12 January 2022

Intervensi Murid Juara Oleh UBK

Ini adalah intervensi untuk murid Juara iaitu 25 murid yg mempunyai potensi untuk mendapat minimum 6A tanpa gagal sebarang subjek. 
Selaku penyelaras projek ini, saya akan bekerjasama dengan guru guru subjek. 
Saya mengatur group study murid murid juara ini dan akan memantau kehadiran dan penglibatan mereka dlm group study masing masing yg dijdualkn sendiri oleh mereka  selepas tamat sesi persekolahan . Slot hala tuju dan motivasi juga dirancang untuk meningkatkah motivasi dan momentum mereka untuk belajar lebih bersemangat. 
Murid ini akan dijaga kebajikan dari aspek kewangan bagi yg memerlukan. Guru subjek akan mengedarkan modul untuk dibuat bersama dalam group study. 

Untuk slot pertama ini sesi hati ke hati melalui perkongsian pada kertas edaran yg saya edarkan  mengenai subjek subjek yg sukar mereka target . Kenapa dan mengapa? Serta apa cadangan yg boleh diberikan kepada kami untuk membantu mereka . Dengan diketuai oleh murid cemerlang percubaan SPM semua ahli membaca ikrar untuk memberikan komitmen terhadap program ini. 
Penyampaian wang tunai juga diberikan kpd top 3 peperiksaan percubaan SPM yang lalu. 
Semoga anak anak ini berjaya mengapai impian mereka



Release stres for hectic day 😀
 

Telegram Channel