30 April 2019

Ziarah Cakna April; Murid Ting 4 Berisiko Cicir

Hasil intervensi dashboard kelas tercorot, kami dapat membuat saringan murid pula iaitu murid yg menyumbang kepada peratus kehadiran yang teruk. Kali ini yang menariknya adalah dua orang murid yang sekelas ini merupakan jiran yang berlainan blok sahaja. Corak tidak hadir ke sekolah adalah sama. Saya percaya murid ini bekerja. Saya percaya ibu bapa juga tidak perasan yang anak tidak hadir ke sekolah. Oleh kerana nombor telefon untuk dihubungi seringkali gagal juga untuk berkomunikasi, saya mengambil jalan mudah dengan menjalankan ziarah Cakna pada 26 April 2019 yang lalu

Hasil dari ziarah Cakna yang dijalankan, saya mendapati murid ini bekerja. Mujur ibu ada di rumah dan ibunya terkejut kerana mendapati anak ponteng ke sekolah kerana hampir setiap hari anak pergi ke sekolah dan pada ketika anak tidak sihat sahaja ibu tahu yang anaknya tidak pergi ke sekolah.
Rupa-rupanya anaknya bekerja tetapi kami difahamkan bahawa anaknya shift petang ke malam dan tidak menggangu langsung pembelajarannya di sebelah pagi untuk hadir ke sekolah. Hati kecil saya mengatakan murid ini penat dan tidur di rumah kawannya atau di tempat lain memandangkan dia keluar ke sekolah seperti biasa tetapi jasadnya tiada di sekolah. Ibunya mengaku menerima surat -surat amaran yang dikirimkan tetapi tidak menghubungi pihak sekolah semula. Hasil perbincangan ibu merasakan berhenti sekolah adalah cara terbaik memandangkan anaknya tidak minat belajar dan lebih suka bekerja dan status anaknya sekarang sudah amaran ketiga. Hmmm penyumbang kepada seorang murid cicir sekolah saya tahun ini.

Kemudian kami bergerak ke rumah seorang lagi yang pattern kehadiran seperti kawan sekelasnya tetapi ini lebih tegar kerana bilangan hari berturut tidak hadir ke sekolah lebih tinggi.
Ketul punya ketuk tiada yang menyahut. Pintu memang terbuka sedikit itu yang menguatkan hati saya berkata ada orang didalam rumah ini. Hampir 10 minit mengetuk, seorang lelaki dalam usia 13 tahun datang tetapi seakan kebingungan kerana tidak memahami Bahasa Melayu dengan baik. Maka saya terpaksa menelefon Cikgu Cina sekolah saya untuk bercakap dalam bahasa ibunda dengannya. Hasil dari perbualan tersebut saya difahamkan, adiknya mengatakan yang abangnya setiap hari dari pagi sudah keluar dan balik lewat malam. Dia jarang berjumpa abangnya kerana sudah tidur.
Apabila diminta nombor telefon ibu atau bapa, budak ini mengatakan dia tidak tahu kerana berurusan dengan ibu bapanya melalui aplikasi media sosial dan memang tidak tahu nombor telefon.

Kena follow up lepas ini kerana saya tengok di ruang tamu rumahnya sangat ringkas perabot yang ada dan budak ini pula tidak dapat memberikan maklumat yang lengkap.


Abah and mak in KL 
Mood happy :}










 

Telegram Channel