14 March 2015

SPM Serendah 3 kredit dan Gagal :Institusi Untuk Dituju

Apakah SPM yg dikategorikan berpencapaian rendah? Jika pelajar mendapat keputusan SPM dibawah 5 kredit iaitu maksimum 4 mata pelajaran sahaja yg mendapat keputusan C ke atas maka dikategorikan pencapaian rendah kerana tidak layak mengisi borang matrikulasi dan UPU untuk universiti dan sepenuh masa di politeknik premier dan mendapat tempat untuk pengajian diploma kerana syarat am ialah 5 kredit. Begitu juga dengan universiti swasta juga memerlukan minimum 5 kredit dan majoriti pengajian diploma peringkat kolej juga memerlukan 5 kredit. Hanya beberapa kolej swasta sahaja menawarkan kelulusan 3 kredit peringkat diploma bergantung kepada kursus yg ditawarkan. Oleh itu adakah peluang untuk pelajar tersebut menyambung pengajian telah tertutup?

Antara tempat tempat yg masih lagi mengambil pelajar kelulusan rendah untuk menyambung pengajian ialah:
1) Institut Teknikal Jepun-Malaysia
klik di sini Laman Web Rasmi JMTI 
klik di sini Portal 1Malaysia Training Centre
Tempat ini menawarkan kursus di peringkat diploma dengan 4 kredit sahaja iaitu BM, Matematik, subjek berteraskan Sains dan satu mata pelajaran lagi. Bahasa Inggeris juga perlu lulus. Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik, komputer, elektrik, pembuatan,pemesinan jitu

2)Institut Latihan Perindustrian
klik di siniLaman Rasmi Institut Latihan Perindustrian
klik di sini Permohonan Ke ILP

Menawarkan kursus peringkat sijil teknologi. Berkelulusan SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu sahaja untuk kursus sijil teknologi binaan berasaskan kayu / paip dan sanitari/ pemasangan paip minyak dan gas/automotif. Manakala sijil teknologi CADD Mekanikal dan sijil teknologi Elektronik Industri memerlukan kelulusan SPM dengan subjek Bahasa Melayu, Matematik/Matematik tambahan dan Subjek Sains/ Teknikal.

3) Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC
klik di sini Kursus di ADTEC
Tempat ini menawarkan diploma yang memerlukan kredit dalam 3 mata pelajaran sahaja terutamanya bahasa melayu, matematik dan satu subjek sains atau teknikal. Dan perlu lulus Bahasa Inggeris.
Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan kimpalan, pembuatan, jaminan kualiti, polimer, seramik,rekabentuk produk industri, automotif, minyak dan gas, pengeluaran automotif, elektrik, elektronik, telekomunikasi, penyejukbekuan dan penyaman udara, mikroelektronik, mekatronik, komputer, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, penyelenggaraan kapal terbang.

## Ketiga - tiga program 1 - 3 di atas merupakan program di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan yuran percuma dan makanan percuma sepanjang pengajian. Malah elaun diberikan secara bulanan.

4) Institut Kemahiran Belia Negara
klik di sini senarai IKBN
Pusat ini juga menawarkan kursus 3 kredit untuk kursus diploma, ada kursus peringkat sijil  juga untuk yang hanya lulus SPM dan ada juga yg menawarkan kursus sijil setakat tamat ting 5 yg bermakna jika anda tidak lulus SPM pun anda boleh memohon kursus tersebut. Institut ini memerlukan 3 kredit bagi diploma tetapi BM jika mendapat lulus sahaja pun boleh dan 3 kredit mesti dari Matematik, subjek Sains/ teknikal/vokasional dan satu dari mata pelajaran lain.
### Program dibawah Kementerian Belia dan Sukan ini juga menawarkan yuran pengajian percuma dan elaun makanan percuma. Elaun bulanan juga diberikan.

5) Politeknik Metro
klik di sini laman rasmi politeknik
Tempat ini menawarkan diploma dengan 3 kredit pada Matematik, Satu subjek elektif sains atau vokasional atau teknikal, satu mata pelajaran lain, lulus BM, BI dan Sejarah bergantung kepada kursus yg ditawarkan.

6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA
7) Kolej Profesional MARA
klik di sini permohonan online

Dibawah MARA dan kelulusan SPM dengan tiga kredit iaitu BM, Matematik, subjek Sains/ teknikal/ vokasional dan lulus BI untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA dengan kursus kemahiran perindustrian dan kejuruteraan dan lain-lain peringkat diploma.

Kolej Profesional MARA dengan kelulusan SPM dengan tiga kredit BM, BI dengan 1 subjek lain dengan lulus Matematik dengan kursus pengurusan perniagaan, kewangan dan landskap hortikultur. Ia menawarkan kursus Higher National Diploma (HND) program yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, diploma dan persediaan.

8) Kolej Polytech MARA (KPTM)
klik di sini Website Kolej Poly-Tech MARA

Lulus SPM dan mendapat kepujian dalam mana-mana subjek. Bagi kursus tertentu kepujian dalam subjek Matematik. Ada juga kursus yang syaratnya 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik. Ada juga kursus syarat lulus SPM dengan tiga kepujian mana-mana subjek sahaja.


9) Kolej Komuniti

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sijil kemahiran malaysia sepenuh masa dengan kelulusan SPM. Manakala kursus untuk jangka pendek juga ditawarkan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa lulusan akademik.
Pembiayaan pendidikan peringkat sijil melalui tabung kemahiran dan bantuan kementerian.

10) Latihan Separa Perubatan-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
klik di sini borang online latihan separa perubatan KKM
Kelayakan dua kredit dan empat subjek lulus termasuk Bahasa Melayu mengikut subjek tertentu untuk kursus tertentu. Mendapat kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains/Sains Tulen diberi keutamaan. Elaun semasa berkursus akan dibayar.

11)Giat MARA
klik di sini Laman Web Giat MARA
klik di sini Senarai Kursus Di Giat MARA
klik di sini Lokasi Giat MARA
klik di sini permohonan online ke Giat MARA
Ditawarkan kepada Bumiputera, elaun diberikan dan pengajian peringkat sijil kemahiran menggunakan konsep modular. Kelayakan tau membaca dan menulis. Ini bermakna pelajar yg gagal SPM juga boleh memohon. Pembelajaran hands on, employer skills. Latihan percuma dan elaun bulanan diberikan.

12) Institut Kemahiran MARA
Kelulusan kursus yang ditawarkan serendah bumiputera yg lulus Bahasa Melayu sahaja dan mempunyai sijil SPM.sehinggalah ke kursus peringkat kejuruteraan yang menawarkan lulus SPM dengan kelulusan pada Bahasa Melayu, kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan lulus Matematik.
klik di sini permohonan online


13) Institut Kemahiran Baitulmal
klik di sini institut kemahiran baitulmal
Bagi pelajar Islam yg mempunyai pendapatan keluarga kategori asnaf dan miskin serta setakat lulus atau tidak lulus SPM. Kursus yg ditawarkan memerlukan pelajar ini berumur 18 tahun ke atas dan akan memperolehi elaun bulanan yg agak banyak berbanding institut kemahiran lain. Kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik, kursus penyajian makanan, kursus rekaan fesyen, kursus seni lukis dan seni reka, kursus teknologi binaan bangunan

14)Institut Latihan Pertanian
klik di sini Laman Web Latihan Kemahiran Pertanian

Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,
Yang penting lulus SPM dan mempunyai satu kredit sahaja pada mata pelajaran elektif yang berkenaan seperti di bawah untuk permohonan kemasukan.

Kursus Sijil Pertanian
  1. 17-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
  2. Berkelulusan SPM atau SPM(V) atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
  3. Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)  dan
  4. Lulus dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan
  5. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pengajian Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie.
  6. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan
  7. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

Kos pengajian, penginapan, makan dan minum adalah dibiayai sepenuhnya olehkerajaan. Pelatih hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM330.
Pelatih turut diberikan elaun sara hidup sebanyak RM200/bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan RM250/bulan untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Manakala elaun bagi Latihan Industri adalah RM300/bulan.



SIJIL KEMAHIRAN PERTANIAN

Sila klik di sini Jabatan Pertanian Malaysia
Mengikut tahap iaitu tahap 1, tahap 2, tahap 3, tahap 4
Permohonan tahap 1 serendah kelulusan UPSR.
Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,

Di Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang dan
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah

15) Malaysia Automotive Institute
klik disini http;//mai.org.my/v3
Agensi di bawah MITI yang bukan berasaskan keuntungan. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun tanpa kelulusan peringkat SPM. Ia menawarkan kelulusan serendah UPSR bagi program IPC.

Technician/ Operator 
IPC : Industry Led Professional Certificate (IPC) adalah satu upskill program untuk mentransformasikan penuntut sebagai pekerja mahir/ separa mahir dalam bidang automotif yang khusus dalam bidang automasi, autonomous maintenence dan kawalan kualiti. Para pelatih yang berminat tiada bayaran dikenakan kerana IPC bukan kursus berasaskan keuntungan. Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Makan minum disediakan secara percuma, penempatan disediakan .Kelas diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu. 


Latihan industri selama 4 bulan. Bulan pertama dengan elaun RM200 manakala pada bulan kedua terus mendapat gaji dan EPF.Gaji minimum sebanyak RM900 dengan bayaran percuma asrama. Makan minum percuma bergantung kepada tempat latihan. Selepas disahkan jawatan dalam sebulan, gaji akan naik.  Lulusan MAI mempunyai sijil yang diiktiraf oleh CIDB. Pelatih akan menerima sijil yang diiktiraf dari MAI dan JPK.

16) Politeknik klik disini Permohonan Politeknik
Menawarkan kursus pra diploma politeknik sama ada pra sains atau pra perdagangan. Terbahagi kepada 3 iaitu
Mutiara - Program Menggilap Impian Anak Muda (MUTIARA) yang terbuka kepada semua.
MDWF - Mengubah Destini Warga Felda dengan hanya pemohon warga Felda seperti anak atau cucu peneroka, anak pentadbir felda atau anak kakitangan felda induk/ kerajaan sahaja
MDAIM - Mengubah Destini Anak India Malaysia yang terbuka kepada anak-anak kaum India.
Asrama disediakan beserta yuran pengajian, yuran asrama dan yuran pelbagai. Bagi pemohon dibawah MDWF dan MDAIM tambahan kemudahan iaitu diberi wang saku RM 250 sebulan.

Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester
Pra diploma sains akan mengikuti diploma kejuruteraan elektronik atau mekanikal manakala pra diploma perdagangan akan mengikuti diploma akauntasi, pemasaran, perniagaan, setiausaha

17) INSPEN (Institut Penilaian Negara)
Peringkat sijil bagi lepasan SPM iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah. Tempoh 5 semester termasuk 1 semester untuk latihan industri. Berumur 17 - 21 tahun dan lulus SPM dengan kepujian BM, Matematik/Matematik Tambahan, satu mata pelajaran lain perlu kredit, lulus B1 dan lulus satu lagi mata pelajaran lain. Iaitu 3 kredit dan 2 lulus.  Yuran pengajian RM 200 setiap semester, yuran kemudahan RM80 setiap semester dan lain -lain yuran RM85 satu semester. Yuran yang murah setiap semester. Permohonan melalui laman web www.inspen.gov.my/inspen/v2/?p=16806. . Graduan sijil INSPEN boleh memohon melanjutkan pelajaran di universiti awam dalam diploma.


