11 January 2022

Intervensi Saya Boleh! Lulus BM dan Sejarah

Assalammuaikum dan selamat sejahtera follower semua

Hari Selasa team UBK menggerakkan program Juara iaitu Slot Yes You Can . Kami mengesan murid murid yang gagal BM dan Sejarah dalam peperiksaan percubaan SPM. 
Mengadakan slot perjumpaan dengan aktiviti ucapan alu aluan dari pengetua, taklimat dari ketua panitia Sejarah dan BM mengenai format peperiksaan SPM KSSM yg perlu difokuskan utk murid murid ini mendpat markh lulus. Saya bahagikan team kpd 3 iaitu Cikgu Rozi in charge slot murid gagal Sejarah, Cikgu Azlina in charge slot murid gagal BM dan slot
saya esok murid Juara  

Kami mengedarkan soal selidik untuk mengenal pasti masalah utama di rumah, di sekolah, masalah utama memahami pelajaran yg gagal tersebut, apakah bentuk bantuan dan sokongan yg diperlukan dari pihak sekolah. 

Berakhir dgn sorakan Yes I Can lulus peperiksaan SPM utk BM dan Sejarah. Intervensi dari guru guru subjek BM dan Sejarah akan dijalankan dengan pemantauan dan psikososial dari guru guru kaunseling

Ada 4 minggu lagi intervensi akan dijalankan kerjasama rapat dgn geng panitia BM yg mengajar dan guru kaunseling memantau kehadiran setiap kali intervensi utk group ini dijalankan dan suntikan psikososial




Bohemian Rhapsody
Midnight movie..

 

Telegram Channel