20 June 2020

Susun Atur Bilik Kaunseling Mengikut SOP Pengawalan Penularan COVID-19

Susun Atur Bilik Kaunseling Mengikut SOP Pengawalan Penularan COVID-19


Hari ini kami memulakan kerja seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.45 tengah hari. Cuaca yang suram dan hujan yang turun menyejukkan badan yang kepanasan turun naik tangga bilik kaunseling yang terletak di tingkat 1. 
Hari ini saya kali pertama saya berjumpa dengan partner-partner saya di bilik kaunseling . Kali terakhir sebelum cuti sekolah lagi. Maklumlah walaupun dah 3 minggu saya ke sekolah, saya terlibat dengan AJK pengurusan sekolah. Saya menguruskan aktiviti pentadbiran sekolah sebagai setiausaha task force pembukaan semula sekolah, AJK program Cakna Cherasian Bantuan Makanan  dan AJK TS25 sebagai middle leadership.

Rakan sekerja sebumbung saya ini memilih hari Sabtu  untuk kami menjalankan keceriaan dan kebersihan bilik kaunseling. Tagging dan menyusun atur semula bilik kaunseling . Terima kasih kepada kawan -kawan guru bimbingan dan kaunseling yang telah membuat tagging dan susun atur untuk saya rujuk. 

Antara yang saya kongsikan hari ini ialah bilik kaunseling sekolah saya yang telah disusun atur semula. Saya mengangkut semua carpet di bilik kaunseling 5 carpet semuanya untuk dibawa balik ke rumah. Maklumlah nak simpan dalam bilik kaunseling dalam keadaan tergulung gulung cacat pula pemandangan. Masuk stor rumah sahaja lah cara terbaik hihi. Meminimumkan barang di bilik kaunseling. 



Berikut saya kongsikan
PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA PROGRAM MINDA DALAM KEBIASAAN BAHARU 
berdasarkan surat edaran yang rasmi oleh BPSH 22 Jun 2020

 3. Persediaan Kemudahan di Bilik Kaunseling 
GBK perlu memastikan perkara-perkara berikut disediakan sebelum beroperasi: 

  • membersihkan bilik kaunseling; 
  • memastikan pengudaraan dan pencahayaan dalam keadaan baik; 
  • memastikan bilik sesi kaunseling individu dan kelompok tidak dijadikan ruang kerja; menampal poster bagi mengingatkan murid untuk menjaga kebersihan dan keselamatan diri; 
  • menampal maklumat tatacara pelaksanaan perkhidmatan; 
  • menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat; 
  • menyediakan pensanitasi tangan di luar bilik kaunseling dan kaunter daftar masuk; menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan; 
  • menyimpan model dan alatan yang menarik minat murid untuk disentuh; 
  • memastikan susunan kedudukan kerusi ruang menunggu dan bilik sesi mematuhi penjarakan sosial satu (1) meter dengan menggunakan pita pelekat; 
  • menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala; dan sekiranya perlu, 
  • GBK boleh menggunakan kelas yang kosong untuk menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok.


Alhamdulillah
Niat tercaPai 












SM Agama Khairiah, Kuala Terengganu
Terima kasih Kak Suja atas perkongsian gambar




SMK Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah
Terima kasih Azlinda atas Perkongsian. Bilik kaunseling diusahakan bersama Khairina Khalid, MisPan Mohd Said, Mohd Sayuthi B Hasim 

Antara yang disarankan ialah Poster di Pintu masuk bilik kaunseling




SMK Puchong Utama 1 , Selangor
Terima kasih Kak Julia Abu Sari atas Perkongsian gambar. Hasil usaha bersama
Noraini Marzuki
Suzira  Saad
Ang Sheaw Wa
Nurma Abu Hassan Bashri 
Ravichandran  a/l Krishnan

JIka anda menggunakan pintu yang sama untuk keluar dan masuk

SMK Jeram, Selangor
Guru Kaunseling Harfanizah Harun . Terima kasih atas perkongsian gambar.

Gambar gambar sebelum dikemas dan semasa dikemas untuk susun atur semula












19 June 2020

Ziarah Cakna :  Bertemakan Sumbangan Bantuan Makanan PKP Covid-19

Ziarah Cakna : Bertemakan Sumbangan Bantuan Makanan PKP Covid-19



Yeah hari ini last day pengagihan sumbangan makanan kpd murid murid terpilih. 
Ziarah Cakna bertemakan sunbangan makanan khas Program Cakna Cherasian musim PKP Covid 19 sumbangan guru guru SMK Cheras. 