18) UiTM - program MDAB ( Mengubah Destinasi Anak Bangsa)
Kursus pra diploma perdagangan: 6 bulan sebelum ke diploma
Lulus SPM dan mendapat 3 pujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik , BI, SEjarah

Kursus pra diploma sains: 6 - 12 bulan sebelum layak ke diploma
Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, lulus Sejarah, kepujian Matematik/Add Math, lulus Bahasa Inggeris dan lulus salah satu mata pelajaran Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains Tambahan

Klik link http://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD

Kemudahan: Pengecualian yuran pengajian, kemudahan asrama dan elaun bulanan

19)Kolej swasta yg menawarkan dioloma 3 kredit SPM dan memasuki diploma melalui bantuan PTPTN. Senarai kolej swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia boleh dirujuk di
klik di sini senarai kolej swasta yang ada akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia
Berhati -hati apabila merujuk ke kolej swasta pastikan kelulusan kursus yang mempunyai akreditasi. Pelajar perlu memohon PTPTN dan ada pembiayaan PTPTN yang 100 peratus dan ada yang tidak 100 peratus. Ini bermakna pelajar perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung kos yuran pengajian.

Berikut merupakan panduan sahaja. Namun saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Biarlah bermula dengan sijil dulu, dengan sijil itu pengalaman dan bakat diketengahkan untuk mengorak langkah yg lebih besar...iaitu  Menjadi pekerja industri yg mahir dalam bidang pengkhususan masing masing.
Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian  terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yg diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus dibidang perindustrian.  kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains/ teknikal/ ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi kemahiran -kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat latihan ini mempunyai permintaan dalam industri.

Begitu juga konsep Unit Pengambilan Institusi MARA,  seperti Kolej profesional MARA dan Kolej Politek MARA kursus -kursus diploma bertaraf universiti cuma kelayakan syarat am untuk masuk diterima dengan minimum lebih rendah iaitu 3 kredit bergantung kepada kursus yang diambil. Jika anda teliti kursus -kursus tersebut adalah kursus -kursus pengurusan, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain yang ditawarkan juga di IPTA dan IPTS cuma bezanya ia dikendalikan oleh Unit Pengambilan MARA. Tajaan MARA diberikan kepada yang layak. Elaun yang diberikan juga dibawah MARA. Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA menawarkan kursus kemahiran dalam perindustrian, kejurteraan dan lain-lain.

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pula  membantu menawarkan kursus untuk pelajar 3 kredit sahaja dalam SPM. Dengan ini membantu pelajar tersebut berpeluang menyambung pengajian.
Bagi pelajar yg gagal SPM atau lebih rendah dari 3 kredit dalam SPM, kemahiran yg diajar dalam bentuk modular iaitu satu modul by satu modul secara hands on lebih memudahkan mereka untuk menerima pembelajaran dan menyiapkan modul by modul dan menerima sijil juga sijil by sijil setiap kali dpt menyiapkan satu modul. Mereka boleh menyambung pengajian ke tahap sijil kemahiran 2/ 3 dan 4 setelah dapat menyiapkan semua modul.

Bagi pusat latihan yang menawarkan SKM tahap 1/2/3 yang penting jika anda berjaya ke SKM tahap 4 ia dah menyamai taraf diploma kerana tahap 4 merupakan diploma kemahiran. yang penting anda mengetahui potensi diri anda sendiri..kemanakah hala tuju anda dengan keputusan SPM anda. 

Beach and sunset
A beautiful place
To clean my head
A superb view
To clear my mind
Hello PD :)

667 comments

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 667   Newer›   Newest»

Assalamualaikum Sy tdi bru dpt result. Sy dpt 5 kredit je 2B 2C+ 1C math & bi dpt E , Sy minat dlm bidang Tenkologi maklumat sbb dripada kecil suka main game.Sy juga minat Pengurusan Dan Teknologi Pejabat.kemanakah patut sy tuju TY.

Harap saya dpt maklum balas dri pihak cikgu ..

Aasalamualaikum, saya mndapat 1A 1A- 1B+ 2B 4c+ dan 1D . D saya ialah math
. Layak ke saya memohon uitm?

Assalamualaikum, sis. Saya dalam kebuntuan saat ini untuk mencari kursus yang sesuai dengan saya. Apa yang boleh saya pilih sekiranya matematik saya A dan addmath saya C tetapi keputusan BM, Bi, sej dan semua subjek elektif sains saya hanya mencapai takat kredit hingga D? Mohon penerangan yang arif.

salam cikgu, sy seperti komen yg sebelum ni. semua ok cuma math saja gagal. sy juga nak masuk uitm. mcm mana tu cikgu? boleh suggestkan tak.

assalamualaikum , ank saya dapat 2A( PAI,SEJ) 1A-(math) 2B+(BM,BI) 2C(LK KEJURUTERAAN) 3D(PHYSIC,CHEM,ADDMATH).is he still eligible for matrik and UPU?May suggest course apa yg sesuai dgn ank saya IF he is still eligible for UPU

Assalamualaikum cikgu , saya adalah pelajar spm 2015 , saya hanya mendapat 4kepujian . Iaitu bm , agama ,sains , dan ekonomi asas . Saya minat dalam bidang kulinari . Kemana harus saya memohon ye ? Boleh minta tolong berikan information .

Assalamualaikum... Saya student lepasan Spm 2015.saya hanya dapat 4 kepujian shj.Bm,Bi,pndidikn Islam dan Math.adakah saya layak untuk sambung belajar diploma ?kos apa sesuai untuk saya ?..tq

Assalamualaikum... Saya student lepasan Spm 2015.saya hanya dapat 4 kepujian shj.Bm,Bi,pndidikn Islam dan Math.adakah saya layak untuk sambung belajar diploma ?kos apa sesuai untuk saya ?..tq

assalamualaikum . saya dapat 2A 1B+ 1B 1C+ 1C 3D . D bagi subjek BI,BIO,FIZ . kemanakah saya layak untuk sambung belajar ?

terima kasih cikgu.... saya mmg berminat dalam kemahiran...jd kalu saya nk mohon pradiploma politeknik mcm mn tu kak? dan course ap yg pattnya saya ambik? sains dgn bm saya B agama dan sejarah saya C manakala Maths , Bi , dan geo saya D...😊

Snorkhatijah delete March 04, 2016

Assalammualaikum puan. Saya calon persendirian bg spm 2015 yg lepas.saya baru cek result saya dan mendapat 1B2C+1C3D ,kiranya first try saya tidak terlalu memberangsangkan krne sy tak pernah amik spm sebelumni .Saya ada berniat untuk further stdy tp memandangkan result saya sebegitu saya dalam dilema utk repeat kesemua D dalam result saya atau meneruskan shj mengikut kursus2 yang bole menerima saya.Pada pendapat puan apa yg patut lakukan . Saya benar2 ingin meminta nasihat kaunseling ttg pendidikan daripada puan .saya minat akan perakaunan kerana sy bekas pelajar perakaunan kolej vokasional.namun saya tak teruskan atas masalah tertentu pada ketika itu . Adakah saya patut mengulang spm saya dan umur saya sekarang adalah 19?

Assalamualaikum cgu. Sya Nabilah, sya dpat result 2A 5B 3C. Saya teramat sedih sbb sya xdpat 6A mcm yg sya target tp sya bersyukor sbb Addmath sya xgagal dab bio sya meningkat. Sya msih tak fham krdik tu mcm mane sbnarnye. Adkh krdik tu C? Same dgn kepujian la krdik ni? Sya dpat Addmath C, fizik C, Kimia C dan biologi B. Ap yg ptot sya pilih di upu? Sya buntu..sya ingat sya nk msuk t6 je taun nie sbb result sya truk. Ayh sya pn siap tnye, nk ulang spm ke x? Sedih ase. (Spm 2015)

Asslm ckgu saya akn ambil paper july dan sya ingin menyambung pelajran . jadi adakah saya perlu menyambung ke ipts ? ada tak ipta yg mngambil pelajr utk ambilan kedua ?

Assalamualaikum... Saya student lepasan Spm.saya mendapat result 4 kepujian shj.BM,BI,Math,PI..adakah saya layak untuk sambung belajar di politeknik ?? Apa kos sesuai untk saya ?

assalamualaikum , sy pljr spm 2015 yg bru mndapat kputusan klmrin.. sy nk tnya bidang2 apa yg bolh sy mohon sekiranya sy hnya mndpt (BM)1A-,(SEJ,MTH,PAI)3B+,(SNS)1B,(EKONOMI)1C+,(P.AKAUN)1C,(BI)1D,(EST)1E.. sy nak memohon melalui upu.. atau adaka lbh baik skiranya sy mlnjutkan pljran ke tingktn 6.. tp sjujurnya sy tk mnt msuk tgkatan 6..

Aslm ,resault spm yg smue credit , tetapi math gagal , bermakna , satu subject yang sy gagal , jadi boleh kah sy memohon uitm , atau cikgu boleh mengesyorkan mana2 kolej yg bagus untuk resault sy , resault sy 4C+ 2C 2E 1G ,

assalammualaikum cikgu saya Nora ..saya baru dapt result smlm..saya mendapat D dalam Bi dan turut mendapat D dlam addmath,kimia,dan fizik ..adekah saya layak untuk memohon upu dalam bidang perubatan atau kejuruteraan kerana subjek Bi saya tidak kredit...

Salam cg...saya dpt result 1A 4b 2c 2d(kim &bio) dan Ggal +math...blh kah sya mmohon upu...?

Salam..sya bru dpt result..sy blh 1A 4b 2c 2d(kim bio) dn ggal math+..blh kah saya mmohon upu.??..

Asslm cikgu saya baru dpt result kelmarin tapi sejarh saya gagal dan saya akn repeat . Mcm mna nak mohon masuk U nnt slps dpt keputusan ulngn tu nnt . Saya pelajr aliran sains . keputusan utk subjek sains semua crdit dn lulus cuma sejrh shja sbb tak sihat semasa mnjwb .Saya taktahu U mna yg terima peljr july paper

Salam
Anda masih mempunyai 3 kredit tapi subjek yg anda kredit adalah subjek vokasional. Jika anda masih berminat dengan kursus dandanan dan persolekan, anda boleh menyambung di kolej komuniti atau institut kemahiran swasta yg boleh memberikan kemahiran skm tahap 3 dan 4 yg menawarkan pembiayaan dari tabung kemahiran.

Salam. Dalam pertimbangan memilih kursus biasanya potensi kpd mata pelajaran elektif untuk menentukan kursus yg sesuai. Anak saudara anda mendapat 7 kredit cuma elektif hanya satu sahaja yg kredit bawah iaitu C. Anda boleh bertanya terlebih dahulu apakah minat dia yg sebenarnya untuk memudahkan pengecilan kursus yg diminatinya. Sbg panduan kursus yg bersesuaian adalah pengurusan sumber manusia, pengurusan pejabat, pentadbiran perniagaan.

Salam
Anda mendapat 4 kredit cuma anda tidak nyatakan gred BM anda. Jika kredit juga ini bermakna 5 kredit. Kemasukan ke institut profesional dan ILP, institut teknikal boleh dipohon memandangkn BI anda tidak kredit.

assalamualaikum cikgu,adik saya ni dpt rsult baru2 ni 4b+ 2b 1c 1d 2e dan e subjek math n ekonomi,ttpi dy nk apply politeknik,mohon penjelasan utk atasi msalah ni..

