4 April 2015

Intervensi Kes Histeria Di Sekolah



Berikut merupakan panduan pengurusan histeria di sekolah jika berlaku.

 klik di sini: Panduan Pengurusan Histeria Di Sekolah

Sekolah berlaku lagi kes histeria pada hari Jumaat lepas. Kali ini betul betul di hadapan saya sewaktu semua guru lelaki Islam telah balik dan menunaikan solat Jumaat. Pelajar terkena susulan kawannya juga terkena sewaktu tengah hari. Namun kawannya telah balik ke rumah dan pelajar yang dalam perjalanan balik ke rumah juga tetiba pengsan di hadapan sekolah, sebaik sahaja di papah ke pejabat pelajar tersebut terus berubah. Memang kebetulan sekali, Rozi baru sahaja datang ke sekolah  dan membawa pelajar tersebut dari pagar ke pejabat menaiki keretanya. Kebetulan saya berada di pejabat menguruskan raptai minggu HEM minggu hadapan. Menggunakan pengetahuan yang dipelajari sewaktu berkursus pengurusan histeria peringkat JPWPKL tahun lepas, saya cuba mengaplikasikannya. Terus terang saya katakan sebelum ini, saya sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat jika pelajar yang terkena histeria berlaku di sekolah. Tetapi dengan adanya kursus yang telah dihadiri, sekurang-kurangnya saya tahu apa yang saya perlu lakukan. Boleh check entri post di blog saya sebelum ini bertajuk klik di sini : Aplikasi Psikologi Dan Kaunseling Dalam Menangani Histeria

Setelah dapat mengawal pelajar tersebut, saya meminta bantuan pelajar lain untuk membawa pelajar yang masih dalam keadaan lemah itu ke bilik kaunseling. Tidak sampai 20 minit, guru kaunseling sesi petang yang baru sahaja datang ke sekolah pula iaitu Cikgu Raudzah memapah seorang lagi kawan kepada pelajar pertama  yang histeria tadi ke bilik kaunseling. Pengalaman pertama saya mengendalikan kes ini tanpa bantuan sesiapa yang biasa atau ustaz sekali pun. saya hanya yakin dan cuba mengaplikasikan ilmu kepada kedua -dua pelajar ini. Mujur Rozi dan Raudzah kebetulan sudah sampai di sekolah. Jadi kami bertiga cuba agar pelajar tidak bersikap agresif menggunakan ilmu kursus yang dipelajari. Bagi saya sekurang-kurangnya ia berkesan untuk menenangkan pelajar tersebut sehingga ibu bapa pelajar tersebut datang dan mengambil pelajar. Ini kerana dalam kekalutan, geng ustazah perlu mengawal salah seorang ustazah di surau sekolah kerana ustazah tersebut sudah mula terkena histeria sewaktu melihat pelajar pertama yang terkena serangan histeria.Oleh sebab itu pelajar dikawal oleh guru kaunseling. Saya tidak sempat untuk melihat keadaan ustazah di surau memandangkan kudrat yang ada untuk mengawal situasi dua pelajar tadi pun dah memang melelahkan dan kami tidak boleh meninggalkan pelajar tersebut. Akhirnya geng ustazah mula memanggil bantuan ustaz dari masjid berhampiran setelah habis solat Jumaat untuk memulihkan ustazah tadi. 



1.1         SEMASA HISTERIA  BERLAKU

1.1.1   Peranan Pentadbir/Guru

a.     Guru berada dalam keadaan tenang.
b.     Guru berperanan menenang dan memulihkan mangsa histeria
c.     Mengasingkan mangsa kes histeria di  tempat yang khas (Tidak dicampurkan dengan murid yang sihat)
d.     Berhubung dengan pihak luar seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba dan Pertahanan awam (mengikut keperluan)
e.     Berhubung/ maklumkan kepada ibu bapa yang terlibat.

1.1.2      Peranan Murid

a.     Murid berada dalam keadaan tenang
b.     Asingkan murid yang sihat dengan murid yang mengalami histeria.
c.     Asingkan murid yang baru mengalami tanda-tanda stress dengan murid yang kuat histeria.
d.     Tidak berkumpul atau menyaksikan mangsa yang sedang di rawat histeria.
e.     Murid dibenarkan mendapatkan rawatan atau bercuti dalam jangka masa yag pendek.
f.      Murid digalakkan datang segera semula belajar seperti biasa selepas pulih.


1.1.3      Peranan Ibu Bapa

a.     Ibu bapa berada dalam keadaan tenang
b.     Beri peluang Guru/Perawat memulih dan menenangkan murid yang mengalami histeria
c.     Bawa balik anak ke rumah atau bercuti dalam jangka masa yang pendek (Jika Perlu).
d.     Bimbing anak-anak supaya sentiasa berada dalam keadaan tenang dan tidak stres.
e.     Segera menghantar anak belajar semula ke sekolah setelah pulih dari kes histeria.


1.1.4     Peranan Agensi

Penglibatan agensi lain seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba, Pertahanan Awam.
a.     Menyenaraikan talian perhubungan yang mudah dihubungi
b.     Agensi segera memberikan bantuan kepakaran bagi membantu mangsa kes histeria.
c.     Psikitri (Klinik Kesihatan) memberikan bantuan psikologi
d.     Polis, Bomba dan Pertahanan awam memberikan bantuan penyelamat dan keselamatan (mengikut keperluan)

1.1.5     Peranan Rawatan Alternatif

Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan juga boleh dilaksanakan supaya mangsa kembali sihat.

1.2           SELEPAS HISTERIA BERLAKU

1.2.1     Merujuk murid yang terlibat kepada Guru Kaunseling bagi melaksanakan program  intervensi
1.2.2     Bagi kes yang kritikal, rujuk murid kepada psikitri sebagai sesi pemulihan
1.2.3     Menyediakan laporan (Bagi kes yang ramai, laporkan kepada PPD dan JPN dengan mematuhi SOP 1:3:7)




Gerhana bulan penuh
Solat sunat gerhana bulan



 

Telegram Channel