Unit HEM menjalankan kutipan wang sumbangan guru untuk membeli barang barang keperluan kpd murid B40 yg dikenal pasti. Murid murid dihubungi untuk mengambil di koperasi sekolah. Namun bagi murid yg bermasalah untuk dihubungi atau tidak dapat hafir ke sekolah mengambil barang barang keperluan, maka kami menjalankan Ziarah Cakna menghantar barang barang keperluan ke rumah. 

Macam macam emosi, semoga murid murid ini murah rezeki. Ada yg anak yatim dan tinggal bersama kakak dan ibu, ada yg tinggal dgn datuk bersama 3 adik beradik dan ibu bapa entah ke mana.  Ada yang masih mempunyai ibu bapa namun tidak mencikupi perbelanjaan rumah. 

Terima kasih kepada guru guru SMK Cheras dan terima kasih kepada sukarelawan yg bertugas. 


Jumaat yang membawa rahmat
Breakfast treat by Cg Ismail dan Cik Lee
Thanks Ju Musang King yehaaa









17 June 2020

Slot Inspirasi Guru Kaunseling Di Facebook Page Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Slot Inspirasi Guru Kaunseling Di Facebook Page Jabatan Penerangan Negeri Selangor


Salam Rabu

Klik link di bawah berwarna biru  untuk menonton slot rakaman motivasi saya dalam Inspirasi Guru Kaunseling dalam masa 3 minit untuk Jabatan Penerangan Negeri Selangor.  Giliran saya episod ke 11- Hidupkan Hari Anda



Hidupkan Hari Anda

1) Ubah rutin harian anda. Bahagikan masa sebaiknya antara hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan orang lain seperti keluarga dan rakan dan masa untuk diri sendiri

2) Hentikan pemikiran yang negatif.

3) pilih pengaruh yang positif
    Cari kawan yang memotivasikan anda, bahan bacaan dan media sosial yang membantu




Hari ini facebook Page Jabatan Penerangan Selangor menyiarkan rakaman saya untuk slot Inspirasi Guru Kaunseling . Episod ke 11 haha..yang menyebabkan saya tersenyum ialah behind the scene. 

Saya memang ada masalah untuk bercakap dan merakam seperti ini. Menulis takpe ...
Rakaman slot 4 minit ini saya buat sampai hampir 2jam. Asyik tersekat, sekat dan akhirnya setiap perenggan baru saya cut sendiri. Lagi mudah hahahaha. 

Rakaman ini dibuat di rumah adik saya kluster kayangan gitu....nun tingkat 21 yang mana sunyi sepi maka sudah tentu tiada bunyi -bunyi background yang menggangu. Setting rakaman oleh kakak saya yang suka bab bab begini. Alhamdulillah rezeki juga mendapat adik beradik yang menyokong. 

Balik ke rumah, saya stress tengok name tag terbalik pulak sebab setting selfie masa rakaman. Bila dimainkan video, sibuk tengok muka sahaja. Biasalahkan ...kita suka check dan belek balik muka kita lepas ambil gambar kan. Yang perasan name tag terbalik, ialah adik saya yang berada di kampung sepanjang perintah kawalan pergerakan dari fasa 1 hinggalah fasa 5. Saya share video di group wasap keluarga, dan dia tegur kenapa name tag terbalik??? Waaa....stress takkan nak patah balik ke rumah adik saya tu dan , ....dateline dah pun video ini. 

Tiba tiba rasa ada air mata dah nak mengalir dan mengadu kat anak :) 

Rezeki juga dikurniakan anak yang masih bersekolah tetapi pandai mengedit video. Dia klik sana sini, tambah transisi gambar antara shoot shoot video yang saya buat dan flip nametag saya...hasilnya tadaaaa yang macam anda tengok dalam video di facebook page di atas.
Mengembalikan senyuman saya semula yang bersedih tadi. 

Sempat  anak saya mengusik, sudahlah ibu jangan sedih sedih lagi. Lain kali nak buat rakaman video panggil dia yang rakam je! 


Terima kasih kawan-kawan
Yang suka menyokong
1.4 view dalam 10 jam








Klik link di bawah berwarna biru  untuk menonton slot rakaman motivasi saya dalam Inspirasi Guru Kaunseling dalam masa 3 minit untuk Jabatan Penerangan Negeri Selangor.  Giliran saya episod ke 11- Hidupkan Hari Anda


Hidupkan Hari Anda

1) Ubah rutin harian anda. Bahagikan masa sebaiknya antara hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan orang lain seperti keluarga dan rakan dan masa untuk diri sendiri

2) Hentikan pemikiran yang negatif.

3) pilih pengaruh yang positif
    Cari kawan yang memotivasikan anda, bahan bacaan dan media sosial yang membantu


Ziarah Cakna
Cakna Cherasian


 

Telegram Channel