Salam wandowski
Kelemahan utama anda ialah gagal math. Walaupun matematik bukan dalam kategori wajib lulus untuk mendapat sijil SPM..tetapi kegagalan Math menyebabkan pilihan semakin sempit. Ini kerana kebanyakan institusi meletakkan math kredit atau sekurang kurangnya lulus. Maka upu dan poli adalah tipis untuk anda. Anda boleh memohon institusi kemahiran automotif jika anda berminat dgn skm tahap 1 atau institusi kemahiran baitulmal

Jika mata pelajaran lain ok dalam kategori kredit maka lebih baik kamu mengulang subjek Matematik sekurang kurangnya lulus untuk meningkatkan peluang prospek institusi yg boleh dituju dengan lebih luas. Ini kerana semua universiti meletakkan kredit Math dan ada yg meletakkan syarat Math wajib kredit di SPM bila ingin memohon ijazah. Bila Math gagal..walaupun result anda 6A tapi peluang anda hanyalah institut kemahiran. Institut kemahiran tinggi juga memerlukan min lulus Math maka pilihan yg anda ada adalah institut kemahiran berkaitan pertanian, automotif dan beberapa kemahiran yg lain

Ya risya saya sudah respon pertanyaan anda di atas :)

Salam. Jika anda aliran yg bukan sains anda boleh memohon pra perdagangan utk calon minimum lulus utk Math. Result anda agak baik dan cikgu cadangkn repeat paper Math sementara masih ada waktu untuk belajar dan dalam masa yg sama memohon kursus. Jika anda terpilih, anda tidak harus drop pendaftaran Math tu sebaliknya teruskan mengambil paper Math ulangan. Ini krn jika anda mendapat kredit peluang lebih luas terbuka dengan kombinasi result SPM anda

jadi cikgu misal saya minat politeknik ..jurusan ap yg saya layak.... saya mendapat bm dan sains B , Sejaraj dan Agama C+ Maths , Bi , Geo D.
dan misal kata MARA pula apa jurusannya?��

Assalamualaikum cikgu. Sya Safwatul. Sya dapat result 2A( agama dan math), 5B( Ict, biologi, bm, bi, sej), 3C( fizik, kmia dan addmath). Ap yg ptot sya mohon ye cgu brdasarkan kptusan sy? Masih xthu nk mohon ap. Abah sya siap tnya sya lgi, nk ulang spm x sbb dy rsa result sya teruk. Adkah sya akn dpt matrik dan u? Agk2 bile twran matrik akn dpat kalu sya layak?

Salam Cikgu,adik perempuan saya lepasan SPM tahun nie,keputusan yang yang boleh dikatakan sangat rendah..salah satu faktor kerana adik saya seorang yang sangat aktif dengan sukan dan tidak dapat membahagi masa dengan baik..kemanakah hala yang terbaik untuk adik saya tuju kerana saya tidak mahu dia trus tersilap langkah dengan pilihan yang tidak sesuai dengannya dan terus down dengan kelayakan dia..
Ini keputusan peperiksaannya
Bm B+, Bi D, Math D, Pen.Islam B+, Tasawwur islam B+, sejarah B, Bio G, Fizik E, Kimia E,addmath D...
Berdasarkan pengalaman cikgu yang lepas,saya harap Cikgu dapat membantu adik saya,.trima kasih cikgu

asslamualikum cikgu.... pra diploma berape lama?

Pradiploma tu mmg mohon pada politeknik. Math dan BI adalah killer subjek anda sbb kebanyakan institut meletakkan salah satu samaada math kredit atau BI kredit atau kedua duanya kredit. Namun apabila anda minimum hanya lulus maka anda boleh mengambil kursus kemahiran. Cikgu tidak dpt menyatakan apa yg awak patut ambil krn pilihan anda adalah terhad dan cikgu cadangkan anda listkan dulu semua kursus yg memenuhi syarat kelayakan anda dulu dan anda kecilkn pilihan itu mengikut minat anda

Salam. Oleh kerana math gagal dan sains dan BI lulus sahaja cikgu berpendapat kemahiran yg berkaitan dgn masakan,rekaan jahitan.adalah sesuai

Asalamualaikum cikgu,spm sye yg gagal iaitu BI,Math, tapi sye hnya dpt BM C+,Sej E,Sastera D,sains D,Sains D ,Seni D ,Perdagangan C...pada pendapat cikgu di mana sya harus memohon dan bagai mana cara nya ???

Salam sye gagal BI,Math,Agama...yg lain sye hanya dpt BM C+ ,SEJARAH E, SENI D, SASTERA D, PERDAGANGAN C,SAINS E,...KEMANA harus sye mohon dan bagai mnane cikgu ,hrp boleh mmbantu dari segi pendapat

Salam risya. Refer respon cikgu diatas. Cikgu dah jawab pertanyaan kamu :)

Salam. Jika gagal dalam Math permohonan adalah tipis. Kamu boleh memohon institut kemahiran lain sepwrti baitulmal dan MARA. Dalam masa yg sama repeat paper Math ni supaya permohonan anda lebih tinggi di pengambilan akan dtg memandangkan kamu dah ada 7 kredit. Namun jika yg gagal itu matematik tambahan ini bermakna hanya ada satu kredit mungkin fizik cikgu andaikan kamu berpeluang jika memohon politeknik dalam susunan 3 teratas

Salam kelayakan politeknik bukan sekadar anda cukup 4 kredit tapi ada pakej subjek yg perlu dipertimbangkan iaitu Math dan BI adakah gagal atau lulus sahaja utk mengenalpasti kos yg layak

Salam. Ipta mengambil murid lepasan spm ambilan kedua iaitu Uitm. Malah upu sendiri mengambil murid tahun semasa untuk murid lepasan spm setahun sblmnya.

Salam siti noor khadijah. Anda tidak menyatakan subjek apa yg D. Jika akaun dan matematik anda kredit maka anda boleh menyambung akaun di kolej profesional Baitulmal atau MARA. Sila rujuk kelayakan di institusi tersebut dan ia setara dengan UPU.

Untuk kelulusan uitm bagi math lulus pra diploma untuk praperdagangan adalah layak dan kursus tertentu diuitm. Anda juga layak ke politeknik

Assalamualaikum cikgu...sye dpt result 4D (BM,BI,PI,SN),1E (PERDAGANGAN) dan 4G (SEJ,MT,EKONOMI ASAS,ERT)...Sye ingin melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan atau yg berkaitan dgn bidang minyak dan gas...Di manakah tempat yg sesuai utk sye memohon?Program yg mane akan menerima keputusan sye?Atau ade ape2 pilihan lain yg sye patut lakukan?

Salam cikgu saya dapat 4A 2B 2c plus dan satu D..A subjek mate bm sej dan agama..B subjek bio dan b.inggeria c plus fizik n addmate dan d kimia.....layak kah saya untuk metrikulasi..

Assalam cgu. Ada tak course2 yg membolehkan saya study di jepun dgn syarat yg paling minimum? Result saya ok, semua kredit kecuali addmths.

salam cikgu
says student lepasan spm 2016 dapat 3a3b1c3d masalahnya d dlm bm,bi & add maths
adakah saya layak pohon matrikulasi or politeknik? says minat kursus r&d atau sains

Salam. Pradiploma antara satu semester hingga dua semester sahaja iaitu antara 5 bulan hingga 10 bulan.

Salam fiqa

Result adik anda mendapat 4 kredit sahaja tetapi lulus Math dan lulus BI. Dia boleh memohon IKBN, ILP, MAI untuk program kemahiran

Salam safwatul
Result anda sebenarnya agak baik dan anda boleh layak dengan kursus aliran sains peringkat diploma di UITM ataupun politeknik. Jika anda memohon unit kemasukan MARA, anda layak juga memohon di institusi pengajian tinggi seperti GMI, MFI untuk peringkat diploma. bagi matrikulas, result pakej elektif kamu ada 2 B dan 2 C yang mana bagi pendapat cikgu masih layak untuk mendapat tempat kecuali jika ada murid lain yang dapat mengatasi kamu dari segi merit yang lebih baik

Salam maisarah
Jika anda berminat dengan politeknik, dari pertimbangan cikgu berdasarkan result anda ialah elektif geo yang lulus dan Math dan BI D anda boleh memohon praperdagangan terlebih dahulu.

Salam amirul

Result adik anda agak baik dengan 7 kredit. cuma anda tidak menyatakan apakah subjek D itu. Jika D ialah BI peluang makin mengecil kerana Metematiknya juga D setakat lulus.Jika BI kredit dan Math sahaja yang lulus maka dia boleh memohon ke Kolej Politech MARA dan Kolej Profesional MARA yang mana diploma adalah setara dengan UPU jika masih berminat untuk meneruskan dalam bidang aliran akedemik dan pengurusan berbanding kemahiran.

Salam
Jika kamu repeat paper Sejarah, anda masih lagi boleh memohon UPU sebaik sahaja result Sejarah diperolehi. Ini kerana UPU bukan sahaja menerima permohonan untuk tahun semasa malahan juga ada kategori untuk tahun sebelumnya. Anda juga boleh direct dengan UiTM untuk pengambilan intake semester. malah anda juga boleh memohon ke institusi -insitusi di bawah MARA yang mana diploma adalah setara UPU.

Salam,

Bagi permohonan ke UPU mestilah kredit Math, result yang gagal Math menyebabkan permohonan tidak berjaya.

Salam Siti

Result anda baik dengan semua kredit namun apabila Matematik gagal ia menyebabkan peluang anda tipis untuk ke aliran yang bukan kemahiran. Cikgu cadangkan agar anda repeat paper Math itu untuk Julai ini agar sekurang-kurangnya anda boleh fokus subjek itu sahaja selama 4 bulan inidengan intensif. Walaupun lambat, sekurang-kurangnya anda dapat memohon kursus yang lebih banyak pilihannya dan diperingkat yang lebih baik memandangkan hanya Math yang gagal.

assalamualaikum , sy pljr spm 2015 yg bru mndapat kputusan klmrin.. sy nk tnya bidang2 apa yg bolh sy mohon sekiranya sy hnya mndpt (BM)1A-,(SEJ,MTH,PAI)3B+,(SNS)1B,(EKONOMI)1C+,(P.AKAUN)1C,(BI)1D,(EST)1E.. sy nak memohon melalui upu.. atau adaka lbh baik skiranya sy mlnjutkan pljran ke tingktn 6.. tp sjujurnya sy tk mnt msuk tgkatan 6.

Bagi soalan ini result anda agak baik tetapi oleh kerana BI anda mendapat lulus maka pilihan terbaik anda untuk borang UPU ialah politeknik metro. Anda juga disarankan memilih institusi yang lain seperti Kolej Polytech MARA atau Kolej Profesional Baitulmal untuk mengikuti pengajian diperingkat ekonomi, pengurusan dan kewangan.

Salam nabilah,
Result kamu agak baik dengan semua pakej elektif mendapat kredit. Walaubagaimanapun cikgu sarankan anda memilih UPU dengan pilihan kursus yang berkaitan dengan sains hayat dan bukannya sains kesihatan di pilihan lima teratas. Anda juga boleh memohon FMI atau GMI di bawah institusi MARA yang menawarkan kursus sains juga. Anda tidak perlu mengulang SPM. Jika anda berminat dengan kejuruteraan letakkan politeknik pada tiga pilihan pertama. Semoga berjaya!

