Total Pageviews

31 December 2020

Coretan Emosi Tahun 2020

 


Perkara paling menceriakan hari saya :)

Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2020. Sewaktu COVID-19 mula membayangkan perubahan besar dalam sistem persekolahan, saya sudah terdetik untuk sukar melibatkan diri dengan aktivti kokurikulum bagi kemenjadian murid. Namun sangkaan itu meleset bahkan sewaktu Simposium HEM peringkat Kuala Lumpur saya sendiri sukar mempercayai bahawa kami memenangi  10 kemenangan peringkat KL dan peringkat kebangsaan ada satu untuk tempat ke 6 pertandingan video kreatif ppda.

Memenagi pingat emas peringkat kebangsaan untuk inovasi kategori murid.

Antara kejayaan yang dicapai ialah
1) Johan pertandingan video kreatif Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
2) Naib Johan pertandingan video kreatif Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
3) Johan pertandingan komik bergambar Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
4) Tempat ketiga pertandingan pidato Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL
5) IKON  SLAD 
6) Naib Johan pertandingan video kreatif Sahsiah Dan Kerjaya Murid  peringkat KL
7) Naib Johan pertandingan Insprasi Motivasi  Sahsiah Dan Kerjaya Murid  peringkat KL
8) Ikon Guru Bimbingan Dan Kaunseling KL
9) penarafan lima bintang pembimbing rakan sebaya peringkat KL


Kebangsaan
1) Anugerah pingat emas peringkat kebangsaan inovasi pembangunan karaktor dan sahsiah murid.
2) Tempat keenam video kreatif Transformasi Minda pendidikan pencegahan dadah peringkat KL


Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan

Saya sering mengimpikan bengkel atau slot yang konsisten yang dikendalikan oleh saya sebagai moderator atau pengajar dengan kebebasan yang ditentukan oleh saya sendiri untuk coaching guru -guru bimbingan dan kaunseling. Oleh kerana saya mempunyai blog dan sering dijemput sebagai jurulatih utama Bahagian pengurusan Sekolah Harian untuk bimbingan kepada guru -guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia...saya merasakan saya perlu membuat bengkel yang lebih kerap dengan lebih ramai penglibatan untuk menyebarkan kemahiran saya. 

Saya teruja kerana impian menjadi kenyataan pada tahun ini. Sebaik sahaja saya mendapat pengiktirafan sebagai Ikon Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang KL, saya rasa sudah tiba masa yang sesuai saya annouce komitmen saya seterusnya dengan slot Inspirasi MGKKL  secara google meet. platfoem untuk saya berkongsi kemahiran saya dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling serta kemahiran yang diperlukan . Sama ada dari saya atau jemputan panel lain. Maka muncul slot ini setiap minggu . Saya bertuah mendapat kerjasama yang baik dengan Hazim selaku IKon Guru Bimbingan Kaunseling Cemerlang sekolah rendah untuk bergandingan menyebarkan ilmu yang bermanfaat. 

pengiktiran bagi saya....bukan satu ganjaran bahkan ia satu tanggungjawab untuk memberi lebih lagi jika setiap kali saya mendapat pengiktirafan. 

Saya juga membuat inisiatif CETUSAN MGKKL iaitu satu platform perkongsian guru bimbingan dan kaunseling kepada murid -murid sekolah sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis melalui platform facebook MGKKL secara live. Alhamdulillah saya mendapat bantuan yang baik dari persatuan Motivator Malaysia melalui kerjasama dengan Tuan Badli OHsem yang merupakan ahli bagi persatuan tersebut. Saya menetapkan hanya ada penglibatan perkongsian dari guru bimbingan dan kaunseling KL sahaja walaupun sebagai moderator untuk muncul dalam live ini.



