6 June 2017

Post Mortem Analisa Kehadiran Murid Ke Sekolah Untuk Tindakan


Masih mood bercuti sekolah untuk minggu kedua cuti persekolahan pula. Saya ke sekolah hari ini untuk menjalankan analisa post mortem kehadiran murid ke sekolah untuk penggal pertama agar saya dapat menyemak kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang perlu dijalankan untuk penggal kedua. Setiap register sesi pagi saya analisa dari aspek murid itu sendiri sama ada layak kategori kehadiran penuh, kategori kad merah kerana ponteng (saya ambil dari ketidakhadiran melebihi 25 hari pada penggal pertama ), kategori untuk peningkatan sahsiah (untuk murid form 5 sahaja kategori ini kerana dijanjikan sijil extra dan hadiah extra time Majlis Graduasi dengan kelayakan kurang 7 hari tidak hadir ke sekolah hingga September 2017). Analisa ini penting untuk saya sebagai guru kaunseling merancang strategi untuk penggal kedua agar meningkatkan motivasi bagi yang kehadiran memuaskan, mengenakan kawalan dan pemantauan beserta sesi kaunseling untuk murid yang tidak memuaskan. Semoga mencapai KPI 90% kehadiran ke sekolah dan minimum 88% sehingga November 2017.




POST MORTEM PROGRAM ZOOM IN
KEHADIRAN PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN UNTUK TAHUN 2017
SESI PAGI

1) SENARAI PERATUS KEHADIRAN MENGIKUT KATEGORI KPI
BAGI KELAS SASARAN 95%
     (KELAS TERBAIK UNTUK GANJARAN LAWATAN, TIKET MASUK DAN MAKANAN               PERCUMA)
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
1
I IMTIYAZ
99.138
2
3 IMTIYAZ
98.09
3
5 ALPHA
97.2
4
3 AMANAH
97.0
5
1 SAPELELE
96.07
6
2 IMYIYAZ
95
7
4 ALPHA
95
8
3 SAPELELE
91.87 (TIDAK CAPAI KPI)
9
2 SAPELELE
90.42 (TIDAK CAPAI KPI)


                                        BAGI KELAS SASARAN 90%
   (KELAS TERBAIK UNTUK GANJARAN LAWATAN PERCUMA TAJAAN PENGANGKUTAN       SAHAJA)
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
1
4 BETA
96.262
2
3 GIGIH
95.87
3
1 GAMELAN
95.358
4
4 GAMMA
93.696
5
4 AL FARABI
93.52
6
3 BESTARI
92.97
7
5 GAMMA
92
8
5 BETA
91.77
9
4 IBNU SINA
91.11
10
2 GAMELAN
90.95
11
5 ALFARABI
90.3
12
5 ALKHAWARIZMI
88.96 (TIDAK MENCAPAI KPI)
13
3 GAMELAN
88.78 (TIDAK MENCAPAI KPI)
14
5 IBNU SINA
85.756 (TIDAK MENCAPAI KPI)



BAGI KELAS SASARAN 87%
   (UNTUK GANJARAN TAJAAN JAMUAN AKHIR TAHUN)
KEDUDUKAN
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
1
5 AR RAZI
87
2
5 ALKHINDI
86.31 (TIDAK MENCAPAI KPI)
3
5 IBNU RUSYD
86.06 (TIDAK MENCAPAI KPI)
4
4 IBNU RUSYD
83.164 (TIDAK MENCAPAI KPI)
5
3 JUJUR
82.85 (TIDAK MENCAPAI KPI)
6
3 LUHUR
82.58 (TIDAK MENCAPAI KPI)
7
5 ALBIRUNI
82.45 (TIDAK MENCAPAI KPI)
8
4 AR RAZI
80.49 (TIDAK MENCAPAI KPI)
9
4 ALBIRUNI
78.73 (TIDAK MENCAPAI KPI)
10
3 MAKMUR
78.61 (TIDAK MENCAPAI KPI)
11
4 ALKHINDI
77.01 (TIDAK MENCAPAI KPI)

PERATUS KEHADIRAN MURID MENGIKUT TINGKATAN BAGI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017
TINGKATAN
PERATUS KEHADIRAN
PERALIHAN
92.928
TINGKATAN SATU
95
TINGKATAN DUA
90.21
TINGKATAN TIGA
89.86
TINGKATAN EMPAT
87.606
TINGKATAN LIMA
88.76



2)       PENILAIAN

KPI kelas sasaran bagi 95% kehadiran tidak mencapai untuk kelas 3 Sapelele kerana seorang murid mempunyai ketidakhadiran melebihi 29 hari dan  8 murid kelas ini tidak hadir lebih 10 hari untuk penggal pertama. Manakala bagi kelas 2 Sapelele pula, seorang murid tidak hadir lebih 37 hari dan 7 orang tidak hadir lebih 10 hari menyebabkan peratus kehadiran untuk sasaran 95% kehadiran tidak tercapai.

