23 March 2020

e-psikometrik Inventori Kematangan Kerjaya: Perancangan Intervensi



Assalammualaikum semua
SEmoga semua sihat setakat kawalan stay at home ini masih berlangsung. Hari keenam iaitu hari yang sepatutnya cuti sekolah sudah berakhir. emoga kita bersama-sama mendoakan agar wabak COVID ini berlalu pergi.



Terima kasih kepada epsikometrik yang telah kami gunakan hampir 5 tahun. Dari 2016-2017 pengunaan 100 peratus komputer di sekolah , 2018 penggunaan 95% komputer dan 5% penggunaan android pada telefon bimbit , 2019 penggunaan 70% komputer dan 30% telefon bimbit dan pada tahun ini kami memaksimumkan penggunaan telefon bimbit dengan 70% manakala 30% menggunakan komputer di sekolah. Murid dimaklumkan terlebih dahulu untuk membawa telefon bimbit ke sekolah secara berjadual mengikut giliran kelas.

Sudah dua hari saya meminta murid murid menjawab psikometrik ting 5 melalui hebahan dalam group whatsapp guru guru kelas. Alhamdulillah 165 murid tingkatan 5 sudah memberikan maklum balas dan menunggu lagi 40 orang sahaja yg belum memberi respon.

Sekurang-kurangnya saya sudah dapat membuat analisa dan merangka intervensi IKK ini untuk dijalankan sebaik sahaja sekolah dibuka.

Keputusan psikometrik IKK untuk tingkatan 5 mengikut peratus tahun ini ialah seperti berikut:




TING
DOMAIN SIKAP
DOMAIN KECEKAPAN
IKK

R
S
T
R
S
T
R
S
T
5 ALPHA

41.6
58.4

66.7
33.3

62.5
37.5
5 BETA

50
50

75
25

62.5
37.5
5 GAMMA

42.8
57.2

57.2
42.8

42.8
57.2
5 AL FARABI
22.7
54.6
22.7
3.1
53.1
43.8
9.3
68.8
21.9
5 ALKHAWARIZMI
8.7
56.5
34.8

56.5
43.5
4.3
69.6
26.1
5 AL BIRUNI
20
55
25

45
55

75
25
5 AR RAZI
21
33
46
26
50
34
4.2
70.8
25
5 IBNU SINA

50
50

57
43

78.5
21.5
5 IBNU RUSYD
25

75
25
75


100


Rangka Intervensi Untuk Ting 5 2020 ialah
1) Sesi kaunseling individu : 9 orang murid yang mendapat IKK rendah
2) Bimbingan intervensi kelas kepada 5 Al Farabi, 5 Ar Razi dan 5 Ibnu Rusyd
3) Bimbingan kelompok untuk murid kelas 5 Al Biruni yang mendapat skor rendah untuk domain sikap.

Apa yang saya akan buat dengan kelas kelas ini? Saya akan kongsikan sewaktu sesi intervensi dijalankan di sekolah langkah demi langkah.



Dibawah ini sebagai rujukan perincian domain dan untuk guru kaunseling memilih intervensi berdasarkan skor yang terendah yang boleh disemak dalam keputusan setiap murid.


PENERANGAN INVENTORI KEMATANGAN KERJAYA (IKK)


DOMAIN SIKAP
BIL
SUBDOMAIN
KETERANGAN
1
Ketentuan dalam membuat keputusan kerjaya
Individu berkemampuan untuk menetapkan pilihan kerjaya yang dikehendaki tanpa keraguan.
2
Penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya
Individu melibatkan diri dalam aktiviti pemilihan kerjaya seperti membuat pembacaan, penerokaan, kajian berkaitan bidang kerjaya dan tokoh-tokoh kerjaya.
3
Kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya
Individu membuat pemilihan kerjaya sendiri tanpa dipengaruhi oleh persekitaran. Contohnya pengaruh ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan sebaya atau orang dewasa yang signifikan.
4
Orientasi dalam membuat keputusan kerjaya
Individu jelas dengan kecenderungan minat kerjaya dalam membuat pemilihan kerjaya seperti hala tuju, penyediaan perancangan, mengkaji kekuatan dan kelemahan dan membuat strategi.
5
Kompromi dalam membuat keputusan kerjaya
Individu boleh bertolak ansur dalam membuat pemilihan kerjaya dari aspek kehendak kelayakan akedemik, peluang dan prospek kerjaya.


DOMAIN KECEKAPAN
BIL
SUBDOMAIN
KETERANGAN
1
Mengenal Diri Sendiri
Individu berupaya membuat keputusan kerjaya berdasarkan kelebihan diri, kebolehan dan minat kerjaya.
2
Maklumat Pekerjaan
Individu yang mengetahui tentang maklumat pra pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya.
3
Pemilihan Matlamat/ Pekerjaan
Individu mampu membuat keputusan kerjaya berdasarkan latar belakang pendidikan, minat, kebolehan dan pengalaman.
4
Rancangan Kerjaya
Individu mampu merancang kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan. Merancang dan menentukan halatuju kerjaya seperti persediaan pendidikan, kemahiran yang diperlukan dalam bidang kerjaya.
5
Penyelesaian Masalah Kerjaya
Individu mampu menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya. Persediaan kendiri seperti surat menyurat, resume, temuduga, latihan dan lain-lain.


INTERPRETASI SKOR :
SKOR PERATUSAN
INTERPRETASI SKOR
PENERANGAN
75% -100%
TINGGI
Murid mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid melibatkan diri secara aktif dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada maklumat yang diperoleh, murid merancang kerjaya dan bersedia berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.
50% - 74%
SEDERHANA
Murid mempunyai keyakinan diri yang sederhana dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid kurang aktif melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada maklumat kerjaya yang sedikit, murid kurang keyakinan merancang kerjaya dan kurang bersedia berhadapan risiko serta mempunyai konflik dalam membuat keputusan kerjaya.
0% - 49%
RENDAH
Murid tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid tidak melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Murid tidak mempunyai maklumat kerjaya, tidak mampu murid merancang kerjaya dan akan berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.



#COVID 19 
#stay at home

4 comments

Salam, mcmmana nak dapat e psikometrik IKK ni, mohon tunjuk ajar. Tq 😍❤️

Waalaikummussalam

e psikometrik merupakan sistem dalam eklien kami hasil inovasi team UBK SMK Cheras yg menang johan amalan terbaik kaunseling tahun 2016 peringkat kebangsaan. pembina utama haed ware sistem ini ialah Cikgu padali yang telah bertukar ke KpM . Namun dia mengambil upah untuk kos membina sistem ini untuk sekolah sekolah. Boleh hubungi maklumat di bawah

Maklumat lanjut boleh dapat melalui:
*Blog: dekssystem.blogspot.my*
*FB: Sistem Dashboard e-Kaunselor Sekolah - Deks System*
*whatsapp - www.wasap.my/60123749081*

Tahniah untuk pembinaan e-psikometrik ini.
Bagaimana saya boleh menggunakan kemudahan ini?

Tahniah untuk pembinaan e-psikometrik ini.
Bagaimana saya boleh menggunakan kemudahan ini?

 

Telegram Channel