Perkara yg membuatkan saya gundah gulana

Kesihatan saya sepanjang perintah kawalan pergerakan  COVID -19 sewaktu Mac - Jun. Mata makin merosot penglihatan menyebabkan saya perlu memakai cermin mata kerana terlalu optimum penggunan gajet dan laptop sepanjang bekerja di rumah. Mungkin faktor umur juga huhu

Minggu terakhir 2020 saya jatuh sakit...mulalah fikir yang negatif sahaja ...dengan pembedahan kecemasan pada 30hb dan sambutan tahun baru dari wad hospital . 



Perkara yg membuatkan saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)

Mendapat surat pengesahan  gred DG52 Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling. Sebelum ini setahun saya memangku jawatan itu, Alhamdulillah . Boss pula menyampaikan sijil penghargaan secara rasmi di perhimpunan.




Perkara yg membuatkan saya kecewa

pertandingan inovasi murid yang sevatutnya dijalankan di Miri, Sarawak pada bulan April ditangguhkan hampir dua kali . Tiket flight juga asyik diubah sehingga penganjur menetapkan pertandingan dalam talian. Seat untuk 10 flight Air Asia telah ditempah susahhhhhhnya nak dapat cash back tapi dioffer untuk pertukaran mata merit sahaja. Maka saya asyik bertukar tukar date flight hingga 6 kali rasanya memandangkan sayangnya nak burn begitu sahaja. At last pada bulan Oktober surrunder bagitau murid untuk burn tket sehala tersebut dan redaha sahajalah. pingat emas dalam genggaman sebagai ganjaran. Mujurlah baru beli tiket pergi. Namun terkilan juga kerana tidak dapat ke Miri Sarawak. Dengan keadaan yang tidak menentu sekrang mujur juga ibu bapa dan murid redha juga.



Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:
Alhamdulillah yang baik baik sahaja tahun ini


Perkara yg membuatkan saya teruja dengan pengalaman baru:
Segala -galanya pantas belajar dan mengejar..cara buat google Classroom seawal perintah kawalan pergerakan 1 dan mengajar barisan pentadbir terlebih dahulu sebelum coaching guru -guru. Belajar streamyard dari barisan guru cemerlang MGC KL . Belajar google meet dan banyak buat slaid untuk mengajar dalam google meet. Belajar rakaman di televisyen, rakaman untuk live youtube dan live facebook. Dari pemalu masa perintah kawalan pergerakan 1 sebab saya suka menulis bukan bercakap terus sekarang ini asalkan ada masa yang boleh fit saya terima maklumlah duduk di rumah tetapi selagi kita boleh menyebarkan kebaikan dan ada masa yang boleh dikongsikan ia membuatkan saya rasa bahagia dan gembira.



Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
Mendapat pengiktirafan IKON Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang peringkat KL dan seterusnya dicalonkan ke peringkat kebangsaan. hanya kebangsaan sahaja belum mengumumkan keputusan untuk tahun 2020.


Selamat datang 2021
percutian atas Katil hospital ;)


17 December 2020

Kriteria Pemilihan Pakej STEM Ke Ting 4 /2021

 


Hari ini saya nak kongsikan mengenai format pemilihan aliran ke tingkatan 4 tahun 2021. Maklumlah tiada pt3 , maka cadangan ada yang mengambil peperiksaan akhir tahun ting 2 sebagai ukuran dan ada yang mencadangkan gabungan dengan peperiksaan akhir tahun ting 2, dan ujian -ujian yang diadakan sewaktu di tingkatan 3 . 

Jadi mari kita tengok satu satu terutama pemilihan aliran ke pakej STEM A dan STEM B .


Antara Cadangan oleh PPD Bangsar Pudu WPKL sewaktu taklimat. Refer pada skrin di atas. Terutama pemarkahan untuk peperiksaan atau ujian. 


Kriteria pertimbangan professional untuk murid layak atau tidak ke STEM A atau B



 SKOR PENILAIAN BILIK DARJAH (PBD)  
PBD (Penilaian Bilik Darjah) memberi autonomi kpd guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. Ia membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. 
Band 6 paling terbaik kerana murid mampu menzahirkan idea yg kreatif dan inovatif, berupaya membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yg sesuai dan bertatasusila.  Oleh itu  minimum band 4 diperlukan untuk Sains ,Math, ASK atau RBT kemasukan ke pakej STEM bagi mata pelajaran Sains Tulen dan Matematik Tambahan serta Sains Gunaan Dan Teknologi.