KPI kelas sasaran bagi 90% kehadiran untuk kelas 5 Ibnu Sina tidak dapat dicapai kerana dua orang murid ponteng tegar dan menyumbang 82 hari tidak ke sekolah bagi penggal pertama, manakala bagi kelas 5 AlKhawarizmi dua orang murid menyumbang 50 hari tidak hadir ke sekolah pada penggal pertama, dan 3 gamelan  pula dikenalpasti seorang murid tidak hadir berturut 17 hari pada bulan Mei menyebabkan peratus bulan Mei jatuh dari 90%.

KPI kelas bagi kelas sasaran 87% tidak dapat dicapai hampir kesemua kelas sasaran dan kelas tingkatan lima hanya 1 % sahaja lagi untuk mencapai KPI. Manakala kelas ting 4 yang paling tinggi sasaran dapat dicapai ialah 83% manakala 3 kelas berada di bawah 80% kerana masalah murid yang ramai dengan jumlah ketidakhadiran yang banyak dikenalpasti


3) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1)       Rombakan KPI Untuk Sasaran Kelas 87% Iaitu Kelas 5 Ar Razi, 5 Al Khindi, 5 Al Biruni Dan 5 Ibnu Rusyd Dikekalkan Kepada 87% Kerana Ia Merupakan KPI Untuk Bergraduasi. Zoom Murid Untuk Lawatan Rumah Kerana Tidak Hadir Lebih 25 Hari Pada Penggal Pertama, Zoom Murid Kehadiran Penuh Dan Zoom Murid Yang Layak Untuk Sijil Peningkatan Sahsiah Bagi Murid Yang Tidak Hadir Hanya Kurang 7 Hari Dari Bulan Januari Hingga Mei 2017 Akan Dipaparkan Untuk Ganjaran Dan Motivasi Kelas Ini Meningkatkan Kehadiran Ke Sekolah.
2)       KPI Untuk Tingkatan 3 Dan Tingkatan 4 Untuk Sasaran Kelas 87% Direndahkan Menjadi 84% Dengan Sijil
3)       Kelas 4 Ar Razi, 4 Al Biruni , 3 Makmur Dan 4 Al Khindi Akan Dijalankan  Zoom Murid Yang Tidak Hadir Berkala Lebih 23 Hari Untuk Lawatan Ke Rumah,
Pecahan bilangan murid untuk lawatan ke rumah ialah 4 Al Khindi dengan 12 orang murid dengan jumlah ketidakhadiran mereka mencecah 475 hari, 4 Al Biruni dengan 4 murid dengan jumlah ketidakhadiran penggal pertama mencecah 210 hari untuk 7 murid tegar manakala 3 Makmur dengan jumlah murid seramai 8 orang untuk lawatan ke rumah dengan rekod ketidakhadiran sebanyak 220 hari.   Zoom Murid Penerima Surat Amaran Untuk Aktiviti Butterfly SUIT Dan Konsultasi Ibu Bapa Yang Lebih Kerap serta Zoom Guru Tingkatan untuk bantuan pengurusan murid berisiko keciciran sekolah.
4)       Bagi kelas –kelas yang tidak mencapai KPI kategori kelas masing – masing maka aktiviti Zoom In Murid dan Zoom In Ibu Bapa akan dijalankan.
5)       Memaparkan nama semua murid kehadiran penuh seramai 63 orang di sesi pagi pada papan kenyataan Hal Ehwal Murid untuk motivasi mereka hadir penuh hingga akhir tahun.
6)       Memaparkan 153 senarai murid tingkatan lima yang mempunyai rekod tidak hadir sekolah kurang 7 hari pada penggal pertama dan ucapan tahniah kerana mereka layak untuk sijil peningkatan sahsiah sewaktu Majlis Graduasi dengan menggalakkan mereka mengekalkan kehadiran 97% ke sekolah sehingga akhir September 2017.

7)       Mengumpulkan semua murid penerima surat amaran kedua untuk aktiviti SPOT SUIT iaitu Sistem Pemantauan Orang Tertentu dengan kawalan kad merah.


Salam Ramadhan ke 11
miss my counseling room :)


 

Telegram Channel