28 April 2022

Majlis Ihya Ramadhan : Persatuan Pendidikan Bersama Menteri Kanan Pendidikan

Cerita 26 April lalu, saya ke Berjaya Times Square. 
BPSH bertindak selaku urusetia program Majlis Ihya Ramadhan . Saya hadir atas tiket persatuan pendidikan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan atau dikenali sebagai MGKK yg dijemput untuk turut serta bersama. 
Team MGKK diwakili oleh 5 org AJK. Antara tugas kami ialah membantu mengedarkan doorgift di kerusi kerusi tetamu. 
MGKK juga menyumbang duit raya utk 50 anak anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini. 

Satu meja bersama dengan AJK Tertinggi wakil NUTP memberikan perbincangan yg hangat mengenai hala tuju persatuan dan aktiviti yg boleh djalankan. 
Sebelum bersurai AJK MGKK bergambar bersama anak anak Bimbingan Jalinan Kasih  dan menyerahkan sumbangan duit raya.

Hometown Hainan Coffee
sahur...sahur...


Sesi bergambar dengan anak anak Jalinan Kasih

 

Telegram Channel