TRAIT PSIKOMETRIK MINAT KERJAYA

Trait Investigatif adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang diperolehi untuk psikometrik. Anda perlu mempunyai trait investigatif dalam 3 kod Holland : Cth:  IAS, RIA, SAI

Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Keputusan Psikometrik
Trait R realistik adalah terbaik dalam kod 3 Mata Holland Inventori Minat Kerjaya kerana suka bekerja dengan persekitaran mesin atau benda.
Realistik : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.  
 

Inventori Kecekapan Pelbagai 

Skor pada setiap kotak yang mewakili konstruk tertentu membawa maksud konstruk tersebut adalah tinggi untuk 75% hingga 100% , sederhana 50% hingga 74% , dan rendah iaitu 0 hingga 49%.

Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:

Logik Matematik

Suka bekerja dengan nombor, menganalisis situasi,hendak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi,menunjukkan ketepatan dalam menyelesaikan masalah, bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian yang tepat


Boleh rujuk link entri blog saya tahun lepas mengenai pemilihan pakej. cabaran dan kekuatan setiapakej. Klik link di bawah

Tq Kelab Guru  2020 souvenier end year                                                                                                                                   1)beg cantik ada tulisan Nurhaiza Che Mat                                                                                                2) Kek coklat dan cookies yang delicious                                                                                                    3) 2 tupperware pink  buat bekal tahun 2021 uhuk..uhuk                                              





9 December 2020

Templete Perancangan Strategik Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                               

Hari ini macam marathon dari pukul 9 mesyuarat guru, then left kejap pukul 9.45 masuk studio youtube komitmen dengan PPW Bangsar Pudu slot motivasi secara live, then masuk balik mesyuarat guru, then left kejap masuk slot live sahsiah disiplin 10 minit, then masuk balik mesyuarat guru then left balik untuk handle bengkel hari ini. Mulai esok komitmen saya ke sekolah dari pagi hingga petang sehingga tutup sekolah 17hb nanti. Makanya hari ni je saya boleh selit untuk ajar guru guru kaunseling WPKL topik ni. Gigih pula Zainab bantu merekod untuk guru guru kaunseling lain yang tak dapat join. Hmmm rakaman google meet saya tak share public di sini tapi jika ada sesiapa yang ingin belajar secara tutorial tu boleh send email anda . In sha Allah saya boleh sent kan.

Templete tak mengapa kongsi secara public

Klik link di bawah untuk templete perancangan strategik 2021

https://drive.google.com/file/d/1_IkYKhpcqKD_NxW9wsbCCqDUvVWw0uJp/view?usp=sharing



Klik link ini untuk post mortem perancangan startegik 2020

https://drive.google.com/file/d/1rV64FAl2YQZa1Erwv_G7f01oDfjmeyuB/view?usp=sharing


Orait bukti kehadiran hari ini cecah 100. Terima kasih dan tahniah semua kerana komitmen anda.



Happy birthday adik                                                                                                                                    Semoga murah rezekimu                                                                                                                   Semoga ceria sentiasa











8 December 2020

Taklimat Pemilihan Aliran Ke Tingkatan 4

 

                                    


Hari ini full house buat taklimat kemasukan murid ke tingkatan 4 tahun hadapan. 100 murid dah masuk sampai saya minta semua PRS keluar untuk bagi laluan kepada pengetua saya masuk memberikan kata kata aluan. Maklumlah hari ini bertembung dua taklimat. 

Makanya buat dua siri satu dengan kehadiran 100 orang dan siri ke2 pada pukul 11.00 pagi dengan 45 kehadiran. hampir 85% murid tingkatan 3 yang menghadiri taklimat ini. 