Salam..result spm sy 2b+ 1b 2c+ 1c 3d(math,pqs,ekonomi asas).adakah sy layak utk smbung belajar?atau lebih baik sy smbung ke stpm atau STAM(sijil tinggi agama malaysia)???

Salam.
Dengan result semua kredit kecuali BI ,bio dan fizik tetapi dengan syarat minimum lulus BI membolehkan anda meletakkan politeknik di pilihan 3 teratas . Jika berminat dengan kejuruteraan anda boleh memohon Kolej Kemahiran Tinggi MARA , IKBN di peringkat diploma dan pelbagai tempat lagi yang meletakkan minimum lulus BI

Salam Eizlan

dari keputusan anda walaupun anda memperolehi 4 kredit sahaja tetapi 3 subjek killer yang biasa menjadi syarat wajib untuk mana -mana institusi, anda berjaya memperolehi kredit. iaitu BM, BI dan Matematik. Anada sesuai dengan polteknik metro mengambil kursus pengurusan perniagaan atau pejabat. Jangan lupa untuk membeli borang berkaitan dengan Kolej profesional MARA yang menawarkan HND dalam pengurusan juga.Tetapi andaikata anda berminat bidang yang lain selain pengurusan, anda pastikan syarat am dan khusus adalah layak. Ini kerana anda tidak menyatakan subjek elektif yang anda ambil untuk diberi pertimbangan mengenai kelemahan kamu

Salam Syazwan

Anda berminat dalam kulinari dan mendapat 4 kredit. Ini bermakna BI dan Math anda hanyalah lulus. Anda boleh memohon kolej komuniti. Anda juga boleh memohon IPTS yang specialist dlm kulinari dan mendapat pembiayaan PTPTN.

salam ckgu...result yg adik saya dapat 4B (pi.bm.math.bi) 1C (biologi) 2e (fz.km).1G (sj)..perlu ka adik saya repeat paper sj and result dia layak tak utk mohon diploma sains..tq

Salam cikgu, saya mendapat keputusan English (A-)cemerlang BM (D)lulus atas Math (E)lulus dan result selebihnya pendidikan islam(C),Sejarah(D),Science(B),Ekonom(E),Tasawur Islam(C+).Berdasarkan pengalaman cikgu yang lepas,saya harap Cikgu dapat membantu saya. terima kasih cikgu

Assalamualaikum cikgu,saya mndpt kputusa spm BM B BI G PEN ISLAM B+ SEJARAH A- MATH D SAINS B+ SAIN PERTANIAN G PERDAGANGAN B+ PRINSIP AKAUNAN E. APa yg harus saya pohon cikgu...sya buntu cikgu sb semua pusat pengajian nk lulus BI..tpi hri ni saya pohon institiud profesional Baitulmal...kursus zakat,dn satu lg haji dn umrah...utk pngtahuan cikgu saya ada mslh pendengaran yg mmlukn saya memakai alat pendengaran..ini juga pnyebabsaya sukar memohon kursus teknikal dn kemahiran....tlg saya cikgu...

Assalammualaikum... Result spm ank saya cuma 5 je kredit... BM A-, Pendidikan Islam dgn Sejarah B+, Bahasa Inggeris C+, Math B, Fizik dgn Biologi D, KIMIA E manakala Add Math G... Soalan saya boleh ke ank saya smbg belajar bahagian kejuruteraan... kerana ank saya memang minat dlm bidang kejuruteraan... mohon pencerahan terima kasih..

Bi sya dpt E .layak sya masuk ipta

Salam
Bagi soalan ini
assalamualaikum , ank saya dapat 2A( PAI,SEJ) 1A-(math) 2B+(BM,BI) 2C(LK KEJURUTERAAN) 3D(PHYSIC,CHEM,ADDMATH).is he still eligible for matrik and UPU?May suggest course apa yg sesuai dgn ank saya IF he is still eligible for UPU

Iya anak anda masih layak untuk UPU tapi pastikan pilihan politeknik kluster atau metro untuk peluang yang lebih tinggi kerana untuk untuk U agak sukar kerana tiada kekuatan mata pelajaran elektif aliran sains

Salam. Untuk kelayakan ke UiTM memang memerlukan kredit Math dan jika lulus hanya untuk praperdagangan namun jika anda gagal anda boleh memohon institusi kemahiran

Assalamualaikum, sis. Saya dalam kebuntuan saat ini untuk mencari kursus yang sesuai dengan saya. Apa yang boleh saya pilih sekiranya matematik saya A dan addmath saya C tetapi keputusan BM, Bi, sej dan semua subjek elektif sains saya hanya mencapai takat kredit hingga D? Mohon penerangan yang arif.

Bagi soalan ini sukar bagi menentukan kursus kerana anda tidak menyatakan apa yang lulus apa yang kredit kerana ia memberikan perbezaan yang ketara

Salam Aman

Kolej Polytech MARA dan Institut profesional Baitulmal untuk kelulusan yang baik tetapi lulus sahaja dalam BI dan Math

Salam nurulqilla

Result anda agak baik untuk melayakkan ke aliran sains tetapi BI yang tidak kredit menyebabkan peluang ke U yang anda kehendaki adalah tipis. lebih baik anda meletakkan pilihan politeknik sebagai pilihan 3 yang teratas

Salam ummi hafsah

Result anda walaupun anda mengatakan sangat teruk tapi prospek untuk mendapat tempat di tempat lain adalah luas kerana hanya U sahaja yang anda tipis peluang. Anda boleh menyambung di mana mana sahaja dalam list entri cikgu yang dah senaraikan ini sebab subjek killer BI dan Math kamu berada dalam kredit dan kamu juga masih ada satu subjek elektif yang kredit. Semoga berjaya

Salam rahman Ziker

Kolej Polytech MARA dan Institut profesional Baitulmal untuk kelulusan yang baik tetapi lulus sahaja dalam BI dan Math


salam Ukhti,
Kolej Polytech MARA dan Institut profesional Baitulmal untuk kelulusan yang baik tetapi lulus sahaja dalam BI dan Math tetapi memandangkan anda mendapat 7 kredit dan dari kelas tasawwur dan anda masih berminat dalam bidang agama, lebih baik anda menyambung tingkatan 6 selama 3 semester sahaja dan menyambung ijazah di bahagian tersebut.

Salam kelvin

Ya anda boleh mohon ke IKBN dan ILP bagi calon yang gagal

assalamualaikum cikgu...saya baru dpt keputusan pagi tadi...saya dpt 5 kredit dan 3 lulus.saya dari bidang sastera..saya berminat masuk bidang kemahiran..saya berminat ambil bidang enginering tapi mostly bidang enginering semua nak math kredit tapi result math saya lulus sahaja..bagaimana saya perlu buat?adakah saya perlu repeat paper math..

# bagi soalan ini anda boleh memohon Institut Kemahiran MARA atau mengulang Math untuk kredit bagi politeknik


Salam ibu Mawar,

Untuk mendapat empat dalam kejuruteraan agak sukar bagi U kerana mata pelajaran elektif semuanya lulus sahaja dan tiada kredit. Tetapi anak anda boleh memohon politeknik di peringkat pradiploma sains terlebih dahulu

Salam bagi soalan mengenai permohonan ke institut profesional baitulmal. Memandangkan Math lulus dan BI gagal memang sukar untuk mendapat tempat dalam laluan kursus yang bukan kemahiran. Manakala kursus kemahiran pula anda tidak menepati syarat kerana masalah pendengaran. Institut Profesional Baitulmal memerlukan BI dan Math lulus. Cikgu mencadangkan anda mengambil paper BI sekali lagi dan mengikuti kursus BI secara intensif jika anda tidak mendapat tempat. Atau anda memohon kolej swasta yang menawarkan pembiayaan PTPTN atau memilih kursus di institut latihan atau kemahiran yang menerima murid masalah pendengaran dengan kursus kursus latihan yang sesuai. kamu perlu walk in dan berbincang dengan pegawai kemhiran di situ

salam Fateh. Result BM dan Math anda setakat lulus yang menghadkan peluang anda. anda boleh memohon di
di IKBN atau politech MARA atau praperdagangan di politenik yang menerima murid dalam kursus tertentu untuk lulus BM dan Math dan Institut Profesional Baitulmal

Salam anisa

walaupun adik anda mendapat 5kredit tetapi gagal sejarah menyebabkan dia tidak layak mendapat sijil SPM. Itu yang menyebabkan peluangnya agak tertutup dan memohon institut kemahiran untuk murid yang bertaraf gagal SPM. Dia perlu membaiki markah Sejarahnya untuk mendapatkan kelayakan sijil SPM.

assalammualaikum cikgu ,saya baru dpt result spm , result spm saya tidak memberangsangkan dan result saya mendapat 1A 4B 2D 1E dan yg D tu math dgn bi , kalau hendak melanjutkan pelajaran di oil an gas institusi mana yg terima dgn kelayakan saya ? harap cikgu baca

Salam kepada nama yang tidak dinyatakan,

6 kredit dengan lulus Math membolehkan anda menyambung ke Institut Profesional Baitulmal, Kolej Profesional MARA dan Kolej Polytech MARA untuk bidang pengurusan.

Salam Mello

Kursus yang berkaitan dengan oversea untuk pembiayaan memerlukan murid cemerlang. Anda tidak menyatakan secara terperinci result anda. Ini kerana jika semua C tidak layak

Salam kepada nama yang tidak dinayatakan

permohonan ke matrikulasi memerlukan subjek elektif sains yang agak baik. Jika anda mendapat D untuk Kimia biasanya anda akan ditawarkan ke matriks akaun atau anda boleh memohon rayuan jika kuota masih ada untuk matrikulasi sains.

Salam kepada nama yang tidak dinaytakan

Dari result anda cikgu mendapati anda gagal Sejarah menyebabkan anda tidak layak mendapat sijil SPM , ILP mengambil murid lulus SPM dengan lulus BM dan walaupun anda lulus BM tetapi tidak layak mendapat sijil SPM menyebabkan anda perlu memohon kursus untuk murid gagal seperti Institut kemahiran Baitulmal dan kursus berkaitan pembinaan seperti CIDB. ILP mengadakan kursus yang berkaitan dengan oil and gas anda boleh mmebuat rayuan di situ dan dalam masa yang sama mengambil subjek sejarah untuk diulang. anda juga boleh google kursus oil and gas di institusi di terengganu dengan kelayakan dan syarat am yang ada

Assalamualaikum cikgu..saya skarg tengah buntu takhu nak sambung mana ngn result saya ada 1gagal iaitu bi ��..tapi math & akaun A-,addmath C+..saya sangat minat pada kira2. Cuma layak ke saya nk sambung course yg ada kira2?.. dngn bi G..cikgu tolong saya apa patut saya buat..harap cikgu bole tolong saya..

