10 February 2020

Format Pelaporan Data Ziarah Cakna 2020



Hari ini saya mewujudkan anugerah khas untuk murid ini. Anugerah Inspirasi Ziarah Cakna kerana dari murid yang dikategorikan murid keciciran sekolah, murid ini telah dapat mengharung masa kesukarannya. Hasil ziarah Cakna guru kaunseling ke rumahnya, hubungan terjalin dengan ibu bapa untuk mengambil tahu mengenai murid ini. Mendapat idea ini apabila membelek format pelaporan data ziarah cakna yang memerlukan data ziarah cakna ke rumah murid berisiko cicir atau cicir dan impak kembali ke sekolah. Boleh rujuk format di bawah.

Format Pelaporan Data Ziarah Cakna KPM 2020


Dilantik sebagai ketua kelas tahun ini,  dia cuba memberanikan diri berkongsi pengalamannya dan perkongsiannya tahun lepas . Dia cuak dengan guru yang datang ke rumah dan tidak tahu nak cakap apa pada guru, malu pun ada di sambut dengan ketawa oleh murid-murid lain. Namun apabila dia menyambung dengan ucapan bahawa alhamdulillah dia ingin berubah dan antara ayat -ayatnya ialah
Azam tahun 2020 saya ingin menjadi insan terbaik dan berjaya dalam sahsiah dan akademik.
Saya ingin menasihati kawan-kawan semua, jika anda rasa malas atau rasa susah untuk siapkan sesuatu tugasan kerja kursus atau kerja sekolah, teruslah datang ke sekolah. Teruskan usaha anda semua . Jangan mengalah apabila sedang melakukan sesuatu perkara samaada tugasan senang atau susah. Jangan fikir yang anda salah buat atau tidak, yang penting usahakan dahulu. Pentingkan masa hadapan anda. Buat yang terbaik dan termampu untuk banggakan keluarga anda. Jangan hampakan keluarga anda. Jika gagal tidak megapa jika sudah berusaha. Yang penting usaha bersungguh – sungguh.
Buat sesuatu yang baik dengan berfikir yang positif ,jangan sekali –kali berfikir negatif. Bila kita berfikiran positif, tindakan kita akan dipermudahkan

Ayat ini mendapat tepukan gemuruh dari warga sekolah ! Wah cikgu bangga dengan kamu semoga kamu istiqamah terhadap niat yang baik. 

Semoga dipermudahkan!


Semoga istiqamah :)
We support you




 

Telegram Channel