29 April 2019

Intervensi Dashboard: Kelas Tercorot Kehadiran Mac 2019










Selepas tamat perhimpunan Isnin lepas, saya dan Rozi mengumpulkan semua murid dari kelas 4 Ar R ke dalam bilik mesyuarat. Kehadiran kelas ini hanya 68% sahaja bagi bulan Mac.
Kami mengambil buku kawalan kelas Jan hingga Mac dan print apdm Jan hingga Mac dan menyemak kehadiran murid pada hari ini. Dari analisa tersebut hanya 15 murid kami lepaskan untuk masuk ke kelas ye hampir semua murid perempuan luluscsaringan masalah disiplin dan masuk ke kelas. Murid sasaran pula hanya 5 orang sahaja yang kebetulan hadir hari ini. Manakala murid yang ada perlu ada sahaja kes ponteng kelas dan ditahan untuk sesi intervensi dengan kami. 

Corak ketidakhadiran yg tidak cantik dalam kelas ini. Seramai 4 orang murid Cina yg sudah lama tidak hadir ke sekolah dan melayakkan untuk dibuang sekolah. Terdapat seorang murid Melayu yang dibuang sekolah dari sek jiran masuk ke SMK Cheras dan seorang murid Melayu yang juga dari sekolah berhampiran bermasalah disiplin bertukar sekolah dan ditempatkan di kelas ini.  Terdapat dua murid Melayu kes dibuang sekolah dari sekolah sendiri tahun lepas.  Terdapat seorang India yang juga lama tidak hadir ke sekolah. Sembilan orang murid ponteng tegar. Lima orang murid ponteng berkala dgn kerap..menjadikan setiap hari 8 hingga 12 murid tidak hadir ke sekolah setiap hari dan menyebabkan cikgunya tak menang tangan untuk follow up dan menyediakan surat amaran.

Hasil intervensi pertama murid yang mempunyai pattern yg tidak cantik akan terus dikeluarkan surat amaran pertama. Murid tegar akan menjalani sesi kaunseling kelompok, individu dan konsultasi ibu bapa dan jika perlu ziarah cakna pada hari jumaat

Thanks abah
My fav MacGyver
 

Telegram Channel