Salam Asytar
Dgn BI sahaja yang lulus, dalam list UPU tu anda layak memohon politeknik metro

Salam nurul afika

BI gagal menyebabkan permohonan ke UPU adalah tipis. memandangkan anda berminat dengan kursus kira-kira yang mana kursus ini di bawah pengurusan perniagaan atau statistik, kewangan dan insuran anda perlu minimum lulus BI. cikgu sarankan anda mengulang paper BI atau membuat rayuan untuk ke ting 6. Ada juga kolej swasta yang boleh menimbangkan untuk kelulusan tanpa BI tetapi anda kena rajin untuk bertanya dari koej ke kolej yang diiktiraf sambil menunggu untuk mendapatkan repeat paper BI tersebut

Salam OnePunchMan

result Math dan Bi anda lulus dengan 5 kredit. Anda tidak nyatakan satu subjek lagi yang tidak kredit iaitu E tersebut. Dengan result ini anda boleh memohon ILP utk oil and gas

saya dapat a math phy bio chem c bibm sej b addmath e.. saya tak tahu nak buat apa..boleh tolong,cg?

Assalamualaikum.saya subjek teras smue credit tp subjek pure science xde yg credit.kolej mane yg bg diploma nursing tp x mementingkan kredit dlm sains ye?

asalam..
saya nak tanya..
saya baru lepasan spm dan mendapat keputusan dgn hanya 1B 1C 3D 1E 2G layak ke saya masuk mana2 bidang..misalnya G tu adalah BI dan MATH..tpi bgos kan untuk saya repeat balik SPM

Keseluruhannya result anda layak untuk permohonan ke UPU dan oleh kerana anda hanya mendapat Add Math lulus sahaja tetapi subjek lain agak kuat kerana 3 subjek sains yang lain ialah cemerlang. Tetapi untuk meingkatkan peluang anda boleh memohon Unit pengambilan MARA juga. dan politeknik

Salam
Diploma nursing mementingkan kredit dari Sains. Ini bermakna jika anda bukan dari aliran Sains, tetapi subjek Sains kredit anda layak memohon. Anda boleh memohon prasains terlebih dahulu dan mendapat keputusan yang baik di prasains untuk memohon ke diploma nursing. walaubagaimanapun anda harus memstikan kemana hala tuju prasains tersebut. Ini kerana ada kolej yang menawarkan aliran prasains tetapi untuk ke diploma sains kursus tertentu. Anda juga boleh memohon di pusat rawatan swasta yang menawarkan latihan nursing dan posting terus ke pusat rawatan tersebut seperti KPJ, PUSRAWI dan MAHSA College dan membuat rayuan di sana

Jika anda gagal dalam BI dan Math ia benar -benar menghadkan peluang anda terutama jika anda tidak berminat dengan laluan kemahiran. Iya lagi baik anda mengulang SPM untuk BI dan Matematik. Semoga berjaya

Slm ckgu sy pljr lepasan spm 2016 sy mndpt 2B+ 2B 1C+ 1C 2D.. yg subjek yg sy dpt D ialah mths dn prdngan.. bole x sy mndpt peluang melanjutkn pengajian ke ipta dlm bdng perguruan atau kesetiausahaan...

askum...saya nak tanya kalau bm sya D tidak kredit saya bole ke mna selain daripada kolej dan u.....mohon penjelasan

Assalam cikgu, saya mdapat 5 kredit dalam result spm. subjek teras hampir semua kredit. ini sebab math saya je sekadar lulus, tetapi (fizik,kimia, prinsip akaun) sekadar lulus, biologi kredit tp addmath gagal. saya buntu sekarang ni. tak tahu nak mohon pusat pengajian kt mana. saya sangat berminat dlm bidang sains seperti nursing. tp saya tak kisah kalau bidang saya bkn nursing tp dlm bidang sains jugak. tp memandangkan math sye lulus je, sukar utk memohon kerana kelayakannya. harap cikgu dpt bantu saya tq :)

Salam .
Bagi reslut D Matematik..agak sukar mendapatkan tempat dalam perguruan tetapi jika anda berminat dengan kesetiausahaan maka anda boleh memohon politeknik untuk praperdagangan yang ditawarkan kpd murid yang berikut:

Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester
Pra diploma sains akan mengikuti diploma kejuruteraan elektronik atau mekanikal manakala pra diploma perdagangan akan mengikuti diploma akauntasi, pemasaran, perniagaan, setiausaha


Selain itu anda boleh memohon institusi MARA yang menawarkan kursus yang bersesuaian denganpengurusan dengan Math minimum lulus di Kolej Kemahiran MARA

Salam eizlan

Bagi yang tiada kredit dalam BM lagi sempit pilihan ke U. Tetapi institusi kemahiran seperti dlm list blog ini menawarkan tempat untuk yang lulus BM.

Salam
walaupun kamu mempunyai 5 kredit tapi subjek sains dan Math yang lulus menyebabkan sukar anda menyambung pengajian ke aliran sains kecuali anda mengambil pra diploma sains dahlu seperti dipoli yang menawarkan syarat serendah kelulusan Math dan setelah tamat disalurkan ke kejuruteraan. araupun anda mengambil semuala mata pelajaran Math paper July disamping memasuki mana -mana institusi yang menawaran tempat untuk anda agar dengan lulusan Math kredit yang baru maka lebih luas prospek sains untuk diambil

Kak,business admin demand ke spt kerja...

Cikgu sy punya result spm 2015 sangat teruk.. Dan yang lulus cuma bm, science, agama islam dan seni... Bolehkah sy masuk mana mana poli atau kolej yang boleh sy sambung study :') sy nak sngt smbung dan takmahu kecewakan ibubapa... tolong sy cikgu

Assalamualaikum cikgu . saya pelajar lepasan spm . saya mendapat gred D dalam bahasa melayu dan gred E dalam bahasa inggeris . Yang lain saya lulus . boleh tak cikgu cadangkan mana2 ipta di bawah kerajaan yang boleh saya masuk dengan kelayakan saya

Assalamualaikum cikgu . saya pelajar lepasan spm . saya mendapat gred D dalam bahasa melayu dan gred E dalam bahasa inggeris . Yang lain saya lulus . boleh tak cikgu cadangkan mana2 ipta di bawah kerajaan yang boleh saya masuk dengan kelayakan saya

kelulusan business admin memang antara kelulusan yang am maknanya graduan ini boleh bekerja di mana -mana institusi perniagaan tapi lebih baik anda mempunyai nilai tambah diri anda untuk kelulusan ini agar dapat bersaing dalam pasaran kerja seperti kemahiran 3 bahasa, kemahiran ICT dan personaliti yang menarik

assalamualaikum cikgu , sy lpsn spm 2015 , sy dpt twrn diploma pengajian bahasa inggeris kat ipts , should i go or not ? ipts ni byk pros or cons ?

Assalamualaikum cikgu, sy lepasan spm 2013. Math sy gagal tp sy ada 4 kredit. Jika tk mahu masuk institut kemahiran, kursus diploma mana yg tk perlu kn keputusan math dan institut mana dibawah kerajaan sepenuhnya? Harap cikgu bole jwb persoalan sy ni.

Assalamualaikum cikgu. Sy lepasan spm 2013, result math sy F tetapi sy ada 4 credit. Jika sy nk smbung belajar semula, tk mahu msuk institut kemahiran, institut mana yg tidak ada math utk kursus diploma dan dibwh kerajaan. Dan semua institut bole buat bntuan baitulmal ke? Hrap cikgu bole bg jawapan utk persoalan sy ni.

Assalamualaikum cikgu, saya lepasan spm 2015. minta pendapat cikgu, result saya BM-C, BI-E, P.islam-B, Sej-C+, Mate-D, Sains-B, Geo-B+,P.Seni-A- dan Tassawur-A-. Ibu bapa saya mengharapkan saya melanjutkan pelajaran dalam kejururawatan atau bidang lain yang sesudah belajar sahaja akan dapat kerja. Minta cikgu dapat membantu saya. Terima kasih.

Assalamualaikum, Cikgu saya calon SPM 2014. Result saya 4 kredit hampir ke 5 cuma masalah nya Math saya E. Saya masih ada keinginan mahu smbung blajar tapi skrng saya berkerja. Dh puas saya cari tempat² untik smbung tapi still tak dpat². Apa yg patut saya lakukan cikgu.

Orait cikgu respon pertanyaan di bawah:
Cikgu sy punya result spm 2015 sangat teruk.. Dan yang lulus cuma bm, science, agama islam dan seni... Bolehkah sy masuk mana mana poli atau kolej yang boleh sy sambung study :') sy nak sngt smbung dan takmahu kecewakan ibubapa... tolong sy cikgu

Ini bermakna subjek penting matematik dan BI anda gagal dan setaraf dengan murid yang gagal SPM kerana memenag tidak ada yang mengambil pelajar untuk yayang gagal Math dan BI kecuali kursus kemahiran juga yang tahap rendah. Ini kerana kolej kemahiran tinggi juga meletakkan syarat sama ada BI atau Math lulus dan majoriti kes di kolej kemahiran tinggi memrlukan kredit Math atau BI. kebanyakan murid ini menyambung kursus di peringkat kemahiran untuk murid gagal seperti membaiki automotif , welding, elektirik dan sebagainya. Jika anda tidak berminatdengan kursus kemahiran, anda perlu mengulang SPM

Respon utk pertanyaan ini:
Assalamualaikum cikgu . saya pelajar lepasan spm . saya mendapat gred D dalam bahasa melayu dan gred E dalam bahasa inggeris . Yang lain saya lulus . boleh tak cikgu cadangkan mana2 ipta di bawah kerajaan yang boleh saya masuk dengan kelayakan saya


Anda tidak menyatakan anda lulus dengan cemerlang,lulus dengan kredit atau lulus sahaja. Jika lulus sahaja maka kolej kemahiran adalah institusi awam yang sesuai

Salam Nur Sahira,
Agak sukar cikgu mmeberikan cadangan memandangkan anda hanya menyatakan secara am tanpa maklumat terperici
mendapat gred D dalam bahasa melayu dan gred E dalam bahasa inggeris . Yang lain lulus .

Salam,
Jika anda telah mendapat tawaran BI peringkat diploma di IPTS anda sedang menimbangkannya kerana ada pro and con. memang benar IPTS antara sebab kursus yang ditawarkan tidak mendapat sambutan kerana kegusaran penuntut dengan tahap kestabilan IPTS itu sendiri. Cikgu sarankan anda check MQA kursus tersebut dengan MQA sama ada diiktiraf atau tidak, pinjaman PTPTN meluluskan atau tidak kursus tersebut dan selidik dari senior kursus tersebut mengenai peluang melajutkan pengajian selepas diploma dengan kelulusan diploma BI dari IPTS terssebut

Salam
Dengan gagal Math dan tidak berminat dengan institusi kemahiran, cikgu sarankan anda mengulang paper Math. SPM lulusan 2013 dan setelah 3 tahun anda perlu mengulangkaji secara intensif. Paper Math ulangan pada Jun 2016 dan pendaftaran berakhir 31 Mac 2016. Ini kerana dengan kredit atau lulus Math 2016, digabungkan dengan result 2013 anda, maka peluang lebih tinggi untuk memohon diploma aliran bukan kemahiran

Salam
Bantuan pendidikan Baitulmal untuk sesiapa yang layak bergantung kepada terma dan syarat oleh pihak Baitulmal kerana tidak semua IPT mendapat kemudahan pembiayaan Baitulmal.

Result sye bm, sains dan ert dpt D . . manakala yg lain E dan math G . . kemana kah sye boleh pergi dgn math gagal . . tiada kredik . .

Assalamualaikum cikgu. saya lepasan spm 2015 aliran sains. keputusan spm saya ada 6 credit tapi subjek sains saya semua D dan add maths G. Cikgu, boleh cadangkan mana mana tempat yang saya layak mohon? terima kasih cikgu.