Strategi saya 

1) menyampaikan taklimat mengenai setiap subjek elektif yang ditawarkan di sekolah

2) peluang pekerjaan yang sesuai dengan kursus elektif tersebut

3) potensi setiap subjek 

4) menebarkan google form untuk murid melengkapkan permohonan

5) penyelaras tingkatan 4 akan tallykan PBD dengan keputusan psikometrik dari kami

6) Awal Januari akan dikeluarkan penempatan murid ke aliran ting 4

Tebar google link lepas taklimat terus dapat result mcm ni..hihi ok gak. Kalau sebelum ni guna kertas kene belek satu satu


Saya share sebahagian slaid saya :)

Welcome our new PK HEM                                                                                                                       Sireh pulang ke ganggang





















7 December 2020

skpmg2 Ogos-Nov :Cara menulis eviden Kelab Kerjaya

 



Mesyuarat mengenai serahan bahan eviden hari ini . Taklimat dari penyelaras skpmg2 . Maka marilah kita check satu satu Kelab Kerjaya. pencapaian tertinggi kami ialah johan pertandingan komik bercerita pendidikan pencegahan dadah peringkat KL. Saya share gambar mereka :) 

Ok saya share eviden saya untuk skpmg2 tahun ini. Skor 4 lagi 





Evidens

Merancang aktiviti

1.  Fail pengurusan Kelab Kerjaya Tahun 2020

2.  Pelan Strategik Kelab Kerjaya Tahun 2019-2021

3.  Jadual 2 dan Jadual 3 Kelab Kerjaya Tahun 2020


Melaksanakan

1.  Laporan Pertandingan Transformasi Minda Secara Dalam Talian 2020

2.  Laporan Perjumpaan Kelab Kerjaya 2020

3.  Video –video pertandingan Video Kreatif Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL dan Kebangsaan

4.  Video Kreatif Sahsiah Murid dan Video Inspirasi Motivasi Murid Pertandingan Sahsiah Dan Kerjaya Murid Peringkat JPWPKL Dan Kebangsaan

5.  Poster pertandingan reka bentuk Tshirt PPDa peringkat JPWPKL dan kebangsaan

6.  Video pidato pertandingan Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL dan kebangsaan

7.  Bahan pertandingan Komik Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL dan kebangsaan


Merekod data dan maklumat

1)  Senarai nama ahli kelab kerjaya tahun 2020

2)  Senarai kehadiran ahli kelab kerjaya tahun 2020

3)  Senarai nama pemenang pertandingan Kaunseling Kerjaya peringkat PPW Pudu

4)  Senarai nama pemenang pertandingan Transformasi Minda PPDa peringkat JPWPKL

5)  Senarai nama pemenang pertandingan Kerjaya murid peringkat JPWPKL 

6)  Senarai nama penyertaan murid pertandingan Sahsiah Dan Kerjaya Murid peringkat kebangsaan

7)  Senarai nama peserta pertandingan Transformasi Minda PPDa peringkat kebangsaan


Menganalisa data

1)  Analisis kehadiran murid untuk kelab Kerjaya tahun 2020

2)  Analisis penglibatan murid Kelab Kerjaya tahun 2020

3)  Analisis pencapaian murid Kelab Kerjaya tahun 2020

4)  Laporan Tahunan Kelab Kerjaya tahun 2020


Mengambil tindakan susulan


1)  Laporan Post Mortem Perancangan Strategik Kelab Kerjaya 2020

2)  Sijil penghargaan pencapaian murid dalam Kelab Kerjaya di peringkat negeri

3)  Key in dalam amalan baik murid SSDM penyertaan murid dalam pertandingan



Continuous small treat.....live your life



6 December 2020

Perancangan Strategik Kelab Kerjaya 2021

                                 


Saya share perancangan strategik kelab kerjaya sekolah saya. kehadiran di tahap terbaik sejak 2019 apabila aktiviti kokurikulum diadakan di sebelah pagi dan murid memang datang ke sekolah pada hari persekolahan maka settle masalah kehadiran sejak tahun sebelum 2019. Bolehlah capai 90 peratus ke atas.

