29 October 2021

Johan Inovasi Minda Sihat JPWPKL

Tahniah anak anak Cherasian. Johan juga dan akan mewakil KL ke peringkat kebangsaan di Pahang pada 8 Nov hingga 10 Nov 2021. 

Sewaktu pertandingan ini dijalankan, mmg saya sengaja zoom murid menengah rendah pula. Murid menengah atas dah dapat anugerah emas inovasi kategori sekolah menengah dlm e penyelidikan dan seminar tempoh hari. So saya fokus menengah rendah. Yg menariknya nak guide murid menengah bawah ni, saya kena tanya dulu apa potensi dan kepandaian mereka dalam proses membina bahan. Saya interview ibu hapa dan murid dulu dan barulah sy bimbing bina manual utk intervensi murid bantu murid menguruskan kemarahan. Dalam satu bimbingan individu, ibu dan anak sama sama google meet dgn saya untuk saya meneroka keupayaan murid ni memahami apa yg perlu dia bina. Ibunya akan menjadi fasilitator agar anak yg PdPR di rumah dapat membina bahan mengikut yg dibincangkan bersama. Rezeki ibu ibu peserta yg sporting yg sanggup jadi fasilitator pantau anak bina bahan hingga siap. Makanya saya tau perkembangan anak membina bahan hingga siap dgn wasap wasap ibu je hihihi. 
Hasilnya pandai murid murid ni bina infografik dan permainan dalam talian. Content? Memang kena bimbing. 

Pertandingan inovasi ini tiada guideline markah untuk panduan, berpandukan pengalaman saya coaching murid murid dlm pembinaan inovasi maka yg penting ada lah asli, signifikan, impak , kos, cara digunakan mesra pengguna. 
Ada 15 slaid perlu disediakan untuk juri memahami apa yg inovasi ini dapat dilaksanakan. 

Semoga ada pencapaian di peringkat kebangsaan nanti. 
Memandangkan inovasi ini akan dipertandingkan , maka saya share 2 slaid sahaja dari 15 slaid. 

Hihi berakhir 4 hari mkn best
Grand Pulse Hotel Putrajaya


 

Telegram Channel