Salam Ecal
Dari result anda mendapat 7 kredit tetapi killer subjek anda iaitu Math dan BI hanya setakat lulus.
Bagi memohon kursus kejururawatan

Bagi Latihan Separa Perubatan-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Kelayakan dua kredit dan empat subjek lulus termasuk Bahasa Melayu mengikut subjek tertentu untuk kursus tertentu. walaubagaimanapun Mendapat kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains/Sains Tulen diberi keutamaan. begitu juga dengan kursus kejururawatn di kolej swasta..oleh itu cikgu menyarankan anda mengulang paper BI dan dan Math Jun nanti. Pendaftaarn dibuka sekarang. Ini kerana result anda yang lain sudah dapat melepasi syarat.

Salam anies

anda menyatakan 4 kredit tetapi math sahaja yang lulus. Jika math sahaja masalah anda iaitu E anda masih lagi boleh mmeohon Kolej Profesional Baitulmal, Kolej Polytech MARA, Institut kemahiran MARA kerana institusi ini masih menerima pemohon serendah lulus Math jika anda tidak berminat mengikuti kursus kemahiran. Namun jika ada pekej lain iaitu Bahasa Inggeris gagal atau BM kamu tidak kredit, maka agak sukar untuk kamu memohon laluan bukan kemahiran..kerana sijil anda setaraf murid gagal SPM walaupun anda mendapat sijil SPM dan laluan kemahiran adalah kursus yang paling sesuai untuk kelayakan tersebut

Salam nur athirah

Kursus kemahiran seperti Giat MARA, Institut Pertanian, IKBN, atau institusi automotif (MAI) adalah peluang anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Salam

mendapat 6 kredit dengan subjek sains semua lulus dan add math G masih lagi luas peluang kamu. kerana subjek penting Math/ BI dan BM cikgu andaikan kamu kredit. Anda layak memohon prasains UITM dan prasains politeknik. malahan anda juga layak untuk diploma Kolej Profesional MARA, Polytech MARA, Institut Profesional Baitulmal, INSPEN dan pelbagai lagi. tempat tempat yang cikgu maksudkan ini bukan aliran kemahiran. Ini kerana dengan result anda, anda layak ke institusi kemahiran malahan kemahiran tinggi untuk persediaan sebagai engineer. Yang penting jgn bergantung dengan borang UPU semata -mata, anda perlu memohon borang Unit pengambilan MARA, INSPEN, Institut Baitulmal dan sebagainya kerana tempat-tempat ini juga menawarkan PTPTN,pembiayaan MARA dan Baitulmal. Semoga berjaya

Assalamualaikum cikgu saya nak tanya bolehkah saya mengambil diploma di kolej swasta dan ingin memohon menyambung ijazah di Uni Awam.Jika memohon mereka akan mmelihat keputusan spm ke atau diploma kita.Saya bertanya sebab keputusan saya tidak layak untuk memohon IPTA.

salam cikgu , IPTS yg sy maksudkan adalah Kolej Universiti Islam Selangor , sy dah check and KUIS diikitiraF MQA , ada pinjaman PTPN and drpd info yg sy dpt melalui internet , KUIS ni bagus , tp sy masih dlm dilema , apa pendapat cikgu ?

Salam umar saifuddin

Kelayakan ke IPTA yang bertaraf U wajib minimum 5 kredit untuk ke diploma berbanding IPTS yang menawarkan serendah 3 kredit sahaja untuk permohonan ke diploma bergantung kepada kursus diploma tersebut. Ada yang menawarkan tempat walau lulus BM, lulus Bi atau lulus Math sahaja sedangkan IPTA meletakkan syarat BM Bi dan Math wajib kredit. Inilah dilemma bagi murid lepasan SPM yang tidak mendapat tempat di IPTA. memang ada universiti sama ada IPTA atau IPTS merujuk kemabli result SPM terutama BM dan Math untuk mendapatkan tempat di peringkat ijazah walaupun anda mendapat CGPA yang cemerlang. Oleh itu , mengulang BM dan Math sehingga kredit adalah pentng bagi yang berminat dengan laluan bukan kemahiran untuk ke peringkat yg lebih tinggi

namun demikian lulusan IPTS dan kolej berkanun, walaupun kelulusan masuk ke program diploma lebih rendah, tetapi diploma mereka setaraf dan boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke tempat yang lebih tinggi. namun suka untuk cikgu ingatkan di sini, bukan kerana kelulusan IPTS itu yang menyebabkan pemohon sukar mendapat tempat di IPTA, tetapi jumlah pemohon yang ramai berbanding bilangan tempat menyebabkan IPTA akan memberikan keutamaan kpd calon matrikulasi, diploma dari IPTA malahan murid STPM dan asasi U sendiri menyebabkan peluang murid IPTS adalah sangat terhad malahan sukar di IPTA bagi peringkat ijazah. Oleh itu IPTS biasanya mempunyai program yang ditawarkan di peringkat ijazah dan ijazah lanjutan dengan pembiayaan dari PTPTN juga bergantung kepada syarat dan terma. Jika anda tidak mendapat tempat di IPTA , tidak salah menyertai IPTS.

Assalammualaikum, layakkah seorang pelajar SKM (kolej vokasional) yg tidak mengambil SPM tetapi telah mendapat sijil SKM menyambung diploma di politeknik atau tempat lain?

Assalammualaikum, layakkah seorang pelajar SKM (kolej vokasional) yg tidak mengambil SPM tetapi telah mendapat sijil SKM menyambung diploma di politeknik atau tempat lain?

Salam Alia

Pelajar kolej vokasional yang tidak mempunyai SPM tetapi mempunyai SKM tahap 1 dan 2 layak menyambung ke sijil kemahiran tahap 3 peringkat diploma dan seterusnya diploma lanjutan dan seterusnya ke kursus -kursus kemahiranyang lebih tinggi dengan tawaran kerja setaraf murid SPM yang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan seterusnya. Ini kerana laluan anda ialah laluan kemahiran. Bukan laluan akademik. Oleh itu jika anda meneliti permohonan ke peringkat diploma atau ke peringkat yang lebih tinggi, ada dinyatakan kelulusan SPM ATAU SETARAF. Maka anda ialah pemohon SETARAF SPM.

Addmath diperlukan tk untk course ni

hi sy dpt 6 krdt tpi math D n bi E sy mnit dlm kejururawatan boleh ka sy memohon mna2 u n d mna sy memohon u? or boleh ka sy stdy smbl repeat mt?

Untuk kursus kejururawatan, Add Math tidak diperlukan

Ezi,

Sementara pendaftaran untuk mengulang paper Math Jun nanti dan BI pada Nov nanti dateline 31 Mac 2016 cikgu rasa lebih baik kamu mengulang. Ya anda boleh menyambung pelajaran dan dalam masa yang sama repeat paper. Bagi kursus kejururawatan kerajaan atau latihan separa perubatan kerajaan walaupun syarat anda 6 kredit dan kredit BM menepati syarat minimum tetapi kredit BI Math dan Sains masih lagi diberikan keutamaan.

Namun anda boleh mencuba IPTS yang menawarkan tempat untuk result seperti anda yang mengambil kelayakan minimum Math dan BI yang lulus.

Salam cikgu,saya nak tanya kalau yang gagal spm tapi satu sahaja yang lulus contoh bm . Adakah dapat sambung belajar .

Jessihyun,
Jika mendapat satu sahaja yang lulus iaitu BM anda masih lagi dianggap gagal SPM dan boleh menyambung pelajaran di bahagian kemahiran yang memerlukan syaraat serendah murid tahu membaca dan mengira.

assalamualaikum . saya calon spm 2016 dan berada dalam aliran sains . saya ingin menjadi guru & saya sering gagal dalam subjek addmaths . jika saya drop addmaths & tidak credit subjek maths,chemis& bio , adakah saya masih layak untuk memohon menjadi guru dalam bidang pendidikan awal kanakII ?

Salam. Saya nak bertanya bagi pihak adik saya. Adik saya mahu mengambil sijil ipc selama 24hari. Tapi adik saya ingin smbung belajar lagi. Apa peluang pembelajaran yg boleh adik saya masuk menggunakan sijil ipc itu? Ataupun sijil ipc itu hanya untuk bekerja sahaja? Adik saya ingin mengambil diploma automotif tapi disebabkan keputusan math dia adalah D, dia hanya boleh ambil sijil sahaja. Adakah wajar keputusan untuk mengambil sijil ipc ataupun tidak? Terima kasih

Asslamualaikum cikgu , saya lpsan spm 2015 dan mndptkn kputusan yg kurang mmuaskan iaitu
Bm B , Bi D , Pendidikan islam C+ , sejarah D , Math E , Sains D , Psv C+ dan perdgan E . sya ingin m'repaet smula spm sya tp aunty sya mbntah kerna hnya mbuang msa , aunty sya cdgkan sya msuk giatmara . namun sya tdak bminat krna sya nk pnuhkn impian kluarga sya tuk msuk Kolej/u . dgn kputusan yg tdak mmuaskn sbgtu sya ingin mljutkn pljran ke kolej kerajaan selangor / sabah . dan mgmbil course pgurusan prniagaan . patutkah sya mgulang smula spm sya ?
adakah kputusan sya ini dpt mljutkn pljaran kekolej / u dislngor dan sbh ?
Dan klau ya dmnakah kolej/u yg ptut sya ambil .


#Maaf bnyak tnya
#mohon pencerahan cgu
#ziha

Salam kepada calon SPM 2016

Subjek yang anda perlu kredit ialah Matematik bersama dengan minimum 5 kredit. Namun pemohon yang tidak ada kredit dalam Math tidak layak memohon perguruan

Salam

Jika Math tidak kredit bagi laluan kemahiran, maka tidak layak memohon untuk diploma. Memang dia perlu melalui laluan sijil terlebih dahulu iaitu skm tahap 1 dan kemudiannya skm tahap 2. Setelah itu dia boleh melanjutkan pelajaran ke skm tahap 3 bertaraf diploma kemahiran dan seterusnya ke tahap 4 bertaraf diploma lanjutan kemahiran.

Salam
Ia lebih baik anda mengulang subjek yang anda tidak mendapat kredit iaitu 5 subjek tersebut pada paper Nov nanti. dateline permohonan pada 31 Mac ini. Pastikan anda membuat ulangkaji dgn komited untuk mendapat kredit BI dan Math. Subjek penting ini jika kredit dan ditambah dengan tiga subjek kredit iaitu BM, Agama dan PSV yang tidak perlu diulang, maka anda boleh memohon diploma terus tanpa melalui sijil kemahiran. Jdi tidak ada istilah membuang masa di sini. Dalam menunggu bulan Nov tersebut, anda juga boleh belajar kemahiran di Giat MARA sementara menunggu peperiksaan tersebut dan menunggu keputusan peperiksaan keluar.

Assalam cikgu saya minat sgat dlm bidang sains kesihatan . Result spm saya ada kepujian dan kredit . Tapi math saya hanya sekadar lulus . Bidang kesihatan ape yg layak buat saya ?

Assalamualaikum. Bagaimana pula kalau semua subjek spm saya berkelulusan semua kredit kecuali satu gagal iaitu matematik. Kemanakah tempat yg sesuai untuk saya menyambung pelajaran saya ?

Salam
Bagi menceburi bidang kesihatan keutamaan kepada yang kredit Math bermakna anda perlu wajib kredit dalam matematik

Salam.Sy mndpt 5kpujian dn lulus smua sbjek kcuali gagal bi .. kbnykkn syrt universti dn politeknk yg sy liht mngingnkn lulus dlm sbjek bi .. atau ckgu blh tolom sy mngenai kolej2 yg murh untk sy memohon .sy hrap ckgu fhm ap yg ingn sy jlaskn ..sy bnar2 bntu ..

Assalamualaikum kak saya mohon bertanya katakan la keputusan spm saya cuma stakat kredit sejarah lulus sains dan agama islam sahaja dan saya ingin menyambung pengajian d institut akak sarankan di mana yg saya patut pohon?? segala jawapan akak amat saya hargai tima kasih.

salam, saya ada kawan yang mempunyai sijil kemahiran level 3 dalam bidang graphic and advertising. saya nak tanya boleh ke dia menyambung ke peringkat diploma dan dia tidak mempunyai sijil spm?

assalamualaikum pembuka bicara, masih dalam keadaan dilemma sama ada menunggu mana mana tawaran tapi yakin tuah takkan bergolak begitu sahaja.. keputusan saya tidaklah sebaik mana dimana 3A 2B 2C 2D (D= Chemistry & Phsysic)

minat saya adalah utk menjadi doktor (hahahaha!@#) tapi serious saya betul betul minat dalam bahagian perubatan dan sanggup buat apa sahaja untuk merealisasikan impian saya yang satu ni (saya yakin selagi saya usaha , Allah mesti memberi jalan). Berdasarkan keputusan SPM yang kurang memberangsangkan diatas.. saya pasti jalan terbaik adalah mengulang kembali SPM saya.. persoalannya timbul setelah saya mengulang semula.. apa perlu saya lakukan?? Adakah perlu mengulang kesemua subjek? Masih layakkah saya memohon mana-mana IPTA yang menawarkan perubatan jika saya mengulang SPM saya?? sebab saya tahu SPM kali kedua ini sudah dikenali SPM(Ulangan)..

saya ada beberapa masalah lagi (UiTM saya tak layak sebab bukan bumiputera) tapi saya ketepikan dahulu kerana ini masalah utama saya dan saya ingin rujuk kepada cikgu yang lebih arif akan hal perjalanan pelajar yang sudah lepasan SPM.. maklum balas cikgu saya terlebih dahulu ucap terima kasih

-dari pelajar lepasan SPM 2015

amirul hakim delete April 08, 2016

assalammualaikum,, tumpang tanya, bagaimana saya akan sambung belajar selepas saya mendapat HND (higher national diploma)

Salam
Jika anda mendapat semua kredit tapi gagal Math umpama anda gagal SPM dan institusi yg anda boleh pergi ialah ke kursus kemahiran yg mengambil pelajar yg gagal SPM seperti giat mara, instutut kemahiran baitulmal. Ini kerana kredit Math adalah syarat wajib dgn minimum kelulusan lulus Math untuk kolej swasta pun. Cikgu sarankn anda mengulang Math memandangkn subjek yg lain sudah mendapat kredit.

Salam Lyn
Killer subjek anda ialah BI. Ya walaupun kelayakan mendapat sijil SPM ialah BM dan Sejarah tetapi jika gagal Math atau BI umpama gagal juga kerana anda hanya boleh memohon kursus yg berkaitan setaraf pemohon gagal SPM. Kolej swasta juga menawarkan PTPTN cuma kos yg berbeza. Andai ada kursus yg anda inginkan contohnya pengurusan kewangan tetapi gagal BI dan ada kolej yg menawarkan anda tpt unyuk kursus itu walaupun anda tidak mengikut syarat dikhuatiri anda bergraduat dengan kelulusan yg tidak diiktiraf. Anda telah membuang masa dan wang utk 3 tahun. Anda perlu melihat kelulusan MQA untuk kursus tersebut di kolej yg boleh menawarkn anda tempat samaada diiktiraf atau tidak jika mereka boleh menerima anda yg gagal BI. Kecuali bg kursus kemahiran yg setara pemohon gagal SPM di institut kemahiran.

Salam shah
Kelulusan 1 kredit umpama pemohon yg gagal SPM. Anda boleh memohon kursus kemahiran pertanian, automotif atau kursus kemahiran d giat mara atau baitulmal atau di kolej swasta berteraskn kemahiran

Salam muhamad dfr
Laluan kemahiran mmg berbeza. Walaupun kawan anda tidak mempunyai spm tapi dia mmg boleh menggunakan sijil kemahiran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kemahiran yg lebih tinggi dgn memasuki institusi teknikal atau kemahiran juga

Salam muhamad dfr
Laluan kemahiran mmg berbeza. Walaupun kawan anda tidak mempunyai spm tapi dia mmg boleh menggunakan sijil kemahiran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kemahiran yg lebih tinggi dgn memasuki institusi teknikal atau kemahiran juga

salam cikgu, spm saya cuma dapat 4A je (bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sejarah).agama b+, tapi semua subjek sains tulen saya satu pun takde kredit, hanya lulus sahaja. dekat UPU pilihan pertama saya mintak dip office managemet di uitm. dengan result spm saya mcm tu, saya layak tak ditawarkan ke uitm? saya mohon cikgu dapat tolong

Salam

Anda layak mengulang dan mengambil semula mata pelajaran yang anda perolehi C dan D. Cikgu pernah menjadi pengawas untuk calon persendirian yang mengambil subjek Biologi ulangan kerana mendapat B untuk SPM . Hanya kelayakan A yang diperlukan untuk memohon perubatan. persoalan jika anda mengulang kemanakah hala tuju anda? Calon lepasan spm tahun semasa sahaja yang akan ditawarkan asasi perubatan di universiti awam. Jadi cikgu sarankan anda menyambung STPM kursus aliran sains dahulu dan buat yang terbaik disitu untuk memohon ijazah perubatan di IPT awam. Ini kerana dengan Kimia dan Fizik D maka STPM aliran sains juga sukar anda mendapatkan tempat. Oleh itu anda perlu mengulang SPM untuk mendapatkan kelyakan syarat minimum yang diperlukan ke aliran sains STPM. Ataupun..

Dengan kelayakan ulangan SPM itu dan menepati syarat masuk kursus perubatan di IPTS, anda boleh memohon di IPTS yang diiktiraf oleh MQA sama ada melalui pembiayaan sendiri atau pinjaman PTPTN. Namun demikian , anda perlu berhati -hati jika ada tawaran agen yang sanggup mengambil anda ke kursus perubatan walaupun syarat anda tidak mencukupi. Ini kerana dikhuatiri tempat tersebut tiada pengiktirafan MQA. Andaikata ada pengiktirafan MQA, tetapi sijil anda dimanipulasi oleh agen untuk membolehkan anda menyertai kursus perubatan di IPTS sama ada dalam negeri atau luar negeri, maka selepas anda bergraduan pun, sijil anda tidak diiktiraf. Terdapat banyak kes agen yang menipu sekarang ini terutama untuk kursus perubatan yang mendapat permintaan yang tinggi tapi tempat yang terhad.

Andaikata anda sudah mengulang tetapi result masih lagi tidak berpihak kepada anda, cikgu sarankan anda memohon kursus bidang perubatan tetapi bukanlah doktor perubatan yang anda inginkan. Mungkin di bidang pengimejan perubatan, fisioterapi atau jurulih perubatan dan lain-lain lagi. Adakalanya minat kita memang tinggi namun demikian jika pencapaian akademik tidak dapat menepati ke kursus yang kita minati, maka hikmahnya di situ ialah kita perlu memikirkan alternatif lain selain satu pilihan sahaja . Cikgu percaya anda masih lagi bersemangat yang meluap-luap untuk mendapatkan juga apa yang dihajati. Jadi jika anda teruskan dengan SPM Ulangan..semoga berjaya! Andai result SPM Ulangan mengecewakan juga, anda harus serius memikirkan pilihan lain yang ada.

Salam amirul

Selepas mendapat HND maka anda boleh melanjutkan ke peringkat yang tertinggi di IPT. Jika kemahiran di IPT MTUN iaitu rangkaian universiti teknikal dan jika kursus selain kemahiran di IPT awam atau swasta untuk ijazah

assalamualaikum..dip kulinari ada di unifield international college melaka..kolej usahasama UiTM, UTM dan pusat pendidikan berterusan UM. blh hubungi puan Atikah utk maklumat lanjut 0136994432

Assalamualaikum... jika berminat utk belajar tetapi keputusan SPM tak begitu cemerlang, boleh hubungi Puan Atikah 0136994432. beliau drpd kampus bersekutu dan usahasama drpd UiTM, UTM dan pusat pendidikan berterusan UM.

Salam, berdasarkan persoalan mengenai soalan di bawah:
'spm saya cuma dapat 4A je (bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sejarah).agama b+, tapi semua subjek sains tulen saya satu pun takde kredit, hanya lulus sahaja. dekat UPU pilihan pertama saya mintak dip office managemet di uitm. dengan result spm saya mcm tu, saya layak tak ditawarkan ke uitm? saya mohon cikgu dapat tolong'

Walaupun anda mendapat cemerlang untuk subjek teras, tetapi pengiraan merit masih mengambil kira subjek teras plus subjek elektif yang merupakan killer subjek anda disini. Dengan 12 pilihan yang anda mohon, semoga satu kursus berjaya mendapat tempat. Cikgu sarankan anda membuat rayuan juga ke institusi Kolej Polyech MARA, politeknik dan IPT yang lain yang menawarakan juga pembiayan kemudahan pinjaman PTPTN

Sya dpt 2A je..sya dpt tawaran ke Matrik..2A yg sya dpt pn bkn sbjek sns. Ptot ke sya trime matrik nie? Dpt kt matrik kelantan..sbjek sns smua sya dpt C, C+ and B..

salam cikgu..saya amat buntu sekarang..saya lepasan spm 2015 dan result saya sangat menghampakan.. saya dari aliran sastera. saya mendapat 5a(bm,sejarah,tasawwur,sains,perdangangan) 3b(ekonomi asas,bi,agama) 1e(math)..saya amat meminati jurusan undang-undang malangnya math dan bi sy tidak melayakan sy untuk momohon di universiti..saya buntu apa yang perlu saya lakukan

Salam Nabieylah

Tahniah mendapat matriks. Walaupun anda mendapat 2A namun anda mempunyai syarat yang cukup untuk menempatkan diri anda diterima di matriks. Berbeza dengan program asasi yang juga majoritinya memakan masa setahun, tetapi oleh kerana tempat yang terhad maka bilangan A yang semakin banyak diperlukan kerana persaingan yang begitu tinggi. Berbeza dengan matriks kerana pengambilan murid lebih ramai dan oleh itu walaupun anda merasakan anda hanya mendapat 2A sahaja untuk diterima masuk, tetapi sistem pengiraan merit ke matrikulasi melayakkan anda mendapat tempat. Oleh itu, terimalah tawaran ini dengan peluang yang ada. Anda tidak perlu berhutang dengan PTPTN kerana matrikulasi ditanggung dan elaun diberikan. anda boleh terus ke ijazah selepas matrikulasi berbeza jika anda mengambil diploma , anda telah berhutan PTPTN untuk 3 tahun sebelum menyambung ijazah pula.
Jika anda mengambil STPM, ia memakan masa yang lebih panjang berbanding matriks setahun. Oleh itu buatlah yang terbaik di matriks nanti agar dapat menempatkan diri di peringkat ijazah dengan kursus yang anda idamkan.