Penglibatan murid juga ditahap terbaik sebab maklumlah 90 peratus ahli adalah murid PRS juga maka aktiviti pertandingan luar memang ligat dijalankan walaupun dalam pkp tahun ini. 

Penutup tahun 2020 yang masih lagi berpihak kpd Kelab Kerjaya dengan pencapaian di tahap kebangsaan, negeri dan daerah yang cemerlang :)








Rebut peluang dahulu, komited melakukannya 
Kejayaan akan menyusul....
Dalam bentuk kepuasan krn penglibatan kemenjadian murid-murid yang diamanahkan
Dan bonus kejayaan berganda .....
 jika anugerah pingat milikmu. :) 

Maka rebutlah peluang selagi anda berpeluang !

5 December 2020

Bengkel Pengenalan Forensic Art Therapy: Investigation And Intervention

 


Sabtu yang menyenangkan..

Saya mendaftar untuk bengkel ini untuk mempelajari ilmu dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam sesi menolong saya di sekolah. 

Pensyarah ini Dr Azizah sejak dari tahun lepas sewaktu KL menjadi tuan rumah untuk Simposium tahun 2019 saya didedahkan dengan kemahiran menolong menggunakan art terapi dan play terapi. Jadi bila ada modul ini dikongsikan, saya terus mendaftar. 

Hasilnya saya mempelajari tentang sesuatu kaedah yang akan saya gunakan dalam sesi saya yang seterusnya nanti. 
In sha Allah saya akan follow rapat rapat modul seterusnya sepanjang tahun hadapan. Jom kawan kawan kita join bengkel ini. 

Pengalaman saya sendiri dengan aktiviti pertama nampak simple seperti melukis gambar pokok . Kami diminta melukis apa yang terlintas mengenai pokok. 
tangan saya spontan melukis gambar pokok paku pakis bawah pokok mangga kat luar pagar rumah saya. Tak pasti kenapa saya melukisnya tapi saya rasa nyaman sewaktu melukis sebab pokok tu menggambarkan survival yang tinggi takyah siram takyah jaga hidup je menghijau subur lak tu..ahaks

Kami diajar bagaimana memproses gambar tersebut dengan soalan soalan yang membina 

Aktiviti kedua tentang melukis jalan . Hmmmm waktu saya melukis saya rasa sebak pula saya melukis gambar jalan raya di tengah tengah antara sawah padi sebab ia menggambarkan kawasan belakang rumah ibu bapa saya. Ya.....saya dah rindu tahap maksima untuk balik kampung. Sabarlah wahai hati

Dari gambar -gambar kami diajar bagaimana memproses soalan soalan untuk ditanya kepada klien. Lukisan menggambarkan life experience.

Soalan memproses
antaranya what you want to do differently to changes or delete...why
what you can repair and changes about your life
what your road map to shift direction of your life
what you see differently now
your new division

Terima kasih semua

PKPB dilanjutkan 20hb
Rentas negeri dibenarkan...






4 December 2020

Sesi Motivasi Tuisyen Online Percuma Minggu ke3 Bangsar Pudu

 Saya nak share sesi motivasi dari geng guru kaunseling Bangsar Pudu sebelum memulakan sesi pembelajaran untuk minggu ini . Minggu ini slot saya bermula dahulu Tangani Stres Dalam 3 minit :)



Boleh klik link youtube sesi motivasi saya bertajuk Menangani Stres Dalam 3 minit sebelum Cikgu Norhayati mengajar Sejarah SPM 

Klik link berikut https://www.youtube.com/watch?v=NrC9Tq5lf2U&t=231s



Boleh klik link youtube di bawah untuk sesi motivasi dari Cikgu Tew bertajuk Move Out From Comfort Zone sebelum Cikgu Kwan mengajar Biologi

   Klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=SPRJpCkN25s&t=765s




Boleh klik link youtube di bawah untuk sesi motivasi dari Cikgu Aisyah dari SM Teknik KL  bertajuk Mencapai Matlamat  sebelum Cikgu Nurul  mengajar Bahasa Inggeris







Boleh klik link youtube di bawah untuk sesi taklimat dari Cikgu Asmaliza dari Kolej Ting 6 Pudu Jaya sebelum Cikgu Shahrul  mengajar Prinsip Akaun








Boleh klik link youtube di bawah untuk sesi motivasi dari Cikgu Rasean bertajuk Yakin Boleh  sebelum Cikgu Nalini mengajar BM


Klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=ml20aUDhgCk&t=332s


Keberkatan Jumaat 
Banyak kebahagiaan dalam memberi daripada menerima.

2 December 2020

e-rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling : Soalan lazim


Minggu lepas penataran dengan JU Kebangsaan iaitu Aisyah dari Johor untuk belajar tentang sistem erekod perkhidmatan kaunseling. Isnin lepas bersama -sama JU Negeri pula buat simulasi untuk sistem ini agar dapat ditaklimatkan secara lancar kepada daerah masing masing.

Selaku Timbalan pengerusi MGKKL maka saya kena masuk mendengar semua taklimat dari kebangsaan ke negeri, dari negeri ke daerah huhu maka fahamlah apa yang boleh dilakukan dengan sistem ini. Oleh kerana saya juga emnggunakan sistem erekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling , maka cepat hadam klik sana sini. Cuma sistem erekod yang diperkenalkan oleh Johor ini lagi advance merangkumi semua wrap sekali dengan dua sistem yang saya gunakan iaitu edashboard kaunselor sekolah, epsikometrik dan erekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

saya susun di sini soalan soalan lazim untuk saya check balik .

Namun selepas saya run program ini selama dua minngu iaitu tarikh edit terkini 31 Jan 2021 saya alter beberapa perkara yang lebih sesuai. 


Soalan-soalan lazim

1. Adakah Buku Rekod lama tidak lagi digunakan selepas sistem ini digunakan?
* tidak perlu beli buku rekod selepas ini. Sistem ini akan dikuatkuasakan pada tahun 2021.


2. Adakah kod klien akan berubah pada tahun berikutnya? 
* kod klien akan tetap sama untuk tahun semasa. Tahun hadapan jika klien yg sama akan ada kod yang baharu.
No. Klien akan di update mengikut turutan klien
Individu=ki01
Kelompok=kk01
Kod seperti berikut dijana : KI/01/bidang fokus


3) Data psikometrik 2020, bila masuk tahun 2021 ke mana?
Data tahun semasa sahaja tetapi data sebelum ini akan disimpan 

4) Rekod guru di sekolah lama boleh diakses oleh GBK baru ?
 Rekod guru sek lama akan disimpan dalam  satu pangkalan data 
Rekod untuk sekolah sahaja dan data tentang bilangan sesi dan semua rekod terpakai untuk sekolah lama sahaja, apabila GBK berpindah maka data di sekolah baru tidak bersambung dengan perkhidmatan GBK di sekolah lama.


5). Adakah LPBK perlu diisi dan dihantar untuk tahun ini?
* untuk tahun ini gbk perlu isi tapak excel macam biasa. Ketua akan kumpul semua LPBK sekolah masing-masing dan masukkan maklumat dalam data LPBK sementara dalam sistem sepkm. Sila tunggu surat.

6. Di bahagian program Ziarah Cakna, adakah semua GBK perlu mengisi atau salah seorang sahaja?
* Salah seorang sahaja. Kalau ada 2 atau lebih GBK yg pergi, GBK seorang lagi boleh isi di bahagian program. Kalau dalam sehari ada dua buah rumah, jika GBK ada 2 orang. Masukkan data, 1 rumah 1 GBK
*Jika murid sudah berpindah dari sekolah, dan tiada lagi nama dalam data APDM maka tidak perlu key in

7. Adakah laporan boleh dijadikan evidens keberhasilan.
* Boleh.

8.. Dokumentasi dalam sistem sudah lengkap semuanya. Jadi untuk dokumentasi boleh print sahaja 


Key in pengurusan pentadbiran bahagian A
Key in bahagian taklimat/mesyuarat/bicara  untuk:
1) bila kita berbincang bersama sama rakan sekerja
2) bila kita mendengar taklimat atau guru lain bimbing kita tentang sesuatu perkara


Key in pengurusan pentadbiran bahagian A
Key in bahagian dokumentasi untuk:
1) menjalankan ujian psikometrik  
2) menyediakan sebaran maklumat (Covid-19, Pengurusan stress) seperti poster dan video
3) menyediakan laporan program  
4) mengisi dlm erekod
5) membuat brosur
6) menyediakan sebarang data -data
7) menyediakan borang -borang 


Key in pengurusan pentadbiran bahagian A
Key in pengurusan bilik kaunseling
1)mengalu-alukan kehadiran murid di pagar utk amalan Guru penyayang
2)hebahan psikososial dari pembesar suara /konti/bugar emosi waktu pagi atau rehat
3)mencari bahan -bahan tentang sesuatu maklumat sebaran di laman web atau buku
4)menyebar luas  poster dalam talian whatsapp, telegram, facebook dsb.



Key in perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bahagian B di bawah
. Kelas ganti 
perlu catat kehadiran?
Kehadiran murid perlu direkod setiap kali masuk kelas ganti.

Kelas ganti pada waktu yg sama tapi ada dua kelas yg berbeza.
maka perlu mengisi 2 rekod.



Key in lain -lain  sumbangan:
1) mengalu - alukan kehadiran murid bertugas ambil suhu. Jika sekolah anda yang bertugas ambil suhu untuk guru bertugas maka anda letak di sumbangan. Jika ambil suhu bersama tugas guru yang mengalukan murid maka kita letaklah key in di bahagian A di bawah pengurusan bilik. Kenapa namanya bilik kita nak tag....sebab  sesuai di situ cuma namaya lebih baik jadi pengurusan UBK

2) Aktiviti kelab bimbingan dan kaunseling . Namun jika ada program dengan sendirinya ke Bahagian B bawah program. 

3) Aktiviti Kelab Kerjaya . Namun jika ada program dengan Kelab Kerjaya kita letak kat bahagian B bawah program - label lain -lain. Nama program Kelab Kerjaya. Tajuk program Menulis Kerjaya Impian...contohnya. 

4) Lain lain aktiviti yang melibatkan bukan kerja buat GBK seperti menjaga waktu rehat di kantin, membantu guru data , 





Key in Program 
1) PRS
2) Kuiz 
3) Aktiviti menggunakan google meet program motivasi contohnya. Jika buat dalam kelompok kecik 7 orang tagging bawah sesi bimbingan kelompok di bahagian B

Jika buat program untuk semua tingkatan. ,kehadiran murid juga perlu direkod
 sebagai bukti jika diminta oleh JPN. Misalnya melibatkan murid ponteng.


 Key In Sesi Kaunseling atau Bimbingan
Jika buat sebaran , dan ada sesi interaksi dengan murid maka boleh tagging bimbingan untuk aktiviti tersebut



Penghantaran buku rekod
Penghantaran rekod mingguan ke dashboard pengetua. PK dan GK juga perlu semak rekod GBK.


Adakah GBKLD perlu isi sistem e rekod?
GBKLD juga perlu mengisi kecuali bahagian kaunseling individu atau kelompok
dan perlu menghantar e report setiap minggu kpd guru besar 


Saya update terkini bulan Feb power point dari JU Kbgsaan yg share dlm group dan telah disebarkan mengikut negeri dan daerah











Terima kasih semua JU Negeri dan Daerah :)


Thanks Perpustakaan Negara Malaysia