonjolan seperti ini akan dapat membina satu
landasan baru untuk organisasi yang lebih cemerlang kerana mempunyai sumber
yang boleh membantumenjalankan perkhidmatan kaunseling di sekolah.
Strategi dengan melibatkan sektor koprat boleh mendatangkan atau memberi nilai
kesan perubahan yang positif berpanjangan kepada pihak sekolah. Faedah hasil
dari kerja dan perhubungan yang dilibatkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunselingdapat
menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah terutamanya
untuk menjalankan program dan aktiviti kaunseling yang efektif. Dengan kata
lain, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa membina dan memperluaskan
rangkaian perhubungan (networking) dengan mana-mana individu atau agensi
samada dalaman atau luaran selain sama-sama berkongsi kepakaran yang dimiliki
untuk mendapat faedah untuk kita bersama.
2.
Segar
Sebagai
seorang Guru Bimbingan dan Kaunselingyang
efektif mereka perlu peka dengan persekitaran sekolah serta keperluan murid.
Oleh yang demikianGuru Bimbingan
dan Kaunseling
perlu sentiasa mencari idea dengan program-program yang baharu bagi memenuhi
tuntutan tersebut. Program yang lama dibuat penilaian semulasebagai satu
penanda aras bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program yang telah
dijalankan. Hasil daripada penilaian ini Guru Bimbingan dan Kaunseling
akan membuat penambahbaikan agar program
yang baharu dijalankan akan sentiasa segar dan bersesuaian untuk murid yang
disasarkan.
3.
Segera
Konsep segera bermaksud bertindak secepat
mungkin menunaikan janji atau bai’ah yang dibuat kepada muriddengan memberi
penghargaan mahupun ganjaran seperti yang dijanjikan. Ini bermakna jika murid
telah berjaya dengan bai’ah yang dilakukan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak
mengambil masa begitu lama ataupun menangguh untuk merealisasikan apa apa yang
dijanjikan. Dengan berbuat demikian murid akan lebih bermotivasi untuk meningkat
pencapaian yang lebih tinggi disamping memperolehi skim gamnjaran istimewa
seperti yang ditawarkan.
4.
Sanjung
Konsep sanjung ini ialah memberi penghargaan
kepada murid yang telah berjaya sebagai pengiktirafan kemenjadian murid yang
telah berjaya mencapai sasaran oleh pihak sekolah dalam akademik, kokurikulum
dan juga sahsiah. Penghargaan yang diberi ini sebaiknya dilakukan sebagi
menambah motivasi mereka untuk menghadapi program akan datang. Guru Bimbingan
dan Kaunseling sepatutnya kreatif dalam memilih tempat yang sesuai lagi
strategik agar program sanjung ini terpahat dalam ingatan hasil daripada penat
lelah yang dilalui sebelum ini.
5.
Semangat
Guru Bimbingan dan Kaunseling semestinya bersemangat
dalam menjalankan program yang dirancang dan disusun tanpa rasa penat dan jemu
untuk dilaksanakan. Kebolehan yang bersifat aktif dalam menjalankan setiap
program mampu menarik minat murid melibatkan diri menyertai program yang akan dijalankan
dengan jayanya dan menjadi lebih menarik. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pengendalian setiap program akan membuatkan
murid tertunggu-tunggu untuk mengikuti program akan datang.
6.
Sehaluan
Rakan sejawat adalah sumber yang paling
penting membantu dalam melakksanakan perkhidmatan kaunseling di sekolah. Bagi
sekolah yang mempunyai murid 3,000 orangmurid dan ke atas kouta untuk Guru
Bimbingan dan Kaaunseling adalah seramai 7 orang. Dengan bilangan yang besar
Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam sesebuah sekolah konsep sehaluan perlu
dititik beratkan. Ini termasuklah pembahagian tugas dilakukan dengan adil serta
saling memahami dan bekerjasama membantu berkogsi meringankan tugas yang diamanahkan.
Begitu juga kreatifnya Guru Bimbingan dan Kaunseling setempat menjalankan
perkongsian ilmu bersama dalam satu daerah, zon dan kelompok. Pendekatan
sehaluan ini yang berkeinginan untuk bekerja dalam cara yang
konstruktif akhirnya faedah ini boleh dikongsi oleh Gru Bimbingan
dan Kaunseling yang baharu dilantik serta aktiviti murid setempat yang tidak
memerlukan perbelanjaan yang besar.
7.
Selidik
Selidik bermaksud mencari, mengesan
menyelidiki murid yang berjaya direkodkan dan disimpan sebagai data untuk
dipamerkan sebagai motivasi kepada murid-murid yang sedia ada. Ini bermakna
Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjalankan sedikit kajian dalam usaha
mengumpul data murid-murid lepasan sekolah yang berjaya sebagai bahan rujukan
untuk murid yang ingin memilih laluan kerjaya selepas SPM.
8.
Serlah
Guru
Bimbingan
dan Kaunseling
berperanan besar dalam usaha memperkembangkan bakat murid yang terlibat dengan
aktiviti kokurikulum. Guru
Bimbingan
dan Kaunseling
berupayamenyuntik semangat dan motivasi kepada murid yang ingin menyertai
pertandingan yang disertai serta sentiasa memberi peluang kepada murid yang mempunyai
berbakat untuk diketengahkan. Sememangnya banyak peranan yang boleh dimainkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunselingsebagai pemberi galakan kepada murid
untuk mencapai tahap yang tertinggi agar penglibatan aktiviti kokurikulum
mereka menjadi lebih positif dalam meningkatkan semangat dalam sebarang
pertandingan yang disertai di kalangan murid seterusnya mampu melonjakkan
prestasi kokurikulum di sekolah masing-masing. Akhir sekali membantu
meningkatkan markah kokurikulum sebagai pointer tertinggi untuk melanjutkan
pelajaran ke matrikulasi, universiti awam dan swasta selepas SPM.
9.
Semangat
setiakawan
Rakan adalah sumber kekuatan bagi
menggerakkan aktiviti perkhidmatan kaunseling di sekolah.Guru Bimbingan dan Kaunselingperlu memastikan
hubungan yang baik dengan semua pemegang tara termasuk pengetua, barisan
pentadbir sekolah, guru-guru, rakan sejawat dan pelajar sentiasa dalam keadaan baik
dan harmoni. Dengan sokongan dan kepercayaan semua pihak, perkhidmatan
kaunseling yang diberikan sudah tentunya mencapai matlamat yang diinginkan.
Hati semua warga sekolah khususnya rakan sejawat perlu dimenangi agar mereka benar-benar
merasai kewujudan kita di sekolah. Hubungan dengan rakan sejawat yang baik akan
menimbulkan rasa puas hati semua pihak dan suasana kerja juga menarik dan
menyeronokkan. Akhirnya hubungan yang baik ini akan menggalakkan lagi kerjasama
dan memberikan komitmen terhadap setiap program kaunseling yang dijalankan.
Oleh yang demikian, masalah guru yang sukar untuk memberi sumbangan tenaga dan
komitmen terhadap program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
dapat dielakkan. Hati pengetua yang dapat dimenangi dan mempunyai hubungan yang
baik juga dapat membantu melancarkan lagi program kaunseling yang ingin
dilaksanakan kerana masalah yang sering berlaku apabila tiada hubungan yang
baik adalah kesukaran untuk mendapat kepercayaan atau persepsi positif dari
pengetua.
10.
Sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan
Mencari
ilmu pengetahuan adalah sebahagian daripada iman. Agama Islam memerintahkan
kepada umatnya untuk mencari ilmu pengetahuan, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mempelajari ilmu satu bahagian saja, ia mengambil manfaat
dari ilmu tersebut untuk kepentingan dunia dan akhirat, itu lebih baik baginya
daripada berusia 7000 tahun, berpuasa siang harinya dan solat pada malamnya
(sunnah) itu diterima tanpa ditolak.” (Riwayat Abdullah bin Mas’ud). Ilmu perlu
dicari bukannya maklumat datang kepada kita. Keluarlah mencari ilmu sebagai
bekalan di dada kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.
Untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan, Guru Bimbingan dan Kaunseling haruslah
mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, fleksibel dan mudah
menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan. Hari ini permasalahan yang pelbagai
dilakukan oleh murid tidak dijangka sama sekali. Diluar kemampuan kita untuk
menjangka permaslahan baharu yang dicipta oleh murid. Sebagai persediaan awal
bagi merungkai permasalahan ini Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu lebih
advance dengan sentiasa menambah pengetahuan sedia ada bagi menangani isu dan
cabaran murid-murid. Dalam Al-Quran
Allah berfirman, Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran. Surah Az-Zumar Ayat 9. Begitu juga dalam Surah
Al-Mujadilah ayat 11, “Allah akan
meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan beberapa darjat. Oleh itu jadilah kita sebagai Guru Bimbingan
dan Kaunseling seorang yang berilmu dan berpengetahuan kerana dengannya akan
menambahkan keyakinan diri dalam mana
kita menjalankan proses membantu murid.
Sebagai kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa
kereativiti yang diterjemahkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat
menyelesaikan banyak masalah pengurusan perkhidmatan yang dijalankan di
sekolah. Kreativiti ini dapat dipraktikan dengan baik apabila sesuatu masalah
yang dihadapi sewaktu melaksanakan program dibuat penilain dan juga refleksi.Sepatutnya
Guru Bimbingan dan Kaunseling yang efektif bukanlah sering mengeluh dengan
keadaan dan juga situasi yang menekan. Ada jalan keluar ke arah penyelesaian
yang boleh dilakukan agar tugas yang rencam dan peranan yang besar dipertanggungjawabkan
dapat dilaksanakan dengan sempurnya.
Rujukan:
Kementerian
Pendidikan Malaysia (2015) Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Malek
Muhamat Said (2007) Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Mohamad
Hashim bin Othman & Sharifah Amnah bintiSyed Ahmad (2005) Aras keyakinan
warga sekolah terhadap peranan dan tanggungjawab kaunselor sepenuh masa di
sekolah menengah. Posiding 1 Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2005. Hotel
Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. 28-30
Sapura
Sipon (2008) Ciri-ciri kaunselor yang efektif. Universiti Sains Islam Malaysia
Suradi
Salim (1996) Bimbingan dan kaunseling. Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
family time
congrats Afiq wedding
congrats Afiq wedding
sungai petani, kedah