Salam

Dengan matematik yang lulus, ia merupakan killer subjek anda untuk ke IPTA.

Anda boleh membuat rayuan ke tingkatan 6, ini kerana jurusan undang-undang merupakan batu loncatan dari ting 6 jika anda tidak mendapat tempat di peringkat lepsan SPM di IPT. Anda boleh mencuba yang terbaik di peringkat STPM untuk menyambung ijazah perundangan. Malah IPTS juga ada menawarkan kursus perundangan dengan pembiayaan PTPTN dengan kelulusan STPM. Semoga berjaya

Salam..bagaimana nak buat permohonan untuk MAI?

Kalau saye ni kak , mcmne plak ye ? Ap bidang yang layak ? Bm-c, bi-c, math-c , sej-d, agama- b, l.kejuruteraan-e , fizik-e, kimia-g, addmath-g. :-)

Selamat pagi Cik Nurhaiza,

Bolehkah cik nasihat saya subjek yang wajib lulus untuk mendapat sijil SPM aliran Sains? Terima kasih.

Salam
Cikgu dimaklumkan bahawa permohonan ke MAI sama ada kamu melayari laman web atau ke ibu pejabat mereka

Kamu hanya mwepunyai 4 kredit dgn BM, BI , Math dan Agama. Walaupun 3 kredit tapi killer subjek BM BI dan Math anda kredit membolehkan anda mengambil kursus kemahiran tinggi atau pengurusan di IPT

Bagi mendapatkan sijil SPM aliran Sains anda perlu wajib lulus BM dan Sejarah. DAn jika anda masih berminat menyambung aliran sains peringkat STPM atau aliran sains selepas SPM subjek elektif sains mestilah memperolehi kredit atau minimum C.

Saya pelajar SPM 2013 tak tahu nak belajar pergi mana.
Spm saya dapat:
BM c
Mat D
SN B
BI E
GEO B
PDG D
PM A
PSV B
SEJ C
IBAN E

Assalamualaikum cikgu


Saya lpasan spm 2013 tapi sya ada gagal math kalau saya ingin melanjut pelajaran kolej komuniti adakah saya akan guna pointer tersebut untuk belajar ke diploma atau tidak ...masih guna kputusan spm atau tidak mohon pencerahan cikgu

Assallamualaikum..cikgu, saya merupakan calon SPM 2014..dan result subjek aliran sains saya..2D 2E..dan skrg saya pelajar stpm tahun akhir.Perlu kah saya ulang subjek tersebut..utk kelayakan masuk ke Universiti.walaupun saya dah ambil stpm?risau sebab saya hanya mendapat 5 kredit sahaja dalam spm..walaupun STPM saya nanti mungkin dpt 3 pointer ke atas, saya takut x dpt sambung pengajian..tolong saya cikgu

Kepada calon SPM 2013
Dari result anda yang mmeperolehi 6 kredit , cikgu dapati awak sukar meelanjutkan pelajaran krn dua killer subjek anda iaitu BI dan Math mendapat setakat lulus sahaja. Oleh itu anda boleh memohon ke kursus kemahiran seperti yang cikgu listkan di atas yang boleh mengambil murid gagal SPM atau lulus Math atau BI.

Bagi lulusan pelajar SPM yanag gagal Math pula, jika anda menyambung ke kolej kemahiran dan mendapat skm tahap 1 dan 2. Anda boleh menggunakan skm tahap 1 dan 2 itu untuk ke peringkat seterusnya. namun demikian terdapat pusat latihan yang masih lagi melihat kepada kelulusan dalam BM atau Math yang kredit diperingkat SPM untuk menawarkan tempat bagi menyambung pengajian tinggi. Ini bermakna anda boleh menyambung kemahiran tetapi berhati hati melihat tawaran peringkat tinggi yang menawarkan tempat selepas tamat kursus kemahiran di kolej komuniti. Sila lihat kelayakan minimum untuk pengambilan pelajar

Salam Mimi

Bagi murid lepasan STPM, result STPM akan dikira merit untuk kemasukan ke peringkat ijazah di universiti. Merit mata pelajaran elektif peringkat STPM yang akan dikira tanpa mengambilkira merit dari SPM anda yang terdahulu

Asalam cikgu,, kalau spm gagal,, layak ke msuk ikbn?

assalammualaikum kak...saya nak tanya jika saya mengambil 8 subjek dalam SPM iaitu 6 subjek teras dan 2 elektif(tasawwur islam,perdagangan) dan masa dapat keputusan,saya dapat result 6 b dan 2d....Boleh ke saya melanjutkan pelajaran ke universiti awam???D itu ialah math dan sains.....

Salam kak.sya adibah spm 2015 sy dapat 2A-(sejarah dan sains) 2B+ pai dan mod math B(bahasa melayu) C+(perdagangan) D(bi) G(add math) boleh ke sy memohon diploma pengurusan ladang di uitm.mohon penjelasan

Salam. Saya ada 6 credit spm tapi gagal dalam math. Adakah course di uitm yang tak memerlukan math untuk lulus? Saya sedang menunggu keputusan upu. Ada chance tak untuk masuk uitm?

Salam. Saya ada 6 credit spm tapi gagal dalam math. Adakah course di uitm yang tak memerlukan math untuk lulus? Saya sedang menunggu keputusan upu. Ada chance tak untuk masuk uitm?

Salam Amira

Jika gagal SPM, anda layak masuk IKBN peringkat sijil dan mempunyai sijil tamat tingkatan 5.

Salam
Jika mendapat Math dan Sains D agak sukar mendapatkan tempat di universiti awam kerana kelayakan Math adalah kredit. Cikgu sarankan agak anda melipat gandakan usaha anda agar Math mendapat sekurang-kurangnya kredit kerana Math adalah subjek yang dikira dalam pengiraan merit dan minimum kelulusan ialah kredit.

Salam Alina. kelulusan di universiti awam memerlukan kredit Math sebagai syarat minimum. Tambahan pula Matematik dikira dalam pengiraan merit. Cikgu berharap anda tidak menunggu dan menaruh harapan yg tinggi di UITM sahaja. Cubalah membuat rayuan di tempat -tempat yang cikgu listkan di blog ini yang boleh menerima murid gagal Math terutama dlaam bidang kemahiran

assalamualaikum, saya sebagai pelajar tahun 2 semester 3 di kolej vokasional klang, saya mendengar ada peluang cerah selepas habis di semester 4, boleh sambung ke IPTA/S, tapi malangnya saya lemah untuk mendapatkan kursus yang saya ambil untuk lanjutkan pelejaran ke situ. jurusan yang saya ambil ialah elektronik, sudah cari tapi susah untuk dapat yang betul2 elektronik. jadi saya minta pihak tuan atau puan dapat memberi pencerahan yang selanjutkan kepada saya agar saya dapat bersedia dari awal. saya ingin sangat melanjutkan pelajaran ke IPT luar.

Salam.
Lulusan kolej vokasional boleh melanjutkan pelajaran ke IPT berdasarkan kepada keputusan anda. Antaranya IKBN, Kolej MARA , ILP yang menawarkan kursus peringkat diploma. Anda berpeluang melanjutkan pelajaran selepas diploma ke peringkat yang lebih tinggi di universiti teknikal. Anda perlu memastikan subjek BI, Math, BM dan SEjarah mendapat kredit untuk mendapat prospek tawaran yang lebih baik disamping kursus yang anda ceburi sekarang juga mendapat gred yang baik iaitu minimum C

Assalammualaikum cikgu.. sy ambil 10 subjek.. math sy E tapi 8 lg subjek semua kredit.. dan pendidikan islam A-.. sy layak ke dapat upu ?

Salam nur syuhada,

Killer subjek anda ialah Math dengan mendapat lulus bawah iaitu E. Matematik antara mata pelajaran wajib untuk pengiraan merit. Kamu tidak menyatakan kursus apakah yang anda mohondalam sussunan permohonan UPU. Majoriti kursus di universiti memerlukan Matematik minimum kredit. Kelayakan anda bergantung kepada kursus yang anda mohon tidak meletakkan syarat Math kredit.

Assalam cikgu ,,nak tanya sijil kolej komuniti ni tahap berapa ? Dan?apa maksud ni cikgu? (sijil yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya ) terima kasih cikgu

assalamualaikum cikgu,,saya mendapat 1A dlm sejarah,2A- dlm pendidikan agama dan matematik,B dlm bahasa melayu dan inggeris,1b+ dlm fizik,c+ dlm bio,c dlm kimia dan E dlm matematik tambahan..adakah saya berpeluang utk melanjutkan pelajaran ke UITM??

Repeat paper july kertas bi tuw dgn bayaran...

assalamualaikum..sy puan atikah drpd kampus kerjasama uitm dan utm..dan pihak kami juga merupakan pusat pendidikan berterusan universiti malaya umcced.edu.my jika nk semak.jika berminat untuk sambung bljr wlaupun result spm kurang cemerlang,blh hubungi sy. 0136994432

Assalam kak, sy hanya ada sijil PMR (7A,1B). Namun, sy tidak sempat mengambil spm kerana saya sakit teruk. Kini sy brumur 19 thn. Ape yg patut sy buat selain repeat belajar SPM. Mohon pencerahan.. Sy sngat buntu skg ni 😭

Jessica Wilson,
Majoriti Kolej komuniti menyediakan sijil tahap 1 dan 2. sijil yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya bermaksud jika ingin melanjutkan pelajaran maka minimum kelulusan untuk melanjutkan pelajaran mengambil kira sijil di tahap asas. Contohnya jika ingin mengambil diploma tahap 3 , maka penuntut perlu memiliki sijil yang berkaitan dengan kursus tersebut iaitu sijil tahap 1 dan 2 dari agensi yang diiktiraf oleh MOE

Salam Nazmi
Darikelayakn anda, subjek penting mempunyai kredit hanya matematik tambahan sahaja yang sekadar lulus.Insha Allah anda layak untuk ke UITM jika anda memilih kursus yang betul dengan pakej subjek yang anda perolehi dalam SPM. Ini bermakna kursus yang mengkehendaki subjek -subjek cemerlang tertentu bagi melayakkan syarat minimum sesuatu program

Ye Zack
Repeat paper BI dengan bayaran selaku calon persendirian.

Salam Hety,
Terima kasih atas info anda

Memandangkan result PMR anda agak baik, cikgu sarankan anda mengambil SPM sebagai calon persendirian. Jika anda tidak mengambil SPM< maka kursus kemahiran sahaja yang layak untu anda jika anda berminat. Anda boleh mengambil tuisyen di luar dan belajar seperti di sekolah tetapi anda di pusat tuisyen dan tidak perlu ke sekolah formal.

Salam..nk tny..kalu umur 26 layak lgi tak ambil sijil di ILP?spm sy smua kredit kecuali math,dpt lulus ja..huu

SALAM CIKGU saya nak tanye kalau ada 2 creadit saje dan lain2 lulus dan lulus atas tetapi saya nak sambung belajar ke kolej ,syarat kolej tersebut mahu mana2 mata pelajaran 3 creadit boleh ka saya buat rayuan untuk masok ke kolej tersebut ? harap cik gu balas . Terima kasih